Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi kemajuan Ummah dan rakyat Malaysia.
Maklumat ringkas tentang negara Tatarstan [..] , [...] dan [......]
Foto tempat -tempat menarik di Kazan yang diambil dari internet dan saya tidak berkesempatan pergi [...] yang mana jika saya pergi bercuti nescaya saya akan ziarah.
Disertakan program lawatan tempat-tempat menarik yang dianjurkan oleh urusetia Persidangan untuk ahli keluarga peserta (suami atau isteri) yang turut sama berkunjung ke Kazan.Apa yang saya pelajari dari Persidangan dan Lawatan ke Kazan Tatarstan Russia.
Saya akan kategorikan kepada dua iaitu pelajaran dari lawatan ke Bandar Kazan dan Pengajaran dari Persidangan.
Pelajaran dari lawatan ke Kazan
1. Kerajaan Russia membina masjid yang cantik-cantik, mempunyai kubah biru yang kelihatan sama dengan gereja -gereja yang besar yang mana perbezaannya hanya dari lambang di atas kubah biru. [....]
2. Institusi Pengajian Tinggi di Tatarstan merupakan institusi "pakar" dan khusus dalam satu-satu bidang tertentu, tidak seperti IPT di negara kita yang menawarkan pelbagai kursus kepada para pelajarnya.


Kazan State University ditubuhkan pada tahun 1804 dan antara pelajarnya yang masyhur ialah Nikolai Ivanovich Lobachevsky, Leo Tolstoy dan Vladimir Lenin. Kazan State Medical University ,TechnicalUniversity telah ditubuhkan pada 1932. Pada hari ini Universiti ini menjadi salah satu institusi terkenal dan utama dalam pembangunan kapalterbang dan kejuruteraan roket, pengeluaran jentera dan instrumen, sains komputer and kejuruteraan radio. Kazan Finance dan Economics Institute melatih para ekonomist, banker dan akauntant. Institusi Pengajian tinggi yang lain ialah Kazan State Medical University dan Russian Islam University,
3. Universiti di Kazan menyediakan kemudahan muzium untuk pelajar dan para pengunjungnya.
4. Terdapat 10 juta rakyat Tatarstan dan 1.2 juta tinggal di bandar Kazan ( kawasan seluas 400 km persegi) . Walaupun bandar ini berusia 1000 tahun dan telah dimusnahkan oleh musuh beberapa kali termasuk oleh Ivan the Terrible dan Tentera Mongol namun ia memiliki 67 perpustakan yang lengkap. Sila lihat gambar di bawah.



5.Kerajaan Tatarstan mengutamakan industri gas asli.









Pengajaran dari Persidangan
1. Kita sebagai ummat Islam dan bangsa Malaysia banyak membuang masa dalam perkara yang remeh temeh, kurang fokus dan kurang pelaksanaan dalam hal yang penting serta tambah nilai.
Tugas dan tanggungjawab terlalu banyak dalam hambatan masa yang terhad.
2. Akademi seperti Akademi Sains Islam, Akademi Jurutera, Akademi Perubatan dan Surgeri dan lain-lain harus dijadikan badan yang aktif dalam memberi input dan nasihat kepada kerajaan. Malah pandangan serta idea dari badan-badan seperti di atas harus diminta oleh kerajaan dalam membuat polisi dan perancangan negara, bukan hanya setakat sebuah NGO dari sekian banyak NGO lain.
Kerajaan USA mengamalkan konsep di atas.




4. Masyarakat berilmu/berpengetahuan ( K-society) dan peranan Universiti: menurut Penasihat Utama European Commission, Prof Maria Gracia Carvalho menegaskan bahawa tidak memadai setakat membekalkan ilmu pengetahuan kepada anggota masyarakat, tetapi lebih penting lagi ialah menyebarkan ilmu yang berbeza dengan cara yang berlainan dari biasa.






5. Peranan media dalam apa jua bentuk sekalipun amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Jurnalist dan pemberita menjadi orang tengah di antara ilmuan, industri, ahli politik serta Universiti. Media berperanan dalam menyemarakkan semangat penyelidikan dan keilmuan di kalangan rakyat jelata. Bahan bacaan harus dibiayai percuma oleh kerajaan, paling tidakpun diberi subsidi.
Comments :
Post a Comment