Pray For MH370

Pray For MH370

MUKA BAKAL-BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI UMNO

Ahli UMNO yang menjadi perwakilan ke Mesyuarat bahagian yang kini sedang rancak berjalan mungkin tidak memiliki maklumat yang tepat dan benar tentang gelagat dan latar belakang para pucuk pimpinan mereka. Ini mungkin kerana mereka hanya terdedah kepada maklumat yang disalurkan oleh akhbar arus perdana dan media eletronik. Berapa orangkah agaknya dari mereka yang membaca media alternatif.

Tahniah kepada para perwakilan Kuala Selangor dan Shah Alam yang mempunyai info terkini tentang kemelut negara dan pihak-pihak yang berperanan.


'Kuch Kuch Hotai Hai' dalam Umno


Shirzad Lifeboat
HARAKAHDAILY
Fri | Oct 17, 08 | 9:44:59 am MYT

Biasa bagi kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Umno menawarkan diri bertanding Naib Presiden parti berkenaan. Alasan lazim ialah persepsi-diri mengenai track-record mentadbirkan kerajaan negeri masing-masing.

Namun apabila ada kalangan Ketua Menteri, terutama dari sebuah negeri bersaiz kecil menawarkan jawatan kedua terpenting dalam parti, ia ibarat unsur melodrama ketara sebuah filem Hindustan.

"Sesuatu berlaku," meminjam judul filem box-office Hindi 'Kuch Kuch Hotai Hai'. Dalam kesibukan umum bercakap tentang mesyuarat bahagian Umno yang bakal menentukan calon tiba-tiba Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam mengumumkan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Dato' kepada Shah Rukh Khan.

Menurut Setiausaha Politiknya, justifikasi Mohd Ali mengenai penganugerahan berkenaan ialah, selain menghargai sumbangan artis Bollywood itu di peringkat antarabangsa, "Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan kepada industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya."

Keputusan Mohd Ali cukup menghiburkan umum termasuk mereka yang tidak meminati filem Hindi. Oleh kerana keputusan itu dibuat dalam suasana Mohd Ali sendiri mengumumkan hasrat beliau bertanding Timbalan Presiden Umno, Mac 2009, maka secara tidak langsung ia membuka ruang untuk rakyat mengintai minda tokoh politik tersebut yang ingin melonjak diri lebih tinggi.

Mohd Ali tentulah menggunakan prestasinya membangunkan infrastruktur Melaka sebagai kelayakan asas untuk turut sama menyertai perlumbaan merebut kerusi no. 2. Namun Mohd Ali mungkin terlupa, Melaka hanyalah sebuah negeri kecil, berkeluasan 1,650 km persegi atau 0.5 peratus luas Malaysia.

Membenarkan tokoh negeri seperti Mohd Ali mentabdirkan Malaysia ibarat melantik jurumudi bot pukat tunda menjadi kapten sebuah kapal induk pesawat pejuang.

Namun, ada ketikanya drama pemilihan pucuk pimpinan Umno ibarat sebuah filem Hindi yang penuh dengan segala "camera-tricks" dan episod kejar mengejar: menaiki jip sehinggalah bertumbuk di atas bumbung kereta api, disulami lagu sayup mendayu sepasang kekasih yang berkejaran dan bermain sembunyi-sembunyi di sebalik pokok.

Watak seperti Mohd Isa Samad, dari seorang protoganis bertukar kepada antoganis, setelah ditolak dari sebuah bangunan tinggi. Namun watak ini tidak mati dan sebaliknya muncul untuk kembali berlawan. Isa menawarkan diri untuk kembali bertanding Naib Presiden.

Begitu juga Muhammad Muhd Taib yang asalnya pendukung watak utama dalam filem Umno tetapi diturunkan pangkat menjadi watak tambahan. Kini Muhammad, yang pengalamannya terbatas kepada pentadbiran negeri juga ingin merebut Timbalan Presiden.

Andai kata mereka yang disebut ini (dan juga beberapa nama lagi yang tidak disebut di sini) berjaya memenuhi cita-cita masing-masing, umum melihat Umno akan terus menghadapi zaman gerhana dan tidak mustahil mula berada di fasa terakhir kewujudannya.

Seperti diketahui umum, Umno keluaran tahun 1946 sudah digantikan dengan sequel Umno keluaran 1988. Justeru, tentulah tidak mustahil ada sequel selanjutnya apabila sequel tahun 1988 itu sudah tidak ditontoni lagi.

Namun jika perwakilan Umno mengangkat sedikit kebijaksanaan mereka dan memilih tokoh lebih berwibawa seperti Muhyiddin Yassin, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mukriz Mahathir untuk mengisi jawatan penting dalam parti mungkin hayat Umno dapat dilanjutkan sedikit.

Ada yang mengatakan hayat Umno mungkin dapat diperpanjangkan lagi sekiranya Najib Razak juga mengikuti jejak Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri menjelang Mac 2009 itu.

Walaupun di atas kertas Najib paling layak mengambil alih tempat Abdullah kerana memiliki kelayakan akademi sesuai dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam kerajaan, namun terlalu banyak hal negatif yang dikaitkan dengannya.

Setakat ini kedudukan Najib sebagai pewaris jawatan Presiden Umno dan seterusnya Perdana Menteri dianggap selamat sejajar dengan 'politik setia' dan 'politik-main selamat' yang sudah sebati dengan diri beliau dalam menaiki tangga hirarki Umno.

Mungkin sifir yang digunakan di mesyuarat perwakilan dalam mencalonkan Najib berdasarkan analisis di atas kertas yang disebutkan itu. Namun, dalam waktu sama, tidak mustahil beliau diberikan pencalonan atas kepercayaan beliau jauh lebih bertenaga, berkarisma dan lebih bersifat praktikal untuk menerajui parti dan kerajaan berbanding Abdullah.

Begitupun alasan yang menjadi sandaran para perwakilan tidak semestinya dikongsi umum. Sementara rakyat, terutama orang Melayu mengalukan-ngalukan pengunduran Abdullah, keputusan meletakkan Najib sebagai pengganti mungkin memendekkan hayat Umno atau membantutkan pembaharuan yang dihajati.

Walaupun sudah ada golongan membuat andaian kembalinya semula Mahathirisme sekiranya Najib berkuasa, namun pandangan ini disangkal mudah oleh hujah yang mengatakan Najib lebih selesa berkompromi berbanding Dr Mahathir yang tegas dan ada kalanya bersikap diktator apabila membuat keputusan.

Apapun umum sudah boleh membaca corak kepimpinan Najib. Tidak mungkin Najib boleh muncul sebagai "salinan" Dr Mahathir. (Selama 22 tahun di bawah Mahathir, Umno menjadi begitu kukuh dan kebal sehingga membolehkan pemimpinnya bersikap bongkak).

Pengukuhan sedemikian sudah tentulah berkemungkinan sekiranya orang yang menerajui parti sanggup mengambil sikap kuku besi dalam mempertahankan kepentingan parti, sanggup mengambil risiko berkira dan tidak menyandarkan kekuatan diri kepada 'politik setia' dan 'politik main-selamat'.

Sekiranya Mac 2009 nanti menyaksikan Najib Presiden Umno dan timbalannya Muhyiddin, tidak mustahil pergolakan dalam Umno kembali reda. Namun apabila zaman kedua-duanya berakhir, besar kemungkinan Umno akan kembali menjadi kapal yang terumbang-ambing seperti filem Hindustan tanpa suteradara.

Dari 11 orang yang sudah mendapat pencalonan untuk jawatan Naib Presiden, mungkin hanya Zahid yang layak diketengahkan. Yang lainnya (Hishamuddin Hussein, Shafie Apdal, Khalid Nordin, Syed Hamid Albar, Rais Yatim, Isa Samad, Shahidan Kassim, Mohd Hassan, Dr Jamaluddin Jarjis, dan Annuar Musa) hanya mengundang pertanyaan, "Apakah anda percaya antara mereka ini layak menjadi Perdana Menteri Malaysia?"

Comments :

0 comments to “MUKA BAKAL-BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI UMNO”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com