Pray For MH370

Pray For MH370

PENDIDIKAN BERSEPADU TERAS KEJAYAAN

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dahulunya dikenali sebagai KISDAR atau Kolej Islam Darul Ehsan telah membuktikan kejayaannya memartabatkan pendidikan tinggi berteraskan ilmu Islam yang syumul dan bersepadu. Dato' Rektor KUIS menjelaskan enam program pembangunan kemahiran insaniah pelajar turut dijalankan bagi memastikan mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan iaitu sistem tarbiyah pelajar, usrah, program masjid, latihan industri, program SPIES dan Formula 7K.


Modal insan holistik



Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my

LEBIH 4,000 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang berada di pasaran pekerjaan kini bukan saja berkhidmat dalam institusi keagamaan, malah turut menyumbang kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, sukan, pelancongan dan teknologi maklumat (IT).

Rektor dan Ketua Eksekutif Kuis, Datuk Mohd Adanan Isman, berkata kejayaan graduan Kuis menempatkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya, sekali gus menangkis tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan pasaran pekerjaan berkaitan kursus Pengajian Islam amat tipis dan mendakwa graduan bidang itu tidak laku.

Katanya, kunci utama kejayaan Kuis melahirkan modal insan holistik adalah komitmennya memartabatkan pendidikan tinggi berteraskan ilmu Islam menerusi program pengajian kendalian sendiri yang mana kurikulumnya dibangunkan kakitangan akademik institusi itu.

Sebanyak 44 program pengajian peringkat asasi, diploma, sarjana muda dan sarjana kini ditawarkannya menerusi tujuh fakulti iaitu Pendidikan, Akademi Islam, Teknologi Maklumat dan Sains Informasi, Pengurusan dan Muamalah, Sains Kesihatan Bersekutu, Bahasa Moden dan Komunikasi serta Pusat Pengajian Siswazah.

Beliau menjelaskan, enam program pembangunan kemahiran insaniah pelajar turut dijalankan bagi memastikan mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan iaitu sistem tarbiyah pelajar, usrah, program masjid, latihan industri, program SPIES dan Formula 7K.

“Selain bidang pengkhususan utama seperti IT, pelajar perlu lulus program wajib universiti iaitu Syariah, Usuluddin, Akhlak dan subjek elektif iaitu bahasa Arab atau Mandarin bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan agama kukuh.

Bagi pengkhususan Pengajian Islam pula mereka perlu mengambil subjek wajib seperti Pengurusan dan IT sebagai kemahiran tambahan kepada ilmu agama dimiliki.

“Enam program tambahan yang bertujuan membangunkan modal insan pelajar secara menyeluruh turut dilaksanakan bagi menghasilkan graduan berkualiti.

“Justeru, tidak hairan graduan Kuis menyandang jawatan tinggi di pelbagai sektor termasuk Pegawai Syariah Polis Diraja Malaysia, Eksekutif Majlis Sukan Negara, Pegawai Pelancongan dan Ketua Eksekutif syarikat IT, malah graduan Sains Kesihatan Bersekutu menjadi rebutan hospital di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di kampus Kuis, Bandar Seri Putra, Bangi, baru-baru ini.

Mohd Adanan berkata, bagi memastikan kurikulum pengajian bersepadu yang dibangunkan menepati keperluan semasa industri serta mampu membekalkan pengetahuan sewajarnya kepada pelajar, panel akademik yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu turut dianggotai ahli yang berpengalaman bekerja dalam industri.

Katanya, selain mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia, program pengajian Kuis diiktiraf universiti luar negara termasuk United Kingdom, Australia dan negara Timur Tengah, sekali gus membolehkan pemindahan kredit jika pelajar ingin melanjutkan pengajian ke universiti terbabit.

Kuis turut menjalin kerjasama dengan universiti luar negara dan pemindahan kredit antara perkara dipersetujui dalam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani membuktikan pengiktirafan universiti terbabit terhadap program pengajian berkualiti yang kami tawarkan.

“Program pengajian terbabit termasuk IT, Pengurusan, Perniagaan dan Kewangan serta Pengajian Islam membabitkan universiti ternama seperti Universiti Dublin, Lancashire dan Leeds Metropolitan (United Kingdom), Universiti Monash, Australia dan Universiti Cairo, Mesir,” katanya.

Sementara itu, katanya, program SPIES adalah yang terbaru dalam usaha Kuis membangunkan kemahiran insaniah pelajar dengan penekanan dalam lima aspek iaitu spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial.

“Buat permulaan seramai 150 ketua kumpulan pelajar akan menjalani program SPIES pada pertengahan bulan ini mengikut modul yang dibangunkan bersama Bahagian Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Program lain, katanya, turut dijalankan secara berterusan merentas kurikulum terutama Formula 7K yang menekankan pembangunan tujuh kemahiran insaniah iaitu komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional serta kepimpinan.

Comments :

0 comments to “PENDIDIKAN BERSEPADU TERAS KEJAYAAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com