Pray For MH370

Pray For MH370

PKNS hidup bersamamu



"tempat" yang perlu diziarahi tentang isu PKNS sila lihat di [SINI] dan {SINI}.

Pengurus Besar PKNS tak semestinya orang Melayu

sinar harian
SHAH ALAM - Tiada peruntukan undang-undang yang menetapkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mesti seorang Bumiputera, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Bagaimanapun katanya, adalah sesuatu yang memecah tradisi apabila PKNS yang sejak 44 tahun diterajui Bumiputera cuba digantikan dengan pengurus besar yang bukan Bumiputera.

“Di dalam negara ini kita boleh lihat syarikat yang memegang amanah orang Melayu adalah diterajui Bumiputera dan tindakan menggantikannya dengan orang lain akan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat terutama pegawai dan kakitangan PKNS itu sendiri.

“Kita juga amat mengambil berat sekiranya sebelum ini PKNS kerugian berbilion ringgit akibat salah urus tadbir peneraju sebelum ini. Bagaimanapun ia bukan kesalahan pengurusan tertinggi PKNS, ia adalah salah kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dr Hassan berkata demikian mengulas perlantikan Low memangku jawatan Pengurus Besar PKNS selama setahun berkuatkuasa 21 Oktober lalu sementara kerajaan negeri mencari Pengurus Besar PKNS baru di kalangan Bumiputera yang berpengalaman dalam pembangunan hartanah, pembangunan semula dan disegani.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan desakan lima pertubuhan di dalam PKNS yang mahukan Khalid menjelaskan perlantikan Madam Low yang disifatkan memecah tradisi peneraju PKNS.

Kata Dr Hassan, pengurus besar yang bakal dilantik menerajui PKNS selepas ini mestilah terdiri daripada seorang profesional yang bukan sahaja mahir dalam urusan hartanah, tetapi merupakan individu yang kuat pegangan agama Islam agar tidak berlaku penyelewengan.

Ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat apabila DAP menyokong perlantikan tersebut, Dr Hassan berkata ia adalah satu perkembangan yang positif dalam menunjukkan keseimbangan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Ketika ini ia terletak sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Comments :

3 comments to “PKNS hidup bersamamu”
Unknown said...
on 

Lantiklah orang Islam yang baik tidak kira dari mana asal bangsanya...Mesti kebenaran itu akan tertegak..." Kami menjadikan kamu bersuku2 dan berbangsa2 agar kamu saling berkenal antara satu sama lain...!!???? beginilah lebih kurang maksud firman Tuhan...

Anonymous said...
on 

Kalau lantik orang melayu pun yang dalam surat beranak nya tertulis beragama Islam pun tak guna YB.
Cuba buat pemilihan jawatan sebigini yang kepentingan dan sensitivity nya terlalu tinggi, wujud kan satu select committee dan grill, dan grill lah bakal penjawat ini, be very open and allow any interested party participation, saya percaya masalah ini bolih di kurangkan.Kenapa mesti tergesa gesa. PKNS will remain intact without the head, frankly YB, any departments will not collapse in the absent of the head so what is the problem?

Unknown said...
on 

Terima kasih daun keladi, lain kali nasihat lagi. Telah dibincangkan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada pagi tadi 31/10/08.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com