TITAH SULTAN SELANGOR & TEKS UCAPAN DATUK MB SELANGOR DI SIDANG DUN SELANGOR
Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
Teks penuh ucapan di SINI Read More “TITAH SULTAN SELANGOR & TEKS UCAPAN DATUK MB SELANGOR DI SIDANG DUN SELANGOR” »»
TERIMA KASIH TAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN ANDA

Perhimpunan Sokong Kerajaan PR pimpinan TS Khalid Ibrahim namun Kami tetap menghargai kehadiran serta sokongan yang telah anda berikan.
Kedatangan anda tidak dibiayai, segala perbelanjaan dan keperluan datang dari poket sendiri. Tiada bas menanti tiada baju T diberi, silap hari bulan mungkin dikasari ataupun tangan digari.
1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor
SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang sebelum berarak ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.
Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.
Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.
Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.
Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.
Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.
"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.
Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.
Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Nazri Abdullah/ Harakahdaily Read More “TERIMA KASIH TAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN ANDA” »»
KRONOLOGI PELANTIKAN SUK MENURUT VERSI PEJABAT MB SELANGOR
Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar:
26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.
8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.
22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .
1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.
2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian
8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.
16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau
17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.
20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.
21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.
24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.
4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.
6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR Read More “KRONOLOGI PELANTIKAN SUK MENURUT VERSI PEJABAT MB SELANGOR” »»
TIMBALAN NAIB CANSELOR UNISEL DILANTIK
Satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang menguruskan Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk melantik tiga orang Timbalan Naib Canselor UNISEL yang baru. Perlantikan Naib Canselor hanya akan diumumkan pada awal tahun 2009. Profesor Dr Khalifah Othman yang akan menamatkan tugas sebagai pemangku Naib Canselor Unisel pada 15 Disember ini pula akan dilantik sebagai Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan.
Unisel lantik 3 Timbalan Naib Canselor baru
Muhammad Arif Ismail/ Harakahdaily
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat telah bertindak merombak pengurusan Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan melantik Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang baru.
Perkara ini telah diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mengadakan satu mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di aras 20, bangunan Sultan Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
"Perkara ini diputuskan selepas satu mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang menguruskan Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) pada 9 Disember lalu.
Kerajaan negeri memutuskan untuk melantik empat Timbalan Naib Canselor baru iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr Anuar Ahmad. Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Profesor Dr Ir Muhammad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam," katanya.
Manakala Profesor Dr Khalifah Othman yang akan menamatkan tugas sebagai pemangku Naib Canselor Unisel pada 15 Disember ini pula akan dilantik menjadi sebagai Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan.
Beliau menegaskan, perlantikan mereka dibuat setelah mengambil kira kelayakan dan pengalaman akademik, pengurusan dan pentadbiran, gaya kepimpinan, keperibadian dan profesionalism serta pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.
"Mereka akan memulakan tugas secara rasmi pada 16 Disember ini dan diberi kontrak selama tiga tahun," tegas beliau lagi.
Dalam sidang media itu juga Menteri Besar Selangor itu ditanya oleh pemberita, adakah Kerajaan Negeri sudah ada calon untuk menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Unisel.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah juga telah mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan Naib Canselor Unisel.
"Pengumuman rasmi perlantikan akan dibuat dalam tahun depan," kata Abdul Khalid.
HIMPUNAN 1000 GENERASI MUDA SELAT KLANG
Pada 29hb Jun 2008, bertempat di Dewan Serbaguna Telok Gadong Klang, satu Program anjuran pejabat ADUN Selat Klang yang dipanggil HIMPUNAN 1000 GENERASI MUDA SELAT KLANG telah disempurnakan oleh YAB Dato' MB Selangor majlis perasmiannya. Walaupun hujan turun renyai-renyai pada sebelah tenaghari dan petang, namun kehadhiran penduduk setempat agak memberangsangkan.YAB Dato' MB Selangor tiba dan disambut oleh petugas dan penduduk Selat Klang.
Pemandangan dalam Dewan.
ADUN Selat Klang sedang memberi kata-kata aluan.
YAB Dato' Mb sedang berucap.
Kelab Penyokong PAS sedang menyarungkan bunga malai.
Minum pagi bersama YAB MB.