
Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.
Sultan titah Selangor teguhkan pendirian
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Kerajaan Negeri teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.
Baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.
Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda bertitah demikian ketika beliau, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan berhubung isu itu, 5 Januari lalu.
“Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.
Terdahulu 4 Januari lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah bagi merosakkan Islam.
Sehubungan itu, Mais berharap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah itu.
“Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.
“Campur tangan Raja-raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan saja menyentuh bidang kuasa raja-raja dalam agama Islam tetapi sensitiviti umat Islam,” katanya.
Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.
Sinar harian
SELANGOR AKAN KUATKUASA ENAKMEN KAWALAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM
YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR BAKAL DITUBUHKAN

Kerajaan Selangor Sedia Beri Tanah Untuk Bina Sekolah Menengah Agama
SHAH ALAM, 8 Dis. - Kerajaan Negeri Selangor sedia
memperuntukkan tanah untuk membina Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri itu bagi menampung peningkatan bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata terdapat kira-kira 480 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di negeri itu berbanding hanya 23 SMA di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana jumlah berkenaan tidak mampu menampung bilangan pelajar yang naik darjah ke SMA setiap tahun.
“Majoriti ibu bapa dan pelajar dari SRA akan memilih SMA untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat menengah kerana menawarkan aliran agama selain subjek wajib teras seperti di sekolah menengah biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata peruntukan bagi membina SMA adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan di peringkat negeri bersedia menyediakan tapak dan tanah bagi tujuan berkenaan.
Beliau berkata kebanyakan ibu bapa sebelum ini memilih untuk menghantar anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di beberapa sekolah persendirian di Kelantan dan Terengganu berikutan SMA di Selangor terhad.
“Kita juga meminta supaya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan tambahan kepada SMA terutamanya bagi memastikan hal berkaitan pengurusan dapat dijalankan dengan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata beberapa kawasan dikenal pasti seperti di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Shah Alam bagi mendirikan Sekolah Menengah Teknik Islam seperti diumumkan sebelum ini.
Beliau berkata beberapa aspek akan diambil kira termasuk melihat kawasan sesuai dengan konsep sekolah berkenaan kerana ia memerlukan jalinan hubungan industri berkaitan.
“Kita kena kaji betul-betul mana kawasan paling sesuai kerana kita mahu ia berfungsi dan melahirkan pelajar yang memenuhi matlamat penubuhan sekolah berkenaan,” katanya.
Abdul Khalid berkata Yayasan Pendidikan Islam Selangor akan ditubuhkan untuk menyalurkan dana sokongan kepada institusi pendidikan di negeri itu dalam pembangunan modal insan serta kemajuan ekonomi negeri dan negara.
“Melalui yayasan ini kita berharap dapat membantu institusi pendidikan terbabit yang sebelum ini hanya mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan JAIS,” katanya.
Selangorkini
ISU TAULIAH BERCERAMAH DAN MEMBACA KHUTBAH DI SIDANG DUN SELANGOR
Setakat ini seramai 977 khatib yang bertauliah untuk "membaca" teks khutbah di Selangor. Laporan sepenuhnya di SINI
Menjawab pertanyaan mulut ADUN Bangi, Shafie Abu Bakar mengenai usaha untuk memudahkan pentauliahan dikeluarkan JAIS, Hasan Ali menjawab tiada jalan pintas untuk memperolehinya kerana prosedur yang ketat dan perlu melalui Jawatankuasa Khas.
Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan oleh Pengarah JAIS yang juga merupakan setiausaha kepada Mais dan Timbalannya iailah Mufti kita yang berada dalam jawatankuasa tersebut.
Pengarah Jias, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, hakim mahkamah atau pendaftar mahkamah syariah serta menteri atau exco yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam. Selanjutnya di SINI
"Tindakan Jais baru-baru ini tidak gambarkan seiring jalan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan Jais. Hari ini kita dianggap sama sahaja seperti pentadbiran (BN) dulu dengan menghalang dan menangkap ulama daripada berceramah." ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata. Cerita sepenuhnya di SINI
ASRI AMBIL SIKAP TERPUJI: BERDAMAI

"Dan berpeganglah kamu semua kepada tali ALlah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai....." Al Quran 3:103
"....Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada ALlah (AlQuran) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman....." AlQuran 4:59
"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu, dan bertakwalah kepada ALlah..."
Al Quran 49:10
Damai: Asri tidak jadi saman PGSM
Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengancam ingin mengambil tindakan undang-undang, kini berdamai dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), kata Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.
Persetujuan telah dicapai supaya tidak ada lagi saman-menyaman di antara bekas mufti Perlis dengan PGSM, tambah menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Beliau berkata perdamaian dicapai itu dalam pertemuan dengan Dr Mohd Asri dan pemimpin PGSM di Sungai Besi, Kuala Lumpur pagi ini.
Jelasnya, kedua-dua pihak bersetuju supaya "pandangan-pandangan yang tidak baik itu diperindahkan balik, kekurangan itu ditambah, kesilapan dan salah diperbetulkan."
Dalam pertemuan itu yang diadakan di hotel Palace of the Golden Horses itu, kata Jamil lagi, beliau melihat "perkembangan posititif" isu melibatkan bekas mufti Perlis tersebut.
"Kita telah mengadakan pertemuan bertujuan mengambil kata sepakat antara kedua-dua pihak bagi (cari) penyelesaian yang sewajarnya secara musyawarah bagi kemelut yang berlaku antara PGSM dan Dr Mohd Asri," katanya.
"Maksudnya beliau bersetuju untuk tidak saman, untuk (capai) perdamaian," tambahnya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga pemegang amanah Yayasan wakaf Malaysia di Kuala Lumpur petang ini.
Tokoh agama itu berura-ura menyaman PGSM dan sejumlah NGO Islam berhubung kandungan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pertengahan bulan lalu sebagai membantah perlantikannya untuk mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Mengulas mengenai isu pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua yayasan berpengaruh itu, Jamil berkata perkara itu masih belum diputuskan.
"Sekarang bukan soal ganti. Jawatan yang ada itu (masih) kosong," katanya, yang kini sedang meneliti beberapa tokoh yang dicadangkan bagi memenuhi jawatan berkenaan.
Jamil menambah, isu mempertikaikan kelayakan agama Dr Mohd Asri sebagai mufti - seperti dibangkitkan oleh seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - juga tidak timbul lagi kerana pihak berkenaan "telah menarik balik kenyataannya".
Jelasnya, penolong pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah institusi bawah Jakim, berbuat demikian dalam dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Utusan Malaysia semalam.
"(Dalam laporan tersebut,) beliau sebut, itu kenyataan peribadinya dan beliau tarik balik,” katanya. "Sebenarnya tidak timbul (isu) kelayakan. Memang pun telah dilantik sebagai mufti dan sekarang ini menjadi mantan (mufti)."
Tambahnya, beliau akan menjelaskan mengenai isu penyeragaman kaedah pentauliahan penceramah agama di negeri-negeri di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Malaysiakini difahamkan, Jamil berhasrat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan perkembangan isu melibatkan Dr Mohd Asri dan PGSM.
Salhan K Ahmad/Malaysiakini
WHY ARREST HIM NOW? "THE HIDDEN HANDS" THEORY
Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Director of JAIS said what Asri did was against Section 119 (1) of the Selangor Islamic Administration (Selangor) Enactment 2003 which carries a fine of not more than RM3,000 or two years jail or both.
Najib denies Govt involvement in Dr Asri's arrest
KUALA LUMPUR (Nov 2, 2009) : The arrest of former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin by the Selangor Religious Affairs Department on Sunday has sparked animated response from various quarters, with Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak defending the Islamic scholar as a person who talks "very frankly" and quotes Quranic verses.
In denying that the Federal Government was behind the arrest, Najib also questioned the motive behind the arrest by JAIS.
"The motive behind Dr Mohd Asri’s arrest remains unclear…it was done by the (Selangor) State government, nothing to do with the Federal Government," Najib said, after launching the 2009 Pasar Tani Convention in Putra World Trade Centre today.
The arrest also generated a debate in the Dewan Rakyat, with Gombak MP Azmin Ali saying the Selangor Government did not agree with the arrest.
Both backbenchers and opposition MPs criticised the arrest, saying Asri is an ulama and should not be treated like this.
Asri was detained by 35 Jais enforcement officers and 25 policemen as he was preaching to about 100 people at a private residence in Taman Sri Ukay, Hulu Klang, early today. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang MP Zuraida Kamaruddin and Hulu Klang assemblyman Saari Sungib were present then.
Asri was expected to be charged today at the Gombak Timur Lower Syariah Court under Section 119 of the Selangor Islamic Administration Enactment for preaching without JAIS accredition at a residential property, but was instead released on bond.
In response, JAIS said Asri had been issued with several warnings to obtain accreditation from them prior to his arrest.
Its director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said what Asri did went against Section 119 (1) of the Selangor Islamic Administration (Selangor) Enactment 2003 which carries a fine of not more than RM3,000 or two years jail or both. He said investigations are ongoing.
Umno Youth head Khairy Jamaluddin said in his blog he hoped Asri’s arrest was not due to provocation by parties uncomfortable with him, or a politically motivated move aimed at diverting the attention of the rakyat from the weaknesses of some people.
He said the arrest raised many questions, including why Jais chose to arrest him now when he had been giving talks and lectures, and sharing his opinions on his blog for sometime now, in addition to being a columnist in a local newspaper.
Khairy did not name the parties that were uncomfortable with Asri but a Malay daily reported that some parties were against a move to place him as head of the Islamic Da’wah Foundation Malaysia (Yadim).
The Malaysian Syariah Lawyers Association amd 15 Muslim non-governmental organisations had accused Asri of insulting Islamic scholars Imam Ghazali and Imam Nawawi and that he rejected Imam Bukhari’s hadith. Asri has rubbished the allegations contained in a memorandum against him.
Ampang MP Zuraida said Asri's topic on Sunday was on the perspective of the new thinking on Islam and on going back to an unadulterated Islam as thought by Dr Hamka (Abdul Malik Abdul Karim Amrullah, a ulama, political activist and writer from Indonesia who is well known in the Malay Archipelago).
Zuraida described the JAIS officers as "rough, arrogant and obstinate and there was no room for reasoning."
Tim Leonard, Maria J. Dass and Husna Yusop/sun2surf/foto from Malaysiakini
APA KATA MEREKA
PENGARAH JAIS: ISU TANGKAPAN DR ASRI
Tindakan itu diambil berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak, termasuk penduduk Taman Sri Ukay, lokasi Dr Mohd Asri menyampaikan kuliah dengan disertai kira-kira 200 orang termasuk ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.
Penjelasan Pengarah JAIS
Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.
"Tapi kita mungkin akan ambil masa yang panjang sikit kerana melibatkan dakwaan-dakwaan (daripada pelbagai pihak).
"Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan," katanya.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.
"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).
"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis," katanya.
"Kita telah jalankan tanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya."
Dr Mohd Asri sedang disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.
"Tidak kisah apa juga ceramah yang berkaitan dengan agama Islam, yang tidak ada tauliah kita kena ambil tindakan," kata Mohammed Khusrin.
Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang .
Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.
Di sidang media itu, Mohammed Khusrin menjelaskan, Jais belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.
"Pagi tadi, kita bawa ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa pagi tadi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan," katanya.
Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen tersebut, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, Jais harus melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.
Beliau juga berkata, Jais tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.
"Tidak ada (tekanan), kita buat ini tanpa arahan sesiapa dan kita buat ikut arahan pentadbiran biasa.
"Sesiapa saja termasuk Dr Asri atau wakil rakyat yang buat ceramah agama di Selangor tanpa tauliah, kita akan ambil tindakan," jelasnya.
Mohammed Khusrin juga berkata: "Tidak ada kena-mengena dengan kes ini. Isu itu tidak ada kena-mengena dengan tindakan kita.
"Itu dakwaan daripada persatuan dan NGO, itu tidak ada kena-mengena dengan kita dan kita bertindak bukan kerana desakan daripada NGO-NGO berkenaan."
Beliau turut menjelaskan, tindakan itu diambil berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak, termasuk penduduk Taman Sri Ukay, lokasi Dr Mohd Asri menyampaikan kulia dengan disertai kira-kira 200 orang sehingga lewat malam tadi.
"Aduan ini datang dari pelbagai pihak dan kita tahu di Taman Sri Ukay ini memang menjadi pusat kegiatan mereka," katanya.
Tambahnya, Dr Mohd Asri juga tidak pernah memohon sebarang tauliah daripada Jais walaupun telah diminta berbuat demikian.
"Sepatutnya dia hormati undang-undang agama Islam di Selangor dan kita telah tulis surat kepada Dr Asri lama dulu semasa beliau menjadi mufti (Perlis) lagi, dan dia pun tidak pernah mohon tauliah," tambahnya.
Katanya lagi, jabatan itu telah membuat lebih 10 tangkapan terhadap penceramah yang mengadakan kuliah tanpa tauliah daripada Jais, tetapi perkara itu tidak dilaporkan media.
"Cuma hari ini, kebetulan, sebab (individu) yang kita tangkap semalam merupakan seorang bekas mufti, jadi isu besarlah," katanya.
Laporan Penuh di Sini
GEMPAR! MANTAN MUFTI PERLIS DITANGKAP
Dr Asri diserbu Polis dan pegawai JAIS ketika sedang memberi kuliah atas alasan mengajar agama tanpa tauliah serta berdasarkan memorundum NGO kepada Agung. Sila lihat laporan Sinar Harian di bawah.
Dr. Asri diitangkap!
KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay, dekat sini.
Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah, terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu, AhliParlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu, berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu, kira-kira 2jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.
Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.
"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.
"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.
Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).
Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
Azamin Amin/HARAKAHDAILY
===================================================================================
Dr Asri kesal difitnah hina ulama
DAMANSARA - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu.
Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.
Menurutnya, antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat.
“Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan Yadim boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan.
“Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya.
Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.
Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.”
Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia.
Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua Yadim oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sinar Harian
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KELUAR GARIS PANDUAN PERIHAL KENYATAAN UMUM
Kenyataan umum berkaitan isu-isu pentadbiran hal ehwal agama Islam dan arahan kepada Pegawai Agama dan Pegawai Masjid hanya boleh dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
Lima pihak berkuasa agama berperanan dalam pentadbiran hal-ehwal Islam di negeri Selangor iaitu Sultan Selangor, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mahkamah Syariah dan JAIS.
MAIS Keluar Garis Panduan Kawal Kenyataan Umum Berkaitan Hal-ehwal Islam
SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan garis panduan untuk mengawal sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan kepada media berhubung isu-isu berkaitan agama Islam di negeri Selangor.
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata segala kenyataan umum berkaitan isu-isu pentadbiran hal ehwal agama Islam dan arahan kepada Pegawai Agama dan Pegawai Masjid hanya boleh dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
"Mana-mana orang atau pihak selain daripada Pengerusi MAIS dan Setiausaha MAIS ataupun Pengarah JAIS yang ingin membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi MAIS.
"Garis panduan ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan terpakai di dalam negeri Selangor bagi sebarang kenyataan umum berkaitan agama Islam yang dikeluarkan di negeri itu," kata beliau dalam satu kenyataan.
Terdapat lima pihak berkuasa agama yang berperanan dalam pentadbiran hal-ehwal Islam di negeri Selangor iaitu Sultan Selangor, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mahkamah Syariah dan JAIS.
BERNAMA
AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Malaysia, sebuah negara yang diwar-warkan sebagai Negara Islam oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak terkecuali daripada anasir ajaran sesat. Di Malaysia, ajaran sesat bukanlah berada di peringkat mentah, tetapi sudah semakin teruk dan membarah. Foto kiri "Rasul melayu Kahar Ahmad" dan kanan "Kerajaan langit Ayah Pin".
Laporan Bernama.com bertarikh 20 Januari 2007 menyatakan bahawa sebanyak 102 ajaran sesat telah dibenteras dan 22 lagi masih lagi dalam pantauan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini, pada tahun 2006 sebanyak 56 ajaran sesat telah diwartakan secara rasmi. Iaitu :
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar
Ciri-ciri Ajaran Sesat
Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.
Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam buku, Kriteria-kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994.
Antara kriteria-kriteria ajaran sesat ialah :
Pertama
Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah, seperti mempercayai kitab lain yang mampu menyaingi dan memansuhkan al Quran, mempercayai terdapat kiblat selain dari Kaabah dan seumpamanya.
Kedua
Mempertikai kebenaran al Quran atau Hadith Nabi SAW yang telah diakui keshahihannya oleh ulama’ Hadith.
Ketiga
Mana-mana ketua atau ahlinya yang mendakwa dirinya adalah nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Mahdi al Muntazar atau seumpamanya.
Keempat
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai sebuah agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada semua manusia.
Kelima
Pendewaan diri, pemimpin atau mana-mana individu dalam kumpulan tersebut, secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wa Al Jamaah. Contohnya mendakwa (secara pasti) bahawa diri atau gurunya sebagai ahli Syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti boleh bekahwin lebih daripada empat dan sebagainya.
Keenam
Mengadakan bid’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang telah ditetapkan dengan dalil Qath’ie yang tidak boleh dipertikaikan. Contohnya menghapuskan kewajipan berjihad, Solat Jumaat, puasa di Bulan Ramadhan, haji di Mekah dan seumpamanya.
Ketujuh
Mentafsir, menghuraikan al Quran atau Hadith Nabi SAW mengikut sesuka hati.
Kriteria-kriteria ini jelas menampakkan kepada kita, bahawa Islam meletakkan sempadan-sempadan. Namun akhir-akhir ini, sempadan-sempadan tersebut telah dilanggar dan ditokok tambah sehingga menyesatkan manusia. Golongan ini sering mendakwa bahawa merekalah yang membawa kepada kebenaran sedangkan mereka jauh tersimpang dari kebenaran.
Selain itu, buku tersebut juga telah menyenaraikan sebanyak 58 ciri-ciri khusus Ajaran Sesat, iaitu :
1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama
2. Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang
3. Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru
4. Guru membuat pengakuan memegang kunci syurga
5. Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang
6. Mempercayai bahawa makhluk-makhluk seperti kayu, batu atau lain-lain, memiliki kuasa mutlak
7. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT
8. Menghalalkan nikah adik beradik
9. Meminta pertolongan terus daripada orang yang telah mati (bukan bertawassul)
10. Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat
11. Mempercayai kebangkitan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW
12. Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW
13. Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS
14. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat
15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru
16. Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS
17. Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru khalifah terkatnya dan menjamin akan mendapat keampunan Allah SWT ke atas dosa pengikutnya
18. Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, bahkan di tempat selain daripadanya juga dibolehkan
19. Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat
20. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan mampu menilik nasib seseorang
21. Islam seseorang tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya
22. Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini
23. Ajaran hendaklah dirahsiakan oleh pengikut, dan sekiranya mereka membocorkannya akan ditimpa bala
24. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu
25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi, dan mampu memberi syafaat kepada muridnya
26. Mengaku diri atau gurunya ma’sum (tiada dosa)
27. Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup
28. Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir al arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir
29. Boleh meramal kedatangan Imam Mahdi dan Hari Kiamat
30. Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi
31. Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan pengikut ajaran tersebut
32. Murid-murid tidak dibenarkan mengahwini janda gurunya
33. Huruf-huruf dalam perkataan tertentu mempunyai lambangnya tersendiri
34. Al Quran mempunyai makna batin, yang berbeza (menyalahi) dengan maknanya yang zahir
35. Islam itu ada zahir dan batinnya. Batinnya ialah isi, setelah sudah memperolehi isinya, kulit tidak lagi berguna
36. Mendakwa dengan melalui tarekatnya, Allah SWT akan menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam AS, turun temurun ke dalam badan semua nabi dan seterusnya ke dalam badan-badan imam (syiah) atau guru-guru, berterusan sehingga tidak berakhir
37. Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat Nabi SAW
38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu ia perlu bernikah sekali lagi yang dinamakan sebagai nikah batin
39. Ibadah Solat sudah memadai dengan niat semata-mata (lintasan hati)
40. Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui nikah secara batin
41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, isteri, anak dan harta benda kepada gurunya
42. Amalan seperti zikir mampu menangguhkan tarikh Hari Kiamat
43. Sesiapa yang mengikut tarekatnya sahaja dibolehkan masuk ke Syurga
44. Mempercayai bahawa bacaan seseorang guru itu kepada sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain berkuasa memberi kesan baik atau buruk
45. Mempercayai bahawa dirinya selaku guru dan anak muridnya sahaja yang layak mendapat pertolongan Allah SWT (ma’unah)
46. Gurunya mampu memberikan kuasa yang luar biasa kepada pengikut-pengikunya
47. Mengaku dan mempercayai seseorang tu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada di dalam dirinya
48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas para Rasul diamanahkan kepadanya
49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan kepada satu-satu hajat yang bukan dari ajaran Islam
50. Sebelum pergi menunaikan haji ke Mekah, dikehendaki bersuluk terlebih dahulu di Panca Budi di Medan atau memadai di Medan sahaja
51. Mendakwa sebagai wali sedangkan bergelumang dengan maksiat
52. Murid-muridnya tidak dibenarkan mengahwini mana-mana wanita yang diminati oleh gurunya
53. Meninggalkan Solat Jumaat kerana bersuluk
54. Mengagung-agungkan Yahudi dan keturunannya sebagai kerabat dan perlu dicontohi
55. Murid-murid dilarang berbincang sesama mereka jika terdapat kemusykilan, tetapi hendaklah dirujuk kepada guru
56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW dalam keadaan berjaga yang bertentangan dengan syara’
57. Mengikut secara membuta tuli ajaran gurunya, walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa
58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki melalui ujian yang dijalankan oleh gurunya di dalam sebuah bilik khas dan bersumpah tidak akan membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut
Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.
Disediakan oleh :
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Tahun 4, Kuliah Usuluddin,
Jabatan Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar, Kaherah
Artikel Penuh di SINI
Rasul Melayu Dicekup
RASUL MELAYU AKHIRNYA DICEKUP (DWIBAHASA)
Rasul Melayu, bekas pekerja Zoo Negara, dari Bukit Kemensah Ulu Klang Selangor berjaya dicekup dari maklumat orang ramai ketika sedang berehat selepas sarapan pagi di bulan puasa.
Para pengikutnya yang kononnya terdiri dari para pegawai Kerajaan yang bijak bestari, seharusnya berusaha mendapatkan ikat jamin serta khidmat guaman Peguam Syarie untuk "Rasul" mereka, bagi membuktikan kebenaran ajaran Pengajaran Kahar Ahmad.
Untuk pejuang hak asasi manusia, kes ini bukan suatu kes pencabulan kebebasan hak asasi individu untuk mengamalkan kepercayaan peribadinya kerana beliau telah menyalahgunakan hak asasi beliau untuk menceroboh hak individu serta institusi masyarakat sekaligus memporakperandakan serta menghancur institusi agama Islam.
Sebagai seorang penganut Islam beliau dikehendaki akur serta taat kepada semua ajaran Islam tanpa menokoktambah atau membuat sebarang perubahan kepada ajaran serta sistem Islam yang sedia wujud sekian lama. Beliau juga tidak berhak menyebarkan ajaran sesat beliau kepada masyarakat.
Rasul Melayu Bakal Beraya Dalam Penjara
SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) -- Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini , Rabu memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh 
perbicaraan akan datang.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.
Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.
Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.
Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.
"Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.
Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.
Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.
"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.
"Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya.
Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.
Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.
Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.
Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".
Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.
Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.
-- BERNAMA
=====================================================================
Fugitive ‘Malay prophet’ held, to spend Raya in prison
SHAH ALAM: A fugitive deviationist sect leader who proclaimed himself as Rasul Melayu (Malay prophet) will spend Hari Raya Aidilfitri behind bars.
The Syariah High Court here has ordered Abdul Kahar Ahmad, 59, to be held at the Sungai Buloh prison pending the hearing of his case on Oct 7.
Denied bail: Jais officers accompanying Abdul Kahar (right) out of the Syariah High Court in Shah Alam yesterday.
Judge Abu Zaky Mohammad denied bail after syariah chief prosecutor Abdul Shukor Abd Hamid told him that Abdul Kahar had been evading the law since 2006.
Abdul Kahar was arrested by a team of Selangor Religious Department enforcement officers in Sungai Long, Kajang at 9.45am yesterday.
Over the past three years, he had allegedly preached the deviationist Pengajaran Kahar Ahmad while playing hide-and-seek with the law.
Syariah judge Abu Zaky Mohammad gave the order after allowing Selangor syariah chief prosecutor Abdul Shukor Abd Hamid’s application against Abdul Kahar who faces five charges under the Selangor Syariah Criminal Enactment.
The judge also fixed Sept 24 for mention to extend Abdul Kahar’s detention until the hearing.
Earlier, Abdul Kahar told the court that he had gone into hiding as he had received death threats.
He urged the court to grant him bail to enable him to celebrate Aidilfitri with his family.
Abdul Kahar faced charges of proclaiming himself as a prophet for the Malays, conducting deviationist teachings, violating the Selangor Mufi’s order, blasphemy and spreading false belief.
He was accused of committing the offences at No: 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah in Hulu Klang between May 19 and June 23, 2005.
— Bernama/theStaronline
PERUNTUKAN PUSAT, MAIS-JAIS BELUM TERIMA

Buktikan Slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN" menjadi kenyataan!!!
Hasan Ali:Penangguhan penyaluran peruntukan jejas pembangunan keagamaan Selangor
Pembangunan keagamaan di negeri Selangor hampir terjejas apabila kerajaan persekutuan menangguhkan penyaluran bantuan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali berkata, dana hampir 100 juta ringgit yang disalurkan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih belum diturunkan kepada kerajaan negeri.
“Peruntukan sudah turun sejak tahun lalu daripada Jabatan Perdana Menteri, namun tak masuk lagi peruntukan itu sehingga sekarang kepada tabung Jais, Mais.
“Guru-guru Kafa kini dibiayai penuh oleh kerajaan negeri, padahal sepatutnya ini tanggungjawab kerajaan pusat melalui Jakim untuk biayai sara hidup guru-guru Kafa ini,” katanya.
Katanya, pelbagai program yang telah dirancang akan terjejas, jika dana berkenaan tidak diperolehi.
Antaranya, rancangan menubuhkan Akademi Imam bagi membantu menjaga kebajikan imam-imam, meliputi kenaikan elaun dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Menurut beliau, kebanyakan imam di negeri ini seakan-akan terabai dari segi kebajikan mereka, walaupun mereka tidak pernah mendesak untuk mendapat ganjaran.
Beliau berkata, disebabkan penyaluran peruntukan yang masih ditahan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid telah mengarahkan agar beliau mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan dan memohon agar ia disalurkan secepat mungkin.
“Saya harap supaya guru-guru kafa, imam, pegawai penyelaras masjid daerah, semoga kerajaan persekutuan akan dapat salurkan dengan secepat mungkin dengan nama 1Malaysia kerana untuk kebaikan bersama dan akan memujuk kerajaan persekutuan,” katanya.
ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR
Aktiviti Exco Agama dan Exco Pendidikan pada 04/09/08: Taklimat Tentang Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Satu taklimat dan perbincangan melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pengurusan Sekolah Menengah Agama (SAM) dan Sekolah Agama Men Tinggi (SAMT) telah berlangsung di Annex SUK Shah Alam pada 4hb September 2008.
Kelihatan dari kiri Pengarah Bhg Pendiidikan Islam JAIS, Pengarah JAIS, Dr Halimah ...
Aktiviti Exco Pendidikan pada 05/07/08: Majlis Ramah Mesra Bersama Guru Agama JAIS Sabak Bernam
Satu Majlis Ramah Mesra bersama Para Guru Agama Jabatan Agama Islam Kawasan Sabak Bernam telah berlangsung pada 5hb Julai 2008.
Sebahagian dari hadhirin di majlis di atas.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 28/06/08: Perasmian Penutupan Program Amal Islami (KAMIL) Selangor
Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) bagi Sekolah Reendah dan Pra Sekolah peringkat Negeri Selangor pada 28hb Jun 2008 di SRA Kg Jawa Klang.
Kelihatan Ketua Pen Pengarah Bhg Pendidikan Islam Jais Ust Mohd Amir Hj Danuri, Exco Pendidikan dan AJK Penganjur.
VIP dan Ibu bapa yang hadhir
Exco Pendidikan sedang berucap.
Pemenang kategori Pra sekolah.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 14/06/08: Sambutan Hari Guru JAIS peringkat Daerah Kuala Selangor
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kuala Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor telah berlangsung pada 14hb Jun 2008 bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Exco Pendidikan sedang berucap,
Para Guru/Ustaz/Ustazah/Mualim/Mualimah sedang membaca ikrar.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 05/06/08: Taklimat SABK JAPIM
Ekoran dari pengumuman yang telah dibuat oleh Pengarah JAIS dan Exco Hal Ehwal Islam tentang hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengambil balik Sekolah-sekolah Menengah Agama (SAM) yang telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia beberapa tahun yang lalu melalui satu MOU, satu taklimat khas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks MAIS Shah Alam pada 5hb Jun 2008. Taklimat telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Rasyid bin Ngah, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama pegawai beliau yang lain. Satu majlis dialog juga telah diadakan.
Exco Pendidikan mempengerusikan majlis.
Kelihatan para pegawai dari JAIS dan Jabatan Pendidikan Selangor.
TANGKAP BASAH SUATU TINDAKAN ZALIM!: SETUJU ATAU TIDAK?
Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan tangkapan pihak berkuasa Agama atas alasan bahawa "pihak berkuasa harus mengambil kaedah atau pendekatan menasihati pasangan berkhalwat dan pelaku maksiat yang lain". Ingin saya ajukan soalan di sini kepada pihak-pihak yang menggunakan pendekatan berdakwah kepada pelaku khalwat. Sebagai seorang Muslim di negara umat Islam yang mempunyai kefahaman asas tentang Islam lantaran sudah menjadi pengetahuan am semua kaum di negara ini bahawa berkhalwat atau berdua-duan dalam keadaan yang mencurigakan adalah salah di sisi perundangan Islam , adakah perlu lagi prosedur amaran pertama, kedua dan seterusnya.
Saya fikir di negara kita apabila di sebut berkhalwat, orang ramai telah mempunyai gambaran di fikiran mereka apa yang berlaku. Cuba kita bayangkan van Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiba-tiba meluncur masuk ke kawasan di mana terdapat "pasangan yang berpelukan atau sedang melakukan aksi menjolok mata". Apa akan berlaku? Yang mana sedang berbuat sesuatu terus kaku berhenti setakat itu. Mungkin akan ada buat-buat bangun menuju ke tempat lain, berpindah tempat, 'start' motosikal dan cabut. Paling tidakpun akan tersipu-sipu malu. Kenapa mereka tidak meneruskan aksi mereka, usah hiraukan kehadhiran Pegawai JAIS dan buat macam biasa sahaja? Salah satu sebab ialah kerana mereka tahu dan faham bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama, yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Sila lihat reaksi tersipu-sipu apabila pasangan tahu aksi mereka dirakam oleh CCTV, videocam atau digital camera.
Mungkin pasangan yang ditangkap atau dijumpai mengaku bersalah dan merayu agar tidak dibawa ke tengah, mengaku sudah insaf dan mahu bertaubat. Dalam senario begini pihak Pegawai Jabatan Agama lebih arif tentang tindakan selanjutnya. Kita umat Islam kena jelas tentang konsep "amal bil makruf wan nahyu 'anil munkar". Ada masanya kita mesti hukum pesalah agar ia menjadi peringatan serta "sempadan" kepada yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Jika tidak, maksiat akan berleluasa dan merebak seperti kanser payu dara.
Kita bukan suka-suka sengaja hendak mencari "salah orang" atau " orang salah" tetapi IA ADALAH arahan Allah SWT dan jika tidak dilaksanakan kita mengundang kemurkaan serta bala' dari ALlah yang jika turun tidak mengira siapa yang buat atau siapa yang tak buat. Semua akan kena. Jadi diwajibkan mesti ada golongan yang mencegah yang maksiat, munkar, perbuatan keji serta jelek. Tugas ini terpikul di bahu/pundak PEMERINTAH, pemimpin, ketua, penyelia, bos, ibu bapa, jiran dan keseluruhan lapisan masyarakat. Sila rujuk banyak ayat Al Quran serta Hadith Sahih tentang tanggungjawab, arahan, saranan, amaran , ganjaran, kepentingan "menjaga tepi kain orang" bawahan, tanggungan, atau mas'uliah kita.
Pihak berwajib bertanggungjawab bukan suka-suka sengaja meronda tempat atau sarang maksiat, kalau-kalau ada muda mudi berkhalwat. Kakitangan Jabatan Agama bukan berniat "siapa aku nak tangkap hari ini biar padan muka mak bapak dia biar malu bila kena tangkap basah nanti". Kakitangan Jabatan Agama membuat rondaan tempat yang banyak maksiat berlaku agar TIDAK ADA MAKSIAT DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN. Apabila tiada tindakan dibuat terhadap maksiat yang dilakukan di tempat awam, hal ini mengalakkan lagi individu untuk berbuat demikian. "Ya ini tempat selamat. Kita boleh buat apa kita suka. Ajak kawan-kawan/member lain. Tengok. Semua kereta rosak di sini."
Khalwat di rumah sendiri |
KUANTAN: Seorang remaja perempuan lepasan sekolah menengah di Alor Akar, di sini, mengambil kesempatan daripada ketiadaan ibu bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelaki ke rumah.
Tindakan remaja berusia 18 tahun itu yang beberapa kali dilakukan sehingga menimbulkan rasa kurang senang jiran akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), petang kelmarin.
Difahamkan, Jaip bertindak selepas mendapat aduan jiran yang melihat teman lelaki remaja perempuan itu yang berusia 24 tahun memasuki rumah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaip, Mohd Nor Idris, berkata penguat kuasa Jaip menyerbu rumah teres dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.
Mohd Nor berkata, ketika pihaknya tiba di rumah itu, didapati pintu pagar berkunci sebelum dibuka teman lelaki remaja terbabit.
“Kami menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu pagar rumah itu dibuka seorang lelaki. Selepas memperkenalkan diri dan meminta izin untuk menjalankan pemeriksaan, kami menemui seorang remaja perempuan di tingkat atas rumah berkenaan.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek tiada hubungan sah suami isteri dan remaja perempuan itu mengaku lelaki itu, yang juga pengurus di sebuah syarikat perunding kewangan, adalah kekasihnya,” katanya.
Pasangan terbabit dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan kerana disyaki berkhalwat.
Katanya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) kerana berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 dan penjara enam bulan.
Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan lain di sebuah rumah di Mahkota Permai, di sini, Khamis lalu, lima pelajar sebuah kolej swasta ditahan kerana disyaki berkhalwat kira-kira jam 5.24 petang.







