Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Ribut Taufan di Klang. Show all posts
Showing posts with label Ribut Taufan di Klang. Show all posts

PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR

Majlis di atas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong pada pagi 06hb September 2008 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadhir ialah YB Rodziah, Exco Wanita, Kebajikan, Sains dan Innovasi negeri Selangor, yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang, Tuan Pegawai daerah Klang dan Pengarah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pihak penganjur majlis ialah Pejabat Daerah Klang.



ADUN Selat Klang sedang memberi ucapan alu-aluan
YAB Dato' MB Selangor sedang berucap
Penduduk kawasan Selat Klang yang menjayakan program
Sebahagian dari individu yang menerima bantuan bencana dari YAB MB sendiri
YAB Dato' MB Selangor sedang menjawab soalan pemberita

Read More “PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang

Seorang penduduk sedang menunjukkan kerosakan pada bumbung rumahnya di Sg Bertik Utara

Bertemu mangsa taufan di Sg Bertih Utara

Kelihatan ADUN, Tn Hj Kamaruddin dan En Ikhmal sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk di Jalan Yadi.

ADUN sedang bercakap kepada pemandu sebuah kereta yang lalu di kawasan banjir Jalan Yadi

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang”  »»

PENGHARGAAN KEPADA PIHAK BOMBA, TNB,Telekom, JBAS, PBSM, PEJABAT DAERAH, MPK, YAYASAN AMAL SELANGOR DAN LAIN-LAIN

Kira-kira pukul 3.00 petang 01hb September 2008 sementara penduduk Kg Sg Udang dan kampung di sekitarnya seperti Tmn Bertih dan lain sedang menunggu waktu berbuka puasa lagi 4 jam sambil hujan lebat, tiba-tiba ribut taufan bertiup dan menerbangkan bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok, memutuskan bekalan eletrik, memusnahkan harta benda dan banjir berlaku. Pada saat itu saya berada di pejabat ADUN Sg Bertih dan baru bersiap untuk pulang apabila telefon mula tidak berhenti berdering.

Bilik ADUN dijadikan bilik operasi dan kerja-kerja membersih dan membantu mangsa bermula. Mesyuarat diadakan dengan Tuan Pegawai daerah, lembaga Zakat Selangor dan agensi yang berkaitan. Sehingga kini, pejabat ADUN masih menerima aduan kerosakan. Jumlah pengadu kini mencecah 900 orang dan anggaran kerosakan setakat ini belum dikenalpasti.

Bagi pihak Kerajaan Selangor amnya dan DUN Selat Klang khasnya, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung kepada musibah ini.

Kepada mangsa dan mereka yang terlibat dengan ribut taufan di atas, semoga ALlah memberi saudara kesabaran dan menggantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Pihak DUN Selat Klang akan cuba sedaya upaya membantu saudara semua seboleh mungkin.

Sumbangan ikhlas dari para dermawan dan budiman di mana jua anda berada adalah sangat-sangat dialu-alukan.

SUMBANGAN MANGSA RIBUT TAUFAN KLANG TOLONG SALURKAN KEPADA :AKAUN BANK ISLAM KLANG ATAS NAMA "TABUNG KEBAJIKAN DUN SELAT KLANG" NO:12010010080420

Read More “PENGHARGAAN KEPADA PIHAK BOMBA, TNB,Telekom, JBAS, PBSM, PEJABAT DAERAH, MPK, YAYASAN AMAL SELANGOR DAN LAIN-LAIN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com