
Pengundi kawasan Parlimen Kuala Terengganu P 035 telah memutuskan dan membuat penghakiman bahawa calon PAS Hj Abdul Wahid Endut layak mewakili mereka di Parlimen sekaligus berhujah dalam benak masing-masing bahawa Wan Farid tidak layak untuk jawatan berkenaan. Keputusan secara berkumpulan ini ("collective desicion") memerlukan analisis yang mendalam.
Parti-parti yang bertanding telah mula membuat bedah siasat tidak formal di kedai-kedai kopi dan warong. Komentar telah mula dimuatkan di dada akhbar. Penganalisis politik sudah mula bercakap tentang punca kekalahan satu pihak dan punca kemenangan yang satu pihak lagi.
Ada orang tanya saya "apa punca kemalangan jalan raya". Ramai juga yang menyoal soalan "kenapa pasangan baru kahwin bercerai". Jawapan yang saya berikan mudah saja "multifactorial" iaitu banyak sebab-sebab berlaku sesuatu peristiwa atau kejadian. Ramalan boleh dibuat berdasarkan statistik atau kebarangkalian sesuatu itu terjadi. Selalunya, wujud suatu faktor kritikal yang menyumbang berlakunya atau jadinya sesuatu perkara. Faktor kritikal ini adakalanya menyumbang kepada kejayaan atau sebaliknya berlaku.
Dalam suatu pilihanraya yang adil dan bersih, rakyat yang keluar mengundilah menjadi hakim dalam menentukan calon dari parti mana yang menang. Pengundi membuat pilihan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan sendiri oleh seseorang pengundi itu, dan ini boleh dipengaruhi oleh banyak faktor luaran dan dalaman. Antara faktor dalaman ialah tahap
pendidikan seseorang pengundi, tahap pemikirannya yang akhirnya menentukan sikapnya, personaliti pengundi sama ada jenis individu yang bertindak mengikut emosi atau banyak bergantung kepada pentaakulan atau rasional ( berfikir sebelum bertindak).
Secara umumnya, wujud perbezaan di antara pilihan raya kecil (PRK) dengan pilihanraya umum (PRU). Mood pengundi dalam pilihan raya umum berbeza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil. Namun faktor yang sama beroperasi dalam kedua-dua jenis pilihan raya, cuma perbezaan dari segi sejauh mana suatu faktor mengatasi faktor-faktor yang lain.
Pada pendapat saya, terdapat tujuh( 7 ) faktor utama yang perlu diambilkira oleh mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya yang dijalankan secara telus dan adil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor tersebut diberi singkatan PICK DJ M (pilih Dj M) iaitu akronim kepada faktor Pengundi, Isu, Calon, Kempen, Dana, Jentera dan Media.
Pengundi terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan personaliti, ethnik serta umur. Pengundi muda berbeza pendapat dengan pengundi berumur (saluran 1 dan 2 ) dalam banyak hal. Kaum Cina sudah semestinya sangat berbeza dengan kaum Melayu. Jadi komposisi kaum serta umur mereka harus diberi perhatian. Dalam banyak pilihan raya kecil dan umum, faktor peratus kaum bukan Melayu menjadi penentu. Dikatakan di PRK P035, kaum Cina menyebelahi calon PAS.
Kata-kata hikmah tentang calon
Isu yang diketengahkan mungkin bersifat tempatan atau nasional. Isu nasional lebih popular semasa PRU berbanding dengan PRK namun hal ini boleh dimanipulasikan oleh parti-parti yang bertanding. Di Malaysia tarikh PRU dirahsiakan sehingga saat-saat akhir bagi memastikan tiada isu yang negatif wujud dalam masyarakat atau terdapat banyak isu yang memihak kepada BN pada satu-satu masa. Dalam PRK P035, kedua-dua jenis isu dimainkan dan ditonjolkan oleh parti yang bertanding. Isu royalti minyak yang bertukar jadi wang ehsan dan seterus menjadi "wang saku" kepada pihak-pihak tertentu tidak dapat ditangkis oleh BN dengan jayanya.
Faktor calon banyak diperkatakan orang sama ada di media cetak, eletronik atau kedai kopi. Setakat calon berkaraoke duduk sebelah wanita bukanlah suatu hal yang sangat penting. Terdapat banyak lagi kriteria yang menentukan kesesuaian seseorang calon. Peribadi calon tidak dapat dinafikan memainkan peranan yang amat penting dalam satu-satu pilihan raya tak kira PRU atau PRK. Wahid Endut mempunyai kelebihan dalam banyak hal berbanding dengan Wan Farid walaupun Wan adalah bekas senator dan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Pelbagai kaedah dan metod berkempen dijalankan oleh parti yang bertanding. Umumnya suatu ketika dahulu PAS banyak menggunakan kaedah ceramah umum, tetapi sejak kesukaran
mendapat permit berceramah kebelakangan ini, PAS lebih menjurus kepada ceramah kelompok, penerangan rumah ke rumah dan program khidmat masyarakat. BN memiliki kelebihan dalam aspek berkempen kerana ia memiliki banyak sumber dan peluang. Dengan hanya menukar nama sebuah kolej atau merasmikan sebuah surau, BN mampu meraih perhatian pengundi atas pagar.
Faktor dana memang sangat penting masakini. Semua peralatan, perbelanjaan makan minum petugas, kenderaan dan sebagainya memerlukan RM untuk
direalisasikan. PAS berjaya dengan dana yang terhad. BN mampu mengerakkan segala-galanya dengan wang ringgit. Adakalanya hati tergerak juga dengan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai..." . Walaupun terdapat garis panduan oleh SPR tentang jumlah perbelanjaan calon dalam satu-satu kerusi Parlimen atau DUN, namun hakikatnya ia tidak dipedulikan oleh SPR.
Pada PRK 035 yang lalu jentera pilihanraya PAS telah dibantu oleh PKR dan DAP. Gandingan dan gabungjalin ketiga-ketiga komponen Pakatan Rakyat memberikan impak yang maksima kepada pengundi Kuala Terengganu. Kehadhiran pemimpin seperti DSAI, En Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan lan-lain dapat membantu jentera PAS Terengganu sendiri yang dibantu oleh jentera PAS negeri-negeri lain seperti Selangor.
Peranan media arus perdana dan alternatif seperti internet amatlah penting. BN dengan segala kemudahan media di tangannya tidak mampu menangkis hujah PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang isu tempatan dan nasional.
Itulah sedikit catatan ringkas saya yang dapat dikongsi bersama dalam post kali ini. Saidina Ali pernah menyebut kurang lebih " Kebenaran yang tidak berstrategi dapat dikalahkan dengan kebatilan yang memiliki perancangan." Akhir kalam faktor iman yang bulat dan mantap kepada kudrat Ilahi dan disertai dengan munajat memanjatkan doa ke hadhrat Sang Pencipta serta Pemilik segala galaksi dan apa yang ada padanya tidak harus diabaikan sebagai faktor penentu kepada usaha insan-insan kerdil berjiwa besar.
YANG MANA SATU IDAMAN KALBU, APA FAKTORNYA
ZAID IBRAHIM SOKONG CALON PAS PRK P036
Dalam perkembangan terkini di Kuala Terengganu menjelang Pilihnraya kecil P036, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah membuat sokongan terbuka kepada calon PAS Abdul Wahid Endut dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di K.T. Dalam ucapan ringkas beliau menegaskan bahawa pengundi kaum Cina sangat bijak dan tidak perlu diberitahu siapa yang harus diberikan undi kali ini.

Zaid Ibrahim joins in the fray for Pas
In yet another blow to Barisan Nasional’s attempt to rejuvenate itself after the March 8 political tsunami, Datuk Zaid Ibrahim today declared his support for Pas’s campaign in the Kuala Terengganu by-election.
Speaking at a dinner hosted by DAP at a Chinese restaurant here, the former Cabinet member said there was an urgent need for the people to reject race-based politics.
“You are very smart, so I don’t have to tell you who you should vote,” said Zaid while urging the people of Kuala Terengganu to end divisive politics.
“Things have changed... Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nik Aziz and other Pakatan Rakyat leaders are working towards forging closer ties between the people,” he told the largely Chinese crowd.
“A political party that only helps its own race or group is not good for Malaysia, I hope Pakatan is serious about unity,” said Zaid.
He then ended his five-minute speech urging the voters to use their wisdom and not to be fooled when voting on Jan 17.
When met after the dinner, Zaid told reporters he had indeed endorsed Pas’s candidate Wakaf Mempelam assemblyman Abdul Wahid Endut.
However, he said this did not mean that he was joining any of the PR parties.
“I believe joining a political party is not urgent, but the message is,” he told reporters.
As a minister appointed by Datuk Seri Abdullah Badawi to oversee various judicial and legal reforms, Zaid often had to face opposition from his party and was accused of giving in to Pakatan Rakyat’s demands.
He resigned as Minister in the Prime Minister’s Department in September to protest the arrest of Selangor state executive councillor Teresa Kok under the Internal Security Act.
Zaid was sacked from Umno for breaching the party’s regulation, after he appeared at a DAP dinner and PKR’s annual national congress in late November.
The Malaysian Insider
by Adib Zalkapli
KERTAS UNDI DAN PENGALAMAN PETUGAS PILIHANRAYA TIDAK BOLEH DIJUAL BELI
Seruan kepada Para Petugas Pakatan Rakyat sebagai Polling Agent dan Counting Agent agar mempersiapkan diri dengan segala ilmu selok belok pilihanraya khususnya tentang bidang tugas serta segala tipu helah dan muslihat musuh pada hari pembuangan undi. Segala borang-borang yang digunakan hendaklah diketahui secara terperinci. Perjalanan pilihnraya, kesalahan serta Akta Pilihanraya harus diulangkaji. Jaga kesihatan anda. Tidur hendaklah mencukupi. Jika difikirkan kurang mampu memikul amanah besar ini, beritahu pimpinan secepat mungkin agar penggantian dapat diusahakan. Jika ada masalah peribadi atau rumah tangga yang boleh menganggu tumpuan dan fokus, sila tarik diri awal-awal lagi. Banyakkan berdoa dan berzikir.

BN disyaki dalangi jual beli kertas undi
Ketika tidak sampai 48 jam lagi penduduk Kuala Terengganu akan membuang undi difahamkan berlaku kegiatan jual beli kertas undi sedang giat dijalankan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti kegiatan tersebut daripada masyarakat Cina yang diberikan tawaran berkenaan.
"Kita dapat mengenal pasti tawaran kepada pengundi Cina menerusi satu perjanjian bagi mengeluarkan kertas undi kosong untuk diisi dengan harga RM1,000 seorang oleh BN," katanya di sini petang ini.
Menurutnya ia merupakan tindakan terdesak pada saat akhir BN bagi memenangi pilihan raya ini dengan menggunakan politik wang serta penipuan.
"Modus operandinya setelah pengundi tersebut bersetuju untuk menyerahkan kertas undinya, pengundi berkenaan akan mengeluarkan kertas undi yang kosong.
"Kertas undi berkenaan kemudiannya akan ditandakan oleh petugas BN di luar kawasan mengundi yang seterusnya dilipat untuk dibawa masuk kembali ke dalam tong undi," ujarnya.
Walau bagaimanapun, Wan Abdul Rahim berkata pihak yang merancang tindakan tersebut lupa kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu Jadual 2 Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981, arahan-arahan sebagai panduan kepada pemilih.
"Ia menyatakan bahawa setiap pengundi dikehendaki melipat dua kertas undi sebelum dimasukkan ke dalam tong," katanya.
Sedangkan menurutnya, dalam penipuan yang dirancang itu, mereka tidak akan melipat dua kertas undi tersebut.
Oleh itu katanya, polling agent perlu peka semasa membuat pemantauan terhadap kecenderungan orang yang memasukkan kertas undi yang dibawa daripada luar.
"Polling agent yang dilantik akan bertindak membuat bantah terhadap pengundi yang didapati melakukan perkara tersebut.
"Tindakannya termasuk meminta pegawai SPR yang bertugas menjalankan pemeriksaan badan ke atas pengundi yang disyaki," katanya.
Justeru, pihaknya menyeru kepada semua pihak yang merancang melakukan kegiatan ini agar menyedari akan kesalahan dan risikonya.
"Mereka boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda atau penjara atau kedua -duanya sekali," ujarnya.
Ditanya mengenai tempoh kegiatan tawar menawar itu, beliau menjelaskan ia difahamkan bermula sejak seminggu lalu.
Intan Abdullah intan@harakah.net.my
AMANAT, KATA HIKMAH DAN BERNAS MENJELANG PRK 036 UNTUK YANG MAHU BERUBAH








Mantan Presiden UMNO yang keluar parti mengeluarkan amanat:
1.“Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan Umno dan Kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti Umno dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon Umno atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli Umno yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi Umno dan Barisan Nasional."
2.“Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."
3."Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."
4.“Samada Barisan Nasional menang atau kalah kerajaan Terengganu tak akan berubah. Pada pandangan saya Pas atau Umno pada waktu ini sama sahaja.”
5."Umno pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon Umno tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang."
6.“Dalam pilihan raya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema. Pas pun bukan pilihan yang baik, Umno pun bukan pilihan yang baik. Telan mati Mak, luah mati Pak. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya.”
7.“Jika tidak, pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. Umno dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi ‘preview’ jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.”
Kata-kata hikmah President-elect UMNO 2009:
1. “Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur, salam semua. Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita menang. Ini bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen."
2.“Jangan berlagak naik kereta mewah dan jangan berlebihan. Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN. Saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat”.
3."Saya nak tanya, siapa buat dua masjid setiap tahun, siapa yang bagi wang ehsan pada rakyat, siapa buat ICT di masjid-masjid, siapa buat macam-macam program tadika Islam JQAF, siapa jadi juara keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) lapan tahun berturut turut, siapa buat lebuh raya, siapa buat universiti Darul Iman."
4."Kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negara yang takut untuk menyanggah kuasa besar kerana terima bantuan dari negara-negara besar. Di Malaysia kita menongkah arus, tambah peruntukan untuk projek-projek kerajaan dalam keadaan rakyat di negara besar terpaksa menganggur kerana krisis ekonomi."
5."Jadi saya nak nyatakan kedua-dua program ini, iaitu pagi tadi saya lancar pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 serta bantuan kepada sekolah agama bantuan kerajaan merupakan sebahagian daripada projek rancangan fiskal,"
Kata-kata bernas Ketua Pergerakan Wanita UMNO
1."Satu pun laporan saya tak terima pasal orang tak suka muka Wan Ahmad Farid. Tu saya pun hairan, bila kita turun ke bawah tak ada orang bercakap. Ini orang bercakap di kedai-kedai kopi rasanya, yang saja ditanamkan idea ni persepsi ni."
2."Jadi ingin saya tegaskan tak usahlah dibangkit cerita calon, calon tak senyum ke calon muka sombong ke, calon muka garang ke, kita bukan nak pilih calon ratu cantik, bukan nak pilih calon ala Shah Rukh Khan, bukan nak pilih jejaka idaman, kita nak pilih calon yang boleh bekerja."
3."Pada penilaian BN, calon kita boleh diamanahkan untuk bertugas dan berkhidmat untuk orang Kuala Terengganu. Kita yakin dia boleh bekerja, kalau tak tauke dia ialah BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat... kalau dia tak bekerja pucuk pimpinan kitalah yang akan ambil tindakan."
4."Pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat, macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka masih tak boleh buat jalan ni, tak boleh nak betulkan longkang ni sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN dan kerajaan pusat adalah kerajaan BN."
Dikutip di SINI , diceduk SINI
Sumber di SINI , Rujuk di SINI
SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP





Sokongan bukan Islam luar biasa - Haji Wahid
Lanjusoh/ Harakahdaily
Tue | Jan 13, 2008
KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.
Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.
Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.
Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.
Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.
Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.
"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.
"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.
"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.
Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.
Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.
Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.
Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.
"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.














