Pray For MH370

Pray For MH370

PERIHAL SPRM (BPR) DARI AHMAD LUTFI OTHMAN SENDIRI

Oleh Ahmad Lutfi Othman
www.mindalutfi.blogspot.com

Apabila ketua Pembangkang di Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo melakukan serangan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dua tiga orang pembaca menggesa agar saya memberikan reaksi.

Mereka mahu saya menyerang balas Khir kerana, bagi mereka, saya mempunyai banyak "peluru" untuk ditujukan kepada calon Ketua Pemuda Umno itu.


Saya menjawab: "Semuanya cerita lama, saya sudah serahkan laporan lengkap, rasanya lebih daripada lima kali kepada BPR, sama ada di Putrajaya mahupun Shah Alam. Saya terbitkan akhbar tentang hal itu, ada yang dirampas, babitkan lebih 50,000 naskhah, kereta dipecahkan dan kemudiannya sakit hampir dua tahun!"

Bagaimanapun, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan mahu membanteras amalan rasuah, suatu jenayah paling merbahaya dan kronik, secara lebih serius dan menyeluruh itu, melalui Ketua Pesuruhjayanya, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan bahawa terdapat bukti-bukti kukuh menunjukkan Khalid menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban, saya dihubungi lebih ramai pembaca.

"Sudah sampai masanya saudara bongkar kembali kes-kes lama Khir Toyo, yang babitkan jauh lebih banyak wang rakyat dan pembayar cukai," tegas seorang pembaca yang mengaku mengikuti setiap laporan saya terhadap BPR. "Saya tidak mahu jadikan ia konflik peribadi berpanjangan," sambut saya. Pastinya saya yakin mereka tidak puas hati dengan jawapan mengelak itu.

Mengenali agak dekat karenah BPR ketika mula membuat laporan rasmi di ibu pejabatnya, di Putrajaya, pada 23 Oktober 2001, saya langsung tidak menaruh keyakinan bahawa badan itu boleh bertindak efektif memerangi rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi menyedari bahawa ia merupakan jenayah paling sukar untuk mendapat kerjasama saksi.

Selain itu, kes rasuah yang sering menjadi pendakwaan terpilih Jabatan Peguam Negara diperalatkan untuk kepentingan politik parti pemerintah, yang menguasai kerajaan pusat.

Sikap kakitangan BPR pula jarang menunjukkan mereka meraikan sumber yang bersedia memberi maklumat, terutama apabila berkaitan jerung-jerung besar yang dekat dengan serambi kuasa, sementalahan pula jika membabitkan tokoh-tokoh utama BN.

Kadang-kadang, belum pun kita melangkah keluar dari pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), laporan kita sudah difaks kepada tokoh yang kita adukan kesnya itu. Jadi, mana-mana yang masih boleh "dibetulkan" tentulah akan diperbetulkan segera, selain menghilangkan bukti-bukti yang ada.

Saya bersetuju dengan pandangan sinis yang mengatakan BPR ada kalanya bertindak sebagai "badan yang membersihkan orang yang dituduh rasuah", bukannya agensi untuk memastikan setiap tuduhan, walaupun tidak dibuat secara rasmi, termasuk melalui surat layang, akan disiasat sampai "ke lubang cacing.

Malah, BPR lebih berminat untuk mengetahui dari mana sumber yang mendedahkan info rasuah itu kepada pengadu. Justeru, semakin kecillah bilangan warga prihatin yang mahu "menyusahkan diri" untuk memberi maklumat.

Rupanya hanya sekadar nama yang bertukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tetapi perangai masih membeku di tahap lama. Lihat saja aduan rasuah kepada Abdul Khalid Ibrahim.

Difahamkan sekumpulan penyiasat SPRM berkampung di bangunan SUK, Shah Alam, mengesan apa jua bukti untuk menyabitkan Menteri Besar Selangor itu. Saksi-saksi dicari termasuk secara "ugutan". Nampaknya usaha dilakukan dengan "penuh minat" sehingga Ketua Pesuruhjayanya tidak sabar-sabar lagi mendedahkan hasil siasatan, sesuatu yang tidak berlaku selama ini.

Benar seperti kata peguam Khalid, Sankara Nair, tindakan SPRM itu, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

Saya cuba membayangkan, alangkah baiknya jika SPRM dapat bertindak proaktif, seperti dalam kes Khalid, kepada semua kes yang diadukan kepada mereka termasuk usaha sogokan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri tertentu.

Banyak lagi nak diceritakan tentang kes rasuah ini ..._



(Pendedahan Ahmad Lutfi Othman, Ketika dahulu boleh didapati di laman web http://detik.daily.tripod.com/khir.htm )


Senarai Anggota dan lembaga SPRM

Comments :

0 comments to “PERIHAL SPRM (BPR) DARI AHMAD LUTFI OTHMAN SENDIRI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com