Pray For MH370

Pray For MH370

DEMOKRASI TENAT: SIMPTOM DAN TANDA-TANDA

Demokrasi sedang tenat di Malaysia

Oleh Peguam Mohamed Hanipa Maidin




Beberapa tahun lalu semasa menghadiri Muktamar PAS di Kota Bharu saya sempat berbual dengan seorang tetamu dari Australia yang turut hadir. Antara lain kami berbual tentang isu demokrasi di Malaysia. Beliau agak hairan bagaimana PAS boleh "survive" dalam keadaan pelbagai sekatan kebebasan seperti kebebasan bersuara dan berhimpun.

Beliau tidak boleh fikir mana-mana parti politik di Australia boleh hidup jika status demokrasinya seperti negara ini.

Sebenarnya saya juga tidak faham bagaimana PAS boleh terus hidup dengan demokrasi ala Malaysia ini. Lihatlah insiden-insiden di bawah ini dan kemudian saudara saudari tanyalah diri anda sendiri demokrasi apa yang kita sedang lalui sekarang.

a) Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata bahawa pihak polis telah melarang sebarang bentuk himpunan di Negeri Perak;

b) Lebih kurang 10,000 hingga 20,000 salinan akhbar Suara Keadilan telah dirampas di beberapa tempat di negara ini pada bulan Januari. Ketua Pengarang Harakah juga mengesahkan ribuan salinan Harakah edisi Isnin dirampas dari penjual Harakah.

c) Persatuan Warga Istana Kedah (PKDK) telah mencadangkan kepada Y.M Sultan Azlan untuk melarang Pengerusi DAP memasuki negeri Perak di atas alasan kononnya tindakan Karpal bertentangan dengan Perlembagaan.

d) Kerajaan tidak menolak kemungkinan kesemua sembilan orang yang ditahan kerana merusuh semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar BN Perak dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

e) Pemimpin Hindraf yang ditahan ISA sejak 2007 dilanjutkan tahanan mereka selama dua tahun lagi.

Bagi saya lima insiden di atas menunjukkan betapa tenatnya keadaan demokrasi dalam negara ini.

Bercakap soal demokrasii sekurangnya-kurangnya ianya menyentuh hak-hak berikut:

1. Kebebasan bersuara (termasuk kebebasan akhbar),


2. Kebebasan berhimpun dan berpersatuan,


3. Pilihan raya yang adil, bebas dan bersih,

4. Kedaulatan undang-undang (rule of law),


5.Rakyat bebas daripada undang-undang yang tidak adil dan draconian ; dan

6.Kebebasan badan kehakiman.


Negara yang bertamadun tidak sewajarnya menafikan rakyatnya menikmati hak-hak tersebut.

Saya sudah banyak menulis tentang hak berhimpun yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Saya dah banyak berlawan dengan pihak polis di Mahkamah apabila mewakili pemimpin dan ahli PAS berhubung isu perhimpuan di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967.

Setakat ini semua kes Alhamdulillah dimenangi PAS. Saya sanggup 'berperang' dengan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail di dalam isu tragedi berdarah perhimpunan di Batu Buruk apabila beliau bersungguh menentang pemberian jaminan ke atas Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis.

Saya juga pernah menyertai rombongan pemimpin PAS Pusat diketuai oleh Tuan Guru Presiden PAS bertemu Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan polis di Bukit Aman. Saya masih ingat dalam pertemuan itu, Musa Hassan dengan tegas menyatakan beliau tidak menganggap pemimpin politik yang terlibat dengan ceramah sebagai penjenayah.

Saya juga dah beberapa kali disembur gas, digari dan dimasukkan ke lokap polis di atas isu perhimpunan. Saya juga dah puas menjelajah di seluruh negara memberi penerangan berkaitan dengan isu perhimpunan di bawah Akta Polis 1967 kepada pemimpin, ahli dan pendokong PAS. Pendek kata apa yang saya boleh buat untuk menerangkan dan memperjuangkan hak rakyat untuk berhimpun telah sedaya upaya dilakukan.

Namun saya terpaksa mengakui bahawa polis di negara ini masih tidak bersikap profesional dan tidak memahami hak berhimpun yang dijamin oleh undang-undang. Apabila Ketua Polis Negara (KPN)menyatakan bahawa pihak polis telah melarang sebarang bentuk himpunan di Perak, saya hanya boleh menggelengkan kepala.

Di bawah kuasa mana dia boleh melarang sebarang bentuk perhimpunan di negeri Perak. Undang-undang manakah yang dipakai apabila dia menyatakan hal tersebut. Adakah beliau sedar jika seluruh perhimpunan di negeri Perak diharamkan, di mana beliau nak campakkan seksyen 27 dan 27A Akta Polis 1967?


Seksyen 27 Akta Polis 1967 memberi budibicara kepada Ketua Polis Daerah (KPD) untuk sama ada memberikan permit atau tidak bagi sebarang perhimpunan di tempat awam yang ingin diadakan di mana-mana bahagian negara ini. Saya katakan 'tempat awam' kerana perhimpunan bukan di tempat awam tidak memerlukan permit polis sama sekali kerana ia dikawal oleh Seksyen 27A Akta Polis.

Apabila Akta Polis memberi kuasa kepada KPD untuk memproses pemberian permit ini bermakna hanya beliau seorang sahaja yang ditugaskan untuk melakukan hal tersebut. Dengan lain perkataan beliau yang bertanggungjawab memberi permit mengikut perkiraan beliau sendiri dan jika dilihat kepada bahasa yang digunakan di seksyen 27(2) Akta Polis, KPD hendaklah cenderung memberi permit untuk rakyat berhimpun di tempat awam daripada menafikan pemberian permit. Dengan lain perkataan undang-undang menganggap membenarkan perhimpunan adalah satu yang biasa (norm) manakala menafikan perhimpunan adalah satu pengecualian.

Oleh kerana KPD diberi kuasa untuk memberi atau tidak memberi permit perhimpunan, maka beliau hendaklah memproses setiap permohonan bagi mendapatkan permit berasaskan "case-by-case basis". Contohnya beliau mungkin boleh menafikan pemberian permit di Ipoh tetapi tidak di Tanjung Malim atau di Gerik.

Oleh itu apabila Musa Hassan mengeluarkan arahan bahawa semua perhimpunan di negeri Perak diharamkan ianya adalah satu kenyataan mengarut. Bagaimanakah KPD kini boleh bertindak secara bebas untuk memproses permohonan permit jika KPN telah lebih awal mengharamkan perhimpunan?

Kita patut malu dengan negara jiran, Thailand apabila sebuah parti politik berdaftar dan sah boleh mengadakan ceramah di mana-mana dan pada mana-mana waktu tanpa sebarang permit polis.

Malangnya di Malaysia penceramah politik ditangkap oleh mereka yang gila merobek undang-undang. Apa nak buat... Malaysia Boleh!

Harakahdaily

Tajuk yang berkaitan di SINI

Untuk muat turun buku merah "POLIS DAN HAK ASAS ANDA"

Comments :

0 comments to “DEMOKRASI TENAT: SIMPTOM DAN TANDA-TANDA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com