Pray For MH370

Pray For MH370

KOMUNIKASI RALAT SERTA SALAH FAHAM TIMBUL DI SELANGOR

Ikuti ulasan Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir,Ketua Penerangan Perhubungan PAS Selangor merangkap Setiausaha Akhbar Dato' Presiden PAS mengenai isu kenyataan Dato' Dr Hassan Ali yang dilaporkan oleh beberapa media cetak sebagai contoh sinar harian bertarikh 26/02/09. Lihat di bawah. Antara komen pembaca di blog Roslan SMS corner ialah kenyataan dua muka surat itu terlalu panjang.

Sementara YB Iskandar Samad selaku Timb Pesuruh Jaya Selangor juga ada mengingatkan ahli PAS di SINI.

Saudara juga boleh layari laman web PAS Selangor untuk melihat kenyataan akhbar sepanjang dua muka surat yang telah dikeluarkan oleh PAS Selangor.

Sebenarnya, terlalu banyak pengajaran yang diperolehi dari insiden ini, antaranya ialah pentingnya penyebaran maklumat yang tepat dan cepat kepada semua termasuk ahli dalam menangani isu penting yang sengaja dimainkan oleh pihak lawan. Kedua, bergantung seratus peratus kepada laporan media dalam membuat keputusan di semua pihak dan peringkat adalah amat merbahaya sekaligus mampu mengancam pakatan serta ikatan......

DAP Selangor kesal kenyataan Dr Hassan

DAP Selangor kesal dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil tindakan bersesuaian berikutan tuduhan berhubung salah guna kuasa ketika ini.

Setiausaha Publisiti DAP yang juga Exco kerajaan negeri, Teresa Kok berkata, beliau tidak faham dan hairan mengapa Dr Hassan mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah bersatu hati untuk berdiri teguh di belakang Menteri Besar pada sidang media Retreat Exco Selangor 2009, Sabtu lalu.

“Kita semua tahu apa yang berlaku terhadap Menteri Besar, dia adalah ‘mangsa’ dalam hal lembu dan kereta Lexus ini.

“Jadi mengapa kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh Pas Selangor, itu yang saya tidak faham,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, kemungkinan kenyataan Dr Hassan itu disebabkan tekanan daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata, mungkin apa yang cuba disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu bukan menjurus kepada isu lembu dan Lexus tetapi perkara-perkara lain yang Pas merasakan perlu kepastian daripada Abdul Khalid.

“Saya rasa bukan berhubung dua kes kecil itu, kalau itu pun nak ambil rasional tak masuk akallah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata perkara itu seelok-eloknya dibincangkan dalam kepimpinan negeri itu.

Sinar Harian

Comments :

0 comments to “KOMUNIKASI RALAT SERTA SALAH FAHAM TIMBUL DI SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com