Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO BERDEGIL MAHU DERHAKA TITAH SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah perkenan Dato' MB Selangor bersedekah lembu korban serta Baginda tidak murka penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi Dato’ Menteri Besar jika semua prosedur undang-undang dipatuhi. Diharapkan semua pihak akur terutama kepada puak-puak yang anti-derhaka. Diharapkan juga kita semua tidak menjadi seperti lembu dicucuk hidung dalam kes PKNS punya lembu, Khalid busuk nama. Kita rakyat Malaysia bukan boleh diperbodohkan macam lembu tak kira sama ada lembu DIGI, lembu PNSB atau lembu BALKIS.


Derma Lembu Korban, Guna Kereta Peribadi : Sultan Selangor Tiada Halangan


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiada halangan terhadap usaha sedekah lembu korban malah menggalakkan usaha kebajikan seperti itu dipanjangkan ke kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak, kata Dato’ Menteri Besar hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam pertemuan dengan baginda di Istana Mestika pagi tadi Sultan Sharafuddin turut menyatakan pendiriannya untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi Dato’ Menteri Besar jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.

Abdul Khalid yang dikaitkan dengan isu sedekah 46 ekor lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadinya menggunakan wang kerajaan negeri juga berkata beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjayanya berhubung dua dakwaan itu.

Dato’ Ahmad Said Hamdan ketika bercakap kepada media pada 20 Februari lalu dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Abdul Khalid menyalahgunakan kuasanya.

“Dalam pada itu, satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi Gerak (Mohd Nazree Mohd Yunus) atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan menulis surat meminta penjelasan Mohd Nazree berhubung tohmahan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan undang-undang sekiranya beliau gagal memberi jawapan.

Sementara itu, Abdul Khalid merakamkan penghargaan kepada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan padu terhadap beliau dan kepimpinan negeri berikutan isu salahguna kuasa yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab akhir-akhir ini.

Beliau menyifatkan sokongan berkenaan menunjukkan kekuatan ikatan Pakatan Rakyat (PR) cukup padu tetapi sedang dirungkai oleh sekumpulan pihak yang ingin meraih populariti murahan.

Abdul Khalid berkata satu mesyuarat dalaman bagi membincangkan isu itu akan diadakan secara telus dan ilmiah bersama semua kepimpinan.

NOOR ALLIA KASSIM / Selangorkini Online

Comments :

0 comments to “UMNO BERDEGIL MAHU DERHAKA TITAH SULTAN SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com