Pray For MH370

Pray For MH370

RETREAT KHAS ISU KERAJAAN PERPADUAN

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, satu retreat akan diadakan pada 18-19 Julai 2009 untuk AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama mngenai isu kerajaan perpaduan.

Bincanglah apa baiknya dan apa buruknya konsep kerajaan perpaduan dari semua aspek dan jangka masa, namun kepercayaan dan rasa hormat terhadap PAS di kalangan bukan Islam dan komponen Pakatan Rakyat juga harus diambilkira.

PAS anjur retreat khas bincang kerajaan perpaduan


PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.

Siasah

Comments :

3 comments to “RETREAT KHAS ISU KERAJAAN PERPADUAN”
Unknown said...
on 

Apa yang nak dibincang lagi perkara yang karut ini? Presiden, Timbalan Presiden dan SUAgung maseh nak diselamatkan juga ke? Kan dah elok kita hanya sarankan yang mereka yang nak sangat pada UMNO tu masuk saja UMNO? Tak payah lagi nak bertekak tegang urat ! Kalau dah terkinja-kinja nak kan pangkat dan kemewahan keluar aje dari PAS dan masuk UMNO - garanti kaya punya!!

Anonymous said...
on 

Asalamualaikum

Dalam soal UG ini, jelas sekali TGHH has shot his foot again. Being a supporter of PAS since my secondary days which is roughly 35 years ago, this is not the first time l yang am witnessing TGHH shot his foot. Infact from my 30 years of observation of his political journey l can say for sure TGHH has all the tendency to shoot himself when the occasion arises.

Bukan sekali bacaan dan telahan politiknya tersasar daripada realiti semasa. Bahkan inilah kelemahan yang sering kita lihat yang ada pada diri pemimpin PAS dari golongan ulamak.

Kita amat mengagumi keikhlasan perjuangan dan ilmu ugama mereka. Memang mereka adalah hebat dari segi ilmu ugamanya. Tetapi mereka sering memperlihatkan naiveity dalam membaca realiti politik semasa. Terlalu simplistik dan off tangent.

Dalam ilmu politik Islam, setakat ini tiada tokoh PAS yang lain dapat menandingi TGNA. Persepsi dan bacaan situasi politiknya sukar ditandingi hatta oleh TDM sendiri. TDM looked impressive but he left behind lots of blunders that our younger generation has to carry the consequences.

Dalam soal UG ini, l menyokong pendapat TGNA. Why when PAS mempunyai peluang yang terbaik dalam sejarahnya sekarang bersama Pakatan Rakyat untuk mempamerkan keindahan Islam - someone from its leadership just excitedly throw in a huge spanner into the running gear!Buksn sekali, tetapi sudah beberapa kali pemimpin yang sama berbuat demikian.

One thing l always remember, when l was in form 4 in 1976, TGNA was in PAS. PAS was part of BN then. But TGHH then was just a young ustaz working with Majlis Ugama islam terengganu. What did he know when PAS was kicked out of BN in 1978 because he was then still a Terengganu state employee.

bat8 ( Taman sri Andalas)

Anonymous said...
on 

mat

Lupakah kita semasa isu muzakarah dengan UMNO yang kecoh tempohari? Presiden, timbalan presiden dan SU Agong sekarang inilah yang merupakan aktor-aktor utama masa tu.

Yang terbaru bagaimana liciknya permainan geng pro umno ni - tiba-tiba SU Agong PAS yang baru tiba-tiba buat U_TURN 360 darjah. Aku masih berpegang dengan pendirian TGNA- mereka-mereka yang dah bermimpi setiap malam nak jadi menteri dalam kerajaan UG ni, elokla letak jawatan dalam parti PAS dan terus je join UMNO.

Tapi kalau depa-depa ni berbuat demikian, akan tercapaikah impian mereka untuk menjadi menteri? Jawabnya kempunanlah. Jadi dengan membawa PAS menyertai UG ini, maka mereka mempunyai bargaining power untuk demand macam-macam. Itu je sebab mereka beria-ria sangat nak bawak PAS masuk UG.

Nak kata buta mata, segala tabiat buruk UMNO depa tau semua. Sejauh mana komitmen para pemimpin UMNO hari ini terhadap mendaulatkan Islam mereka juga dah tau sangat-sangat. Jadi apa alasan yang mereka tergila-gila sangat nak UG?


bat8

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com