Pray For MH370

Pray For MH370

BEBERAPA PENGAMATAN MENGENAI LAWATAN LEE KUAN YEW KE MALAYSIA



Berita bersumberkan harakahdaily dan siasahdaily



Pertemuan hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu juga disertai oleh Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Dato' A. Kadir Jasin meragui kunjungan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ke Malaysia minggu lalu.


KOTA BHARU, 14 Jun: Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.


--------------------------------------------------------------------------------------
Lawatan Lee Kuan Yew diragui


KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Dato' A. Kadir Jasin meragui kunjungan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ke Malaysia minggu lalu.

Sambil menyifatkan kunjungan tersebut seperti lawatan seorang Maharaja China yang diberi sambutan istimewa, beliau menyifatkan kunjungan Kuan Yew bukan hanya sekadar untuk bernostalgia dan mengubati rindu.

Sebaliknya kata beliau, kunjungan Menteri Mentor Singapura itu mempunyai mempunyai motif tertentu.

"Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno dan Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan PAS sebagai parti induk politik Malaysia. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan PAS," tulis beliau menerusi blognya.

Selain itu beliau juga berpendapat Kuan Yew mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN kerana Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura.

Singapura, kata Kadir, memerlukan jiran-jiran yang baik dalam keadaan ekonominya yang lemah.

"Kuan Yew sedar pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua-dua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang," tulis beliau lagi.

Seterusnya Kadir menjelaskan, Singapura menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Justeru kata beliau, lawatan Lee Kuan Yew bukanlah lawatan nostalgia sebaliknya lawatan mencari maklumat dan risikan, untuk mengenali dan mengukur kepintaran para pembesar Malaysia dan untuk mengajar anak buahnya mengenali barisan baru kepemimpinan Malaysia.

mks/Irwan Muhammad Zain/harakahdaily

Comments :

0 comments to “BEBERAPA PENGAMATAN MENGENAI LAWATAN LEE KUAN YEW KE MALAYSIA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com