Pray For MH370

Pray For MH370

TN GURU NIK AZIZ GEMBIRA JIKA BENAR ERDOGAN WUJUD DALAM PAS

Dakwaan mengatakan wujud kumpulan Erdogan dalam PAS, reaksi Tn Guru Nik Aziz ialah Tn Guru malah sangat gembira sekiranya benar wujud Erdogan kerana Perdana Menteri Turki tersebut, Recep Tayyip Erdogan (foto kanan) telah berjaya memalukan pemimpin Israel dalam satu program sebelum ini ( World Economic Forum pada 29 Jan 2009.)

Menurut Tn Guru Nik Aziz, Erdogan berjaya melumpuhkan golongan sekular dan sesat yang menolak Islam.



PAS tidak guna khutbah sebagai medan politik - MB

PAS tidak pernah menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan berpolitik, sebaliknya menyatakan apa yang benar mengikut kaedah Islam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, memandangkan perjuangan PAS mengikut acuan Islam, menyebabkan isu yang dibangkitkan dalam khutbah Jumaat tidak boleh dipisahkan.

"Sebaliknya pihak tertentu pula mendakwa PAS telah menyalahgunakan khutbah Jumaat bagi agenda politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Bazar yang bernilai lebih RM50 juta akan dibina di tapak bekas kuanters Balai Polis Daerah Kota Bharu yang kini sudah berpindah ke Pengkalan Chepa.

Hari ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dilaporkan mendakwa kerajaan negeri menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, khutbah Jumaat mengandungi lima rukun iaitu memuji Allah, selawat ke atas Rasulullah saw, menyeru bertaqwa kepada Allah dan membaca ayat-ayat al-Quran.Image

"Antara lainnya Allah Taala menyeru manusia supaya berlaku adil. Keadilan yang Allah minta tegakkan itulah politik. Sedangkan Umno tidak mahu, sebab itulah mereka tolak Islam dan tidak mahu politik Islam," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan wujud kumpulan Erdogan dalam PAS katanya, beliau gembira sekiranya benar wujud Erdogan kerana Perdana Menteri Turki telah berjaya memalukan pemimpin Israel dalam satu program sebelum ini.

Menurutnya Erdogan berjaya melumpuhkan golongan sekular dan sesat yang menolak Islam.

Sementara itu mengenai pembangunan Bazar Tok Guru katanya, kerajaan negeri mengutamakan peniaga-peniaga kecil yang kini berniaga di pasar Arked Uda dan pasar lama MPKB.

"Kerana itu kita kekalkan konsep perniagaan yang mampu dimiliki semua pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya golongan korporat sahaja. Madinatul Raudhah sesuai untuk peniaga kecil," ujarnya.

Mengenai calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Manek Urai beliau bersetuju golongan ulama dan profesional dipadukan.

Kata beliau biar pun bekas Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob bukan ulama dan profesional, namun beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Kerana kebijaksanaannya juga beliau dapat mengekalkan kemenangan PAS sehingga lima penggal bermula 1986," ujarnya.

mj/Salmah Mat Husain/ Foto Rizal Tahir/harakahdaily

Comments :

0 comments to “TN GURU NIK AZIZ GEMBIRA JIKA BENAR ERDOGAN WUJUD DALAM PAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com