Pray For MH370

Pray For MH370

BEKAS PRESIDEN MCA DIPECAT DARI PARTI

Ayat-ayat Cinta Datuk Seri Dr Chua Soi Lek:

"Jika terdapat peruntukan bagi hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan saya dihukum gantung. Sebab kenapa saya perlu dipecat adalah jelas."

"Adakah pemecatan saya akan menaikkan imej MCA? Saya mengandaikan bahawa presiden sekarang, adalah bersih sebersih-bersihnya. Hanya masa akan menentukannya."


Chua Akan Berehat

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat oleh MCA semalam, mahu bercuti dengan "keluarga dan rakan" dan berehat.

Menulis dalam blognya, bekas timbalan presiden parti itu tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengemukakan rayuan dalam 14 hari atau merujuk kepada spekulasi mesyuarat agung luarbiasa sebagai langkah seterusnya.

Majlis Presiden MCA malam tadi menerima cadangan jawatankuasa disiplin parti untuk memecatnya daripada parti kerana telah mencemarkan imej parti berhubung video skandal seksnya pada 2007.

"Rakan-rakan semua, beri peluang kepada saya untuk berehat. Orang akan berfikir yang saya akan berkerja keras, tetapi seperti biasa, saya menerima semua itu dengan fikiran terbuka.

"Semoga, saya akan hidup lebih lama untuk menikmati hari mendatang dan menghadapi satu lagi pertarungan," katanya.

Ahli politik yang terkenal lantang bersuara itu, yang telah bersama MCA hampir suku abad, tetap kental menghadapi semua itu, menyatakan beliau pernah berada dalam kedudukan lebih teruk apabila beliau meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan pada Januari tahun lepas, selepas video itu muncul.

"Saya tidak sangka yang lembaga disiplin MCA, diketuai peguam yang sudah berusia, mendapati adalah sesuai untuk mencadangkan supaya saya dipecat, 21 bulan selepas saya meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan bagi alasan yang sama semasa saya meletakkan jawatan pada Januari 2008.

"Jika terdapat peruntukan bagi hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan saya dihukum gantung. Sebab kenapa saya perlu dipecat adalah jelas," katanya.

"Adakah pemecatan saya akan menaikkan imej MCA? Saya mengandaikan bahawa presiden sekarang, adalah bersih sebersih-bersihnya. Hanya masa akan menentukannya," katanya.

Menurut Dr Chua, sejak malam tadi, telefonnya tidak berhenti berdering dan hari ini, beliau menghabiskan masa untuk cuba membaca semua SMS.

"Mungkin ini akan membuatkan saya sibuk kerana saya kini tidak lagi menjadi anggota mana-mana parti. Wakil media tidak henti-henti menganggu saya. Ia sebenarnya agak lucu dan menyeronokkan," katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “BEKAS PRESIDEN MCA DIPECAT DARI PARTI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com