Kenapa para pemimpin BN bermati-matian mengguna-
kan segala bentuk jentera kerajaan dan bukan kerajaan tanpa segan silu dan maruah bagi mempertahankan kedudukan mereka atau merampas kembali negeri-negeri yang diurustadbir oleh Pakatan Rakyat??????
Selain $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ untuk diri, keluarga serta kroni mereka, pemimpin BN cukup takut, kecut perut dan gerun jika salah laku, penyelewengan dan kesalahan mereka didedahkan. Kita lihat bagaimana kawan kita Khir Toyo yang dulu kebal tetapi kini................................................................................
Sebenarnya hanya segelintir pemimpin BN di bawa ke muka pengadilan, yang lain kekal bermaharajalela, ibarat fenomena "TIP OF ICEBERG"
Rasuah: Shariff Jajang diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.
Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.
Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala Mohd Shariff (kiri) diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.
Terdahulu, Badrul Munir yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah secara bertulis sama ada Mohd Shariff akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.
Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN kawasan Dengkil (semasa kejadian) yang dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) di mana beliau mempunyai kepentingan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang, pada 16 Jun 1997.
Pada masa kejadian, Mohd Shariff serta isterinya Datin Patimah Isa dan dua anaknya, Shahrum dan Shahrin, memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.
Mohd Shariff dilantik sebagai anggota exco kerajaan Selangor pada 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Penerangan dan Tanah Rizab Melayu.
- Bernama/Malaysiakini
JENAYAH POLITIK BN YANG DIDEDAHKAN IBARAT "TIP OF ICEBERG"
KALAH MENANG BIASA, TETAPI BIAR BERMARUAH

Petisyen PRK Bagan Pinang,
penyelewengan akan didedah
TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.
Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.
"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.
"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.
Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.
Hashim Abdullah/harakahdaily
STRATEGI UMNO SELANGOR KENA SASARAN, SATU PELURU SATU MUSUH
Oleh Abu Imran
Strategi UMNO/BN dalam rangka merampas Selangor dari Pakatan Rakyat adalah amat teratur, licik dan profesional (samseng) . Strategi "POLARISE OR PARALYSE" yakni sisihkan atau lumpuhkan.
Yang pasti ramai ahli PAS yang di peringkat cawangan, kawasan dan negeri masih dibuai mimpi indah dalam kemenangan PRU 12 serta PRK, yang terbaru di Permatang Pasir DAN masih terus lena.
Jika mereka telah sedar dan bangkit dari tidur, sudah tentu mereka bergegas mengisi kemenangan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, bukan asyik mencari kesalahan atau bercakaran sesama sendiri.
Antara strategi UMNO yang telah nampak hasilnya ialah:
1. Dr Khir Toyo mengenengahkan strategi subversif dengan melantik agen di tempat strategik seperti di pejabat kerajaan, kilang, masjid, surau serta dalam komponen parti Pakatan Rakyat sendiri bagi mendapat maklumat seterusnya disalurkan kepada pengurusan UMNO untuk tindakan selanjutnya. Sebagai contoh, isu lembu korban, invois baikpulih kereta MB dan lain-lain.
2. Noh Omar telah melancarkan Blogger Patriot khusus untuk Selangor, yang diupah untuk
merekacipta cerita serta tohmahan, contohnya t4tbh.blogspot.com
yang telah di flag.



Di peringkat kebangsaan, telah wujud
rangkaian blogger bergelar Blogger Pembela Negara yang bergerak cergas di alam maya.
3. Penganjuran Demonstrasi dalam pelbagai isu seperti yang kita sedia maklum, antara lain, isu babi yang mendapat restu pihak PDRM. Yang 
terkini ialah isu pemindahan dan pembinaan kuil di Sek 23 Shah Alam Selangor. Sila lihat
Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah
Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
(sumber harakahdaily)
Manakala Sohaimi Shahadan Ketua Pemuda Umno Selayang bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang. Beliau
merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat. (sumber harakahdaily)
Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini tidak pernah dikenali sebelum ini. (sumber harakahdaily)
4. UMNO juga mendapat bantuan dan sokongan dari Jabatan Pembangunan Negeri di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri. Pejabatnya terletak di Glenmarie Shah Alam dan dianggotai oleh SPRM, SPR, KEMAS dan lain-lain.
BEKAS PRESIDEN MCA DIPECAT DARI PARTI

Ayat-ayat Cinta Datuk Seri Dr Chua Soi Lek:
"Jika terdapat peruntukan bagi hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan saya dihukum gantung. Sebab kenapa saya perlu dipecat adalah jelas."
"Adakah pemecatan saya akan menaikkan imej MCA? Saya mengandaikan bahawa presiden sekarang, adalah bersih sebersih-bersihnya. Hanya masa akan menentukannya."
Chua Akan Berehat
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat oleh MCA semalam, mahu bercuti dengan "keluarga dan rakan" dan berehat.
Menulis dalam blognya, bekas timbalan presiden parti itu tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengemukakan rayuan dalam 14 hari atau merujuk kepada spekulasi mesyuarat agung luarbiasa sebagai langkah seterusnya.
Majlis Presiden MCA malam tadi menerima cadangan jawatankuasa disiplin parti untuk memecatnya daripada parti kerana telah mencemarkan imej parti berhubung video skandal seksnya pada 2007.
"Rakan-rakan semua, beri peluang kepada saya untuk berehat. Orang akan berfikir yang saya akan berkerja keras, tetapi seperti biasa, saya menerima semua itu dengan fikiran terbuka.
"Semoga, saya akan hidup lebih lama untuk menikmati hari mendatang dan menghadapi satu lagi pertarungan," katanya.
Ahli politik yang terkenal lantang bersuara itu, yang telah bersama MCA hampir suku abad, tetap kental menghadapi semua itu, menyatakan beliau pernah berada dalam kedudukan lebih teruk apabila beliau meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan pada Januari tahun lepas, selepas video itu muncul.
"Saya tidak sangka yang lembaga disiplin MCA, diketuai peguam yang sudah berusia, mendapati adalah sesuai untuk mencadangkan supaya saya dipecat, 21 bulan selepas saya meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan bagi alasan yang sama semasa saya meletakkan jawatan pada Januari 2008.
"Jika terdapat peruntukan bagi hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan saya dihukum gantung. Sebab kenapa saya perlu dipecat adalah jelas," katanya.
"Adakah pemecatan saya akan menaikkan imej MCA? Saya mengandaikan bahawa presiden sekarang, adalah bersih sebersih-bersihnya. Hanya masa akan menentukannya," katanya.
Menurut Dr Chua, sejak malam tadi, telefonnya tidak berhenti berdering dan hari ini, beliau menghabiskan masa untuk cuba membaca semua SMS.
"Mungkin ini akan membuatkan saya sibuk kerana saya kini tidak lagi menjadi anggota mana-mana parti. Wakil media tidak henti-henti menganggu saya. Ia sebenarnya agak lucu dan menyeronokkan," katanya.
BERNAMA
LARANGAN PEJUALAN ARAK KEPADA MUSLIM SATU BENTUK NAHI MUNKAR
Arak masih boleh dibeli di hotel kecuali sebuah hotel di Ampang iaitu Hotel De Palma, malah hotel ini juga menyediakan tempat istimewa untuk dijadikan "MASJID" pada hari Jumaat bagi pengunjungnya serta penduduk setempat. Hotel ini adalah milik PKNS.
Penjualan arak tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol.
Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.
Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.
Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.
Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.
Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.
Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.
Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.
azm/ Hazayani & Dzulfikar Mashoor/ Foto Wan Zahar/harakahdaily
DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR
MELAYU SARAWAK DAN BIDAYUH KECEWA (DWIBAHASA)
Melayu Sarawak, Bidayuh Kecewa Dengan Perwakilan Dalam Kabinet
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak, melahirkan kekecewaannya berhubung perwakilan Melayu Sarawak dalam Kabinet persekutuan.
Meskipun mengharapkan lebih ramai anak Sarawak dilantik ke peringkat persekutuan, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (foto di atas ) bagaimanapun melihat perkara itu dari sudut positif.
Ini kerana, katanya dalam senarai Kabinet yang diumumkan pada 9 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik wakil Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang akan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Ia hak mutlak Perdana Menteri, kita perlu terima," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran rumah kos rendah di bawah program "Rumah Mesra Rakyat" kepada 24 penerima hari ini.
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Negeri berkata lazimnya seorang ahli politik Melayu daripada PBB akan diberi jawatan menteri penuh tetapi dalam Kabinet yang diumumkan itu, tiada seorang pun yang dilantik.
Wakil PBB dalam Kabinet persekutuan adalah Naib Presiden kanannya yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ketua Pemuda PBB Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib.
Selain PBB, wakil lain Sarawak dalam Kabinet persekutuan adalah seorang menteri dan dua timbalan menteri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan dua timbalan menteri masing-masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------
Malays, Bidayuh unhappy with Cabinet representation
KUCHING, April 14 (Bernama) : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), the backbone of the Sarawak Barisan Nasional (BN), has admitted disappointment over the Malay representation in the Federal Cabinet.
Although expecting more Sarawakians to be appointed at the federal level, PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg however, viewed the matter positively.
This was because the prime minister had appointed Sabahan Datuk Seri Abdul Shafie Apdal as rural and regional development minister which would enable better understanding of the needs of the rural areas in Sabah and Sarawak.
"It is the prerogative of the prime minister, we have to accept it," the state housing minister told reporters after presenting offer letters to 24 recipients of a low-cost housing scheme under the 'Rumah Mesra Rakyat' programme here today.
PBB representatives in the federal cabinet are its senior vice-president Datuk Douglas Uggah, who is natural resources and environment minister, Science, Technology and Innovation Deputy Minister and PBB Youth chief Fadillah Yusof, Agriculture and Agro-based Industry Deputy Minister Datuk Rohani Abdul Karim and Deputy Tourism Minister Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib.
Apart from PBB, other Sarawak representatives in the Federal Cabinet are a minister and two deputy ministers from the Sarawak United People's Party (SUPP), and two deputy ministers each from Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
Meawhile, a local daily reported today that two Bidayuh members of parliament (MP) from BN were upset over the exclusion of a Bidayuh.
BERNAMA/SUN2SURF
WHAT'S THE DIFFERENCE BETWEEN ISRAEL AND BE-END

On the international front, Israel is involved in psychological warfare with Iran by alleged planning to target Iranian nuclear scientists with letter bombs and poisoned packages and had set off explosions in Iran in the former attempt to undermine Iran's nuclear programmes.
At the home front , Barisan National is trying to wrest the states
controlled by the Pakatan Rakyat by various means, by crooks, by hitting below the belt, and you name it.
Israel engaged in covert war inside Iran: report
Israel is involved in a covert war of sabotage inside Iran to try to delay Tehran's alleged attempts to develop a nuclear weapon, a British newspaper said on Tuesday, quoting a former CIA agent and intelligence experts.
An intelligence source in the Middle East told Reuters last year Israel planned to target Iranian nuclear scientists with letter bombs
and poisoned packages and had set off explosions in Iran. Analysts offered similar accounts and said such tactics would be credible, but no confirmation has been available.
Some analysts caution that reports of such a "dirty war" may form part of a psychological warfare campaign to unsettle Iran.
The intelligence source told Reuters that Israeli agents were working with Western governments and firms doing business with Tehran, whose Islamist leadership is a sworn enemy of Israel but denies accusations its nuclear program has a military purpose.
Israel's government, widely assumed to be the only nuclear power in the Middle East, declines all comment on such reports.
"Israel has launched a covert war against Iran as an alternative to direct military strikes against Tehran's nuclear program," Britain's Daily Telegraph said on Tuesday. "It is using hitmen, sabotage, front companies and double agents to disrupt the regime's illicit weapons project, the experts say."
Quoting intelligence experts and an unnamed former CIA agent, the newspaper said Israel's "decapitation" strategy had targeted members of Iran's atomic program, hoping to set back the country's nuclear ambitions without resorting to war.
"SABOTAGE GOING ON"
Meir Javendafar, an Iran expert at Meepas, a Middle East analysis group, told Reuters there were also reports Iran was being sold faulty equipment for its nuclear program, and that there were attempts to disrupt the electricity supply to Natanz, a uranium enrichment facility in central Iran.
"I think there is sabotage going on. It's a logical move and it makes sense in the game that is part of the overall struggle to disrupt Iran's nuclear ambitions," he said.
As evidence of Israel's reported strategy, Iran watchers have pointed to events such as the death of Ardeshire Hassanpour, a nuclear scientist at the Isfahan uranium plant who died at home from apparent gas poisoning in 2007.
The former CIA agent told the Telegraph: "Disruption is designed to slow progress on the program, done in such a way they don't realize what's happening. The goal is delay, delay, delay until you can come up with some other solution.
"It's a good policy, short of taking them out militarily, which probably carries unacceptable risks."
Asked about the newspaper report, Mark Regev, a spokesman for Israeli Prime Minister Ehud Olmert, told Reuters: "It is not our practice to comment publicly about these sorts of allegations, not in this situation, not in any situation."
New U.S. President Barack Obama has taken a more diplomatic line with Tehran, quietening former Bush administration talk of a possible military strike against Iranian nuclear assets.
Israeli leaders have been careful not to rule out their military options, though analysts question how far a new Israeli government, still to be formed after last week's parliamentary election, will be prepared to act without Washington's backing.
Javendafar said there were indications several states were attempting to infiltrate Iran to disrupt nuclear development but also suggested much of the reported clandestine activity was more part of a psychological war than an actual one of sabotage.
"Numerous intelligence agencies are trying their best to do this. Not just Israel, but the Americans and many European spy agencies," he said. "If it's true, then it's putting pressure on the Iranian program technically.
"Even if there's no truth to it, it's part of what is a massive psychological war against Iran's nuclear program ... It's ... much more affordable than sabotaging equipment.
By Luke Baker/ LONDON (Reuters)
BN BERHASRAT UNTUK TERUS KEKAL DI PERAK

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.
"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti" menurut Najib.
"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.
BN berhasrat untuk terus kekal di Perak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.
Walaupun hanya dengan satu majoriti, jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap setia, kerajaan dapat dikekalkan, katanya.
"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti.
"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. InsyaAllah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-27 di sini, Sabtu.
Najib berkata apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".
Beliau berkata BN akan akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan yang telah membuat keputusan selaras dengan perlembagaan.
BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran Perak semalam apabila ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru.
Majlis itu diadakan di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar di tengah-tengah keengganan bekas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerima kenyataan bahawa pakatan itu tidak lagi berkuasa.
Kerajaan pakatan itu hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri apabila empat wakil rakyatnya meninggalkan parti masing-masing baru-baru ini.
Najib juga berkata kini terpulang kepada kepimpinan dan dasar yang bakal diambil oleh kerajaan baru di Perak bagi menarik sokongan rakyat Perak.
"Saya akan berbincang dengan mereka (pemimpin dan wakil rakyat BN) bahawa perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kita mahu berlaku adil dengan semua kaum dan masyarakat dan kita akan memastikan perkara ini dilaksanakan.
"Kita juga akan memastikan, ia sebuah kerajaan yang efisyen dan berkesan, dengan kata lain semua program akan dilaksanakan mengikut kehendak rakyat' katanya.
Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.
Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul.
"Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept.
"Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.
Tolong tanya mereka," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata BN sebagai kerajaan di Perak sekarang perlu menumpukan usaha membela dan berkhidmat kepada rakyat.
Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.
Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan.
"Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan," katanya.
Najib berkata keputusan yang dibuat Sultan Perak adalah dari segi tafsiran perlembagaan dan beliau berharap ia dihormati dan tidak dipersoalkan.
Ditanya kemungkinan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Bebas yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional kembali kepada Pakatan Rakyat, Najib berkata: "Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab."
Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) telah mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN.
Mengulas tindakan penyokong Pakatan Rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan sebelum dan semasa istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru berdekatan Istana Iskandariah semalam, beliau berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama.
"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.
Mengenai pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India memandangkan kesemua 28 ADUN Perak hanyalah wakil dari Umno dan MCA, beliau berkata perkara itu akan diumumkannya kelak.
BERNAMA
BE-END MENAMATKAN PEMERINTAHAN PR DI PERAK

Dengan izin Allah, strategi dan taktik PR yang kurang berjaya dan dengan berkat usaha BN/UMNO yang memiliki segala-segala sumber, kini sah BN memegang tampuk pemerintahan negeri Perak sekaligus menamatkan segala bentuk spekulasi dan teka teki.
BN Ambil Alih Pemerintahan Perak
PUTRAJAYA, 4 Feb 1756 (Bernama) -- Barisan Nasional memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, demikian diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.
Empat wakil rakyat itu terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno, katanya.
"ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah maklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar dari parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.
"Mereka telah beri mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar dan memberi aku janji untuk menyokong Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN," kata Najib, yang juga Pengerusi BN Perak, dalam satu sidang akhbar.
Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi, dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.
"Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan menghadap ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan secara rasmi bahawa Barisan Nasional Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak," katanya.
Najib berkata beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin dan nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama anggota exconya.
Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu telah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri keempat-empat wakil rakyat berkenaan, Najib berkata ketiga-tiga ADUN Bebas itu akan menjadi "anggota Bebas sahabat BN".
Mengenai tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pembubaran DUN hari ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak yang boleh memperkenankan pembubaran DUN.
Najib menyifatkan perkembangan terkini sebagai bermulanya era baru di Perak.
Menjawab soalan, Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan.
Mengenai kes rasuah membabitkan ADUN Behrang dan Changkat Jering, Najib berkata ia merupakan isu yang berbeza.
Kepada satu soalan, Najib berkata perkembangan yang berlaku tidak sampai sebulan selepas beliau dilantik pengerusi BN dan Umno Perak adalah secara kebetulan.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ADUN Barisan Nasional negeri itu.
Dalam pilihan raya umum Mac tahun lepas, Perak adalah antara lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Yang lain ialah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
TEKA TEKI TERJAWAB AKHIRNYA
AKAN DATANG DI PAWAGAM "PERAK DARUL RIDHUAN" : DUA PILIHANRAYA KECIL
Sama-sama kita tunggu hari-hari yang penuh aksi dan debaran!!!!!!
Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 har
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari KeADILan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini dan pilihan raya kecil dijangka berlaku dalam masa 60 hari.
Kedua-dua Adun berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).
Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.
Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi kepada mstar online dan kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.
"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.
"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.
Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang menyertai KeADILan minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun KeADILan berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya.
"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.
Sumber: harakahdaily
Versi lain tentang berita di atas SINI
KEMISKINAN BAKAL BAHAN KEMPEN BN DI PP
Setiap kali menjelang Pilihanraya(PR) samada PR kecil atau umum, tajuk kemiskinan akan timbul. "Tradisi membela rakyat" menjadi slogan yang sedap dimainkan bak kata pepatah menanam tebu di tepi bibir, belum sempat kertas undi dimusnahkan, sebagai contoh dalam PRU ke 12, nah harga minyak naik melambung sekali henjut tersentap dan terduduk "orang kampung".
Agaknya bilakah media akan memulakan tayangan klip video orang-orang miskin di Permatang Pauh? Selepas Permatang Pauh akan menyusul agaknya Sanglang.
Di Selangor, selain program " jejak kasih" tidak pernah diberitakan tentang kemiskinan baik tegar mahupun biasa di kaca TV selama BN/UMNO memerintah Selangor lebih 50 tahun. Kemiskinan digambarkan hanya wujud di negeri-negeri bawah pemerintahan dulu Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat. 


