Pray For MH370

Pray For MH370

ISU KUIL DI KOTA ANGGERIK

Dr Xavier Exco Kerajan Selangor kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwa tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut. Dr Xavier juga mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

"Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," menurut Ahli parlimen Shah Alam apabila penduduk yang berarak berhujah bahawa penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ.


*Pindah kuil: Dialog akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23 (harakahdaily)

*Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang
(malaysiakini)

Pindah kuil: Dialog akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23


SHAH ALAM, 27 Ogos: Kerajaan negeri Selangor serta para wakil rakyatnya di Shah Alam akan mengadakan dialog khas dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam ekoran keputusan kerajaan memindahkan sebuah kuil Hindu ke situ.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dialog itu akan diadakan tidak lama lagi antara pihak-pihak yang terlibat.

Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memindahkan kuil Hindu yang terletak di Seksyen 19 ke sebuah tanah perindustrian di Seksyen 23.

Ia dibuat dengan persetujuan jawatankuasa kuil berkenaan selepas mengambilkira kedudukannya yang tidak berapa sesuai kerana terlalu rapat dengan rumah penduduk di sana.

Kuil ini dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

Keputusan ini telah dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ.

"Bagi saya hujjah ini tidak sesuai. Ini kerana, kalau hujjah ini digunapakai, di mana kita mahu membina kuil untuk penganut Hindu ini kerana orang Melayu adalah majoriti di Shah Alam.

"Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," katanya.

Semasa kerajaan BN dahulu, kata Khalid, kuil di Seksyen 16 dibina bersebelahan dengan masjid sahaja. "Masa itu kita (PAS) tidak bantahpun," katanya.

Menurut Khalid, penduduk Seksyen 19 sudah 25 tahun membantah kehadiran kuil itu di sana kerana ia terlalu hampir dengan rumah mereka iaitu kira-kira 200 meter sahaja.

"Semasa mereka membeli rumah di situ, dalam layout plannya tidak adapun kuil itu. Mereka terasa tertipu," katanya.

Jadi, menurut Khalid, apa yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah memindah kuil itu ke tapak yang lebih sesuai iaitu tidak dalam kawasan perumahan dan tidak akan mengganggu orang ramai.

"Memandangkan tapak asal kuil ini milik PKNS, maka tanah industri PKNS juga yang diambil untuk pembinaan kuil baru ini dengan persetujuan Majlis Bandaraya Shah Alam," kata Khalid.

Harakahdaily
===============================================================================


Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.

Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.

Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.

"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.

Sehingga ini, kata Khalid, tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.

"Jika ada laporan polis dibuat, pasti kita akan mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya.

Sambil menyuarakan rasa kesalnya dengan insiden tersebut, Khalid menegaskan, setiap orang mesti menghormati agama dan sensitivi kaum dan tidak mengambil tindakan seumpama itu.

Sementara itu, exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan perarakan itu "tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak sensitif terhadap agama lain."

Katanya, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dr Xavier berkata, mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

"Saya akan buat laporan polis terhadap mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Dr Xavier mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap mereka dan mendakwa mereka atas tuduhan membangkitkan kebencian.

malaysiakini

Comments :

0 comments to “ISU KUIL DI KOTA ANGGERIK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com