Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani (foto kanan) berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
12 Penunjuk Perasaan Sambil Bawa Kepala Lembu Didakwa Pada Rabu
SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- Dua belas penunjuk perasaan yang terlibat dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas akan didakwa pada Rabu.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mereka akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan kerana terlibat dalam perhimpunan haram.
"Polis akan mencari semua yang terlibat petang ini untuk merekod keterangan mereka dan kalau perlu kita akan beri jaminan sebelum mereka didakwa di mahkamah esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kesemua penunjuk perasaan terbabit akan didakwa setelah beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.
Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Abdul Gani berkata mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.
Sementara itu, sekumpulan pemberita dan jurugambar yang menunggu sejak pagi sehingga petang ini hampa setelah kes itu tidak jadi didakwa di mahkamah hari ini.
Ditanya mengenai perkara itu, Khalid berkata banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum mendakwa kesemua yang terlibat di mahkamah.
"Ia mengambil masa dan tidak sempat untuk mendakwa mereka hari ini. Kita yakin kesemua mereka yang terlibat akan memberi kerjasama yang baik kepada polis," katanya.
Pada 28 Ogos lepas, sekumpulan penduduk Seksyen 23 di sini mengadakan bantahan berhubung cadangan Kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
SIAPA BAWA SERTA BERCAKAP SAMBIL MEMIJAK KEPALA LEMBU AKAN DIDAKWA
Labels:
Akta Hasutan,
KUIL,
Penduduk Sek 23 Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment