Bekas MB Kelantan meninggal
KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.
Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.
Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990.
Beliau menceburi bidang politik sejak tahun 1950 menyertai Umno dan memenangi pertandingan buat kali pertamanya dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi parlimen Tanah Merah.
Allahyarham anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di kampong Palekbang, Tumpat, pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1996 pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.
Kepimpinan kerajaan Pas negeri mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan ketenangan roh Allahyarham di sisi Allah SWT.
Zuharman MN/harakahdaily
KEMBALILAH KEPADA TUHANMU WAHAI JIWA..
Labels:
Bekas Menteri besar Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment