Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, sebagai bukan lagi seorang Islam. Kini satu kes lagi timbul. Walaupun tak perlu atau bukan masanya menuding jari kepada sesiapa, pokok pangkalnya siapa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal saudara baru serta keadaan umat ini, sama ada aqidah mereka terpelihara atau sebaliknya?
Tak perlu nak tunggu dihadapakan ke Mahkamah Rabbul Jalil untuk jawapannya. Pihak yang berwajib sila ambil iktibar.
JKM: Siti Hasnah diislamkan bapanya sendiri
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menjelaskan bahawa S Banggarma, atau nama lainnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah, telah menganut agama Islam sebelum dimasukkan ke sebuah rumah kebajikan kira-kira dua dekad lalu.
Oleh itu, ketua pengarah kebajikan masyarakat menjelaskan, dakwaan bahawa wanita itu diislamkan semasa berada di bawah jagaan JKM adalah "tidak benar". Wanita itu mendakwa, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada 2000.
Menurut surirumah itu, agamanya ditukar kepada Islam pada 1989, ketika dia baru berusia tujuh tahun.
Walaubagaimanapun, semua dokumen yang masih disimpan menunjukkan wanita itu telahpun menganut agama Islam sebelum memasuki institusi kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu.
Siti Hasnah telah diislamkan oleh bapanya sendiri, yang tidak dinamakan, bersama adik-beradiknya yang lain pada 30 November 1983, berdasarkan tarikh yang terdapat di dalam surat akuan pengislaman ibu dan bapanya di Pejabat Agama Islam Rompin, Pahang.
Cerita selanjutnya di SINI
INSTITUSI KELUARGA DAN PEMERINTAHAN JAGA AQIDAH UMAT
Labels:
JAKIM,
MAJLIS AGAMA ISLAM,
murtad,
riddah,
TUKAR AGAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment