Pray For MH370

Pray For MH370

KESELAMATAN WANITA BEKERJA SYIF PERLU DITANGANI

Kerajaan Negeri Kaji Pendekatan Terbaik Bela Keselamatan Wanita


SHAH ALAM 23 NOV: Keselamatan wanita bekerja pada waktu malam di Selangor bakal diberi perhatian oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.





Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata ketika ini kerajaan negeri sedang mencari pendekatan terbaik untuk membela keselamatan pekerja wanita ini yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri Selangor.

Katanya uasaha menjaga keselamatan golongan ini juga akan mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tetapi mengenai kerja pada waktu malam ini, agak perlu ada satu perbincangan yang lebih mantap lagi, sebab kita dapati di Selangor ini, budaya kerja malam di kedai-kedai 24 jam kita tengokkan ada. Aspek keselamatan ini juga kita juga telah membuat penelitian dengan pihak PDRM dan PBT, bagaimana kita memastikan keselamatan wanita-wanita ini dapat diatasi dengan baik,” katanya.

Rodziah berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Wacana Intelektual Wanita yang dianjurkan Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), petang semalam.

Menurutnya lagi, selain memastikan isu keselamatan mereka terjaga kerajaan negeri juga akan turut memberi perhatian terhadap sistem sokongan untuk diri dan juga keluarga.

“Kita dapat menyediakan system sokongan dari sudut kita mahukan apabila wanita keluar bekerja, kita akan memberi sokongan dari sudut penjagaan anak dimana anak-anak mereka dapat diletakkan di tempat yang selamat.

“Dengan erti kata, kita menjangkakan bahawa aspek keselamatan pada masa ini adalah setiap wanita itu dapat mengatasinya tetapi saya tidak nafikan isubahawa wanita yang keluar bekerja di waktu malam juga terdedah kepada gejala sosial di Selangor yang perlu dibincangkan secara lebih mendalam dibincangkan secara detail supaya satu saranan yang agak mantap dapat dikemukakan,”katanya.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata beliau akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkaitan terutamanya pihak industri untuk tindakan seterusnya.

“Saya sendiri akan berjumpa dengan FMF, Federation Malaysia Manufacturing dan SSIC Insya Allah, supaya mereka boleh membawakan isu ini yang mungkin selama ini dipendam-pendamkan, tidak begitu ditangani dengan baik, jadi kita akan bawa berbincang bagaimana mereka boleh mengatasi masalah-masalah dan menjaminkan keselamatan pekerja wanita diwaktu-waktu yang agak bahaya, dan berisiko tinggi,” katanya.

Selangorkini

Comments :

0 comments to “KESELAMATAN WANITA BEKERJA SYIF PERLU DITANGANI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com