Pray For MH370

Pray For MH370

KITA SAMA TAPI TAK SERUPA

Bukan sekadar bangsa Asia serumpun tetapi manusia sejagat berasal dari Adam dan Hawa.
"Tiada kelebihan Arab dari bukan Arab: Yang membezakan hanyalah darjah takwa"

Bangsa Asia Serumpun Terbukti Secara Saintifik


PETALING JAYA, 23 Dis (Bernama) -- Konsep bangsa Asia adalah serumpun kini terbukti secara saintifik apabila satu kajian terhadap 73 kumpulan etnik di Asia Tenggara dan Asia Timur menunjukkan bahawa warisan genetik sangat bersaling-kait dengan kumpulan etnik dan linguistik.

Ia merupakan penemuan dalam kajian memetakan spektrum kepelbagaian genetik di Asia dan menyelusuri asal-usul genetik orang Asia yang dikendalikan oleh lebih 90 saintis dari Pan-Asian SNP Consortium di bawah Human Genome Organisation (HUGO PASNP).

Anggota konsortium HUGO PASNP Malaysia, Prof Madya Dr Zilfalil Alwi, berkata kajian yang dijalankan bersama kumpulan saintis dari 10 negara di Asia itu menunjukkan bahawa penyelidikan terhadap variasi jujukan gen manusia yang dikenali "single-nucleotide polymorphism" (SNP), menunjukkan kaitan rapat antara kumpulan linguistik dan geografi.

"Setiap individu mempunyai gen yang sama, tetapi jujukannya mungkin berbeza, variasi ini yang dinamakan polymorphism ataupun perbezaan yang wujud bagi setiap individu secara warisan.

"Kaedah SNP digunakan untuk mengkaji perbezaan atau persamaan antara kumpulan etnik ini. Dari SNP yang diperoleh, kita boleh tengok profil SNP bagi sesuatu kumpulan etnik dan boleh tentukan apa hubung kait antara 73 kumpulan etnik dan bagaimana mereka saling berhubung kait dan berbeza," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Dr Zilfalil, yang juga ketua penyelidik bagi kajian di Malaysia, berkata sebanyak enam sampel diambil di negara ini iaitu dari etnik Negrito (Kensiu dan Jehai), Proto-Malay (Temuan), Bidayuh dan Melayu (Kelantan dan Minang).

"Melayu Kelantan, Melayu Minang, Melayu Singapura terletak dalam kluster yang sama walaupun dari segi kerakyatannya berbeza, tetapi dari segi genetik, bahasa (mereka) sama. Ini menunjukkan bahawa rumpun kita adalah luas," kata Dr Zilfalil, yang juga penyelidik dari Pusat Genom Manusia, Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata implikasi kajian ini ialah ia dapat meningkatkan hubungan antara satu kumpulan etnik dan kumpulan yang lain selain dapat mengelakkan perpecahan antara kaum disebabkan perbezaan etnik.

Kajian yang dijalankan pada April 2005 dan selesai pada pertengahan tahun lepas itu menelan belanja hampir RM200 juta. Malaysia disertai oleh USM, Universiti Malaya dan Universiti Monash yang turut mendapat geran dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ketua penyelidik dari Universiti Monash, Prof Madya Dr Maude E Phipps, berkata selain genetik, kajian itu juga menyarankan terdapat satu aliran migrasi manusia secara besar-besaran dari benua Afrika ke Asia, melalui Asia Tenggara, dan bukannya beberapa aliran migrasi dari selatan dan utara seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Beliau berkata Asia Tenggara khususnya Semenanjung Malaysia dan utara Thailand merupakan sumber geografi utama bagi 10,000 manusia sejak 100,000 tahun dahulu sebelum mereka berhijrah ke Asia Timur dan Asia Utara.

"Migrasi pertama menunjukkan manusia keluar dari Afrika dan tidak mengikuti jalan utara, tetapi kajian kita menunjukkan mereka keluar dari Afrika melalui jalan pesisir pantai di India dan terus ke utara Thailand dan Semenanjung Malaysia sebelum mereka berhijrah ke utara seperti di China dan Jepun.

"Sekarang kita ada bukti secara arkeologi dan anatomi melalui tulang-tulang homosapien masih menunjukkan Afrika adalah tempat asal manusia, tetapi mungkin ada bukti di Asia yang belum ditemui yang mungkin akan merubah konsep itu," katanya.

Beliau berkata fasa kedua kajian oleh HUGO PANSP itu sedang dalam perbincangan bagi meneliti mengenai hubungan antara sesuatu kumpulan etnik dengan penyakit kronik yang akan memerlukan dana yang lebih besar kerana menggunakan peralatan teknologi yang maju dan canggih.

"Universiti Monash sedang menjalankan kajian mengenai penduduk peribumi untuk mengaitkan sindrom metabolik dan diabetes, ada sesetengah kaum etnik cenderung dengan komplikasi, ada juga yang boleh elak dari mendapat penyakit diabetes.

"Jadi kita ingin mengenal pasti genetik tertentu yang boleh mencegah daripada menghidapi penyakit kronik, mungkin dari segi keturunan, gaya hidup dan pemakanan kaum itu," katanya.

BERNAMA

Comments :

1
maun said...
on 

Zahirnya tak serupa
Batinnya berbeza
Hakikatnya sama
Kemuliannya adalah kadar batinnya samada ke zahir atau ke hakikat....

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com