Pray For MH370

Pray For MH370

NGO MUSLIM BANTU POLIS CEGAH PENCEROBOHAN GEREJA (DWIBAHASA)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia, Majlis Permuafakatan Ummah, Pertubuhan Peribumi Semenanjung, Darussyifa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia dan Islamic Information and Services Foundation (IIS) adalah antara NGO yang mengambil bahagian dalam pemantauan gereja selepas waktu tengah malam. Tidak pasti sama ada PEKIDA terlibat atau tidak. Foto sebelah kiri sekadar hiasan.


NGO Islam mula pantau keselamatan gereja

KUALA LUMPUR, Jan 11 — Sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah mula memantau dan mengawasi kawasan gereja di sekitar Lembah Klang.

Seramai 10 sukarelawan telah melakukan rondaan dari pukul 11 malam tadi di kawasan gereja yang terletak di sekitar kawasan Kampung Pandan dan Brickfields.

Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Kerja Badan Tarbiah Sejagat (Batas) Danny Azar berkata jadual rondaan diatur sebanyak dua kali iaitu dari pukul 11 malam sehingga 2 pagi dan 4 pagi sehingga waktu subuh.

“Setakat ini pihak kami telah mula meronda dan kami bukan setakat singgah malahan juga berjumpa pihak gereja dengan mengenalkan diri kami,” katanya kepada Bernama.

Batas ialah antara 130 NGO yang telah menyatakan komitmen semalam untuk menjadi “mata dan telinga” kerajaan dalam menangani sebarang ancaman ke atas rumah ibadat penganut agama Kristian.

Langkah itu diambil ekoran tiga insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara baru-baru ini.

Antara NGO lain yang terlibat ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia, Majlis Permuafakatan Ummah, Pertubuhan Peribumi Semenanjung, Darussyifa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia dan Islamic Information and Services Foundation (IIS).

Inisiatif itu dilaporkan telah mengumpulkan seramai 60 sukarelawan bagi menjalankan pengawasan dan pemantauan di kawasan gereja sekitar Lembah Klang mulai semalam.

Sementara itu, ahli Gereja Katolik Holy Rosary di Brickfields, Angelina Soo, 28, berkata pihaknya berterima kasih kepada pihak NGO Islam dan menghargai tangggungjawab serta keprihatinan mereka dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan tempat ibadat itu.
Malaysian Insider
=====================================================================
Muslim NGO bodies begin church security patrols

KUALA LUMPUR (Jan 11, 2010): Volunteers from Muslim non-governmental organisations (NGOs) have begun patrolling church areas in the Klang Valley.

Ten volunteers had begun patrolling from 11pm yesterday in church areas in Kampung Pandan and Brickfields.

Deputy chief and working secretary of Kerja Badan Tarbiah Sejagat (BATAS) Danny Azar said the patrol schedule was 11pm to 2am and 4am till dawn.

"We have started patrolling and we also meet church officials to identify ourselves," he said.

BATAS is among 130 NGOs which have committed to be the "eyes and ears" of the government to face any threat to Christian churches.

This is being done following three incidents of fire bombing at the Metro Tabernacle Church in Desa Melawati, the Assumption Church in Petaling Jaya and the Life Chapel Church in Damansara recently.

Among NGOs involved are Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Pertubuhan Peribumi Semenanjung (Perkasa), Darussyifa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) and Islamic Information and Services Foundation (IIS).

The initiative has roped in 60 volunteers.

Meanwhile, a member of the Holy Rosary Catholic Church in Brickfields, Angelina Soo, 28, said they were thankful to the Muslim NGOs and appreciated their care and sense of responsibility to ensure the security of churches.

Bernama/sun2surf

Comments :

0 comments to “NGO MUSLIM BANTU POLIS CEGAH PENCEROBOHAN GEREJA (DWIBAHASA)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com