Pray For MH370

Pray For MH370

PELUANG GUNA DUIT-BUAT DUIT-MAKAN DUIT

Tawaran Syarikat Milik MOF Inc Bukan Sebab Kerajaan Tidak Ada Duit - Najib


PEKAN, 30 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kerajaan untuk menawarkan beberapa syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kepada syarikat swasta secara "bidaan terbuka" bukanlah disebabkan kerajaan kini "tidak berduit"._
Beliau berkata pada dasarnya, kerajaan hanya merupakan fasilitator dan bukannya terlibat dalam bidang perniagaan.

"(Kita) dalam proses untuk mengenal pasti syarikat ini, seterusnya kita tawarkan secara "bidaan terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Digital Pekan 1Malaysia, di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam yang berkata kerajaan merancang untuk memindahkan beberapa syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan kepada syarikat swasta bagi meningkatkan pelaburan dalam sektor swasta.

Mengulas lanjut, Najib berkata: "Bukan (kerajaan) tak ada duit (dengan tindakan itu). Sebab banyak syarikat ini dikelolakan oleh kerajaan. Pada dasarnya kerajaan merupakan fasilitator dan bukannya terlibat dalam bidang perniagaan, itu prinsip kita," katanya.

Semalam, Ahmad Husni berkata pihaknya akan berbuat demikian menerusi pemindahan langsung atau penyenaraian dalam bursa saham.

Menurut Ahmad Husni, kementerian mungkin mengurangkan kepentingannya dalam syarikat milik MOF Inc. kepada sektor swasta namun ketika ini kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme untuk melaksanakan tersebut.


====================================================================================

Government A Facilitator To Business - Najib

PEKAN, Jan 30 (Bernama) -- The Prime Minister said the move by the government to offer several subsidiaries of the Ministry of Finance Inc to private companies is in line with its role as a business facilitator and not as a business entity.

Datuk Seri Najib Tun Razak, who is the Finance Minister, said the government was now identifying the subsidiaries involved which would be offered through open bidding.

He was speaking to reporters after opening the "Digital Pekan 1Malaysia" here Saturday.

Also present were Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib was asked to comment on the statement by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yesterday that the government planned to transfer some of the MOF Inc-owned companies to private companies in order to boost private sector investment.

Najib said: "It's not because the government has no money. Most of these companies are handled by the government, which, in principle, is a business facilitator and not directly involved in the activity."

BERNAMA

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Sama je macam di Kelantan tu..

dan juga di Selangor..apa terjadi dengan Syarikat SEMESTA Sdn Bhd??

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com