Pray For MH370

Pray For MH370

YAYASAN BAPA KAMU

Apa bezanya antara YBK Sdn Bhd, YBK Bhd dan YBK. Atau entiti yang sama?

YBK nafi jual tanah pada Yayasan Melaka


Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom menafikan tanah seluas 876 hektar milik organisasi itu telah dijual kepada Yayasan Melaka (YM).

Katanya, YM sekadar membantu menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM5.7 juta bagi tanah tersebut dan bayaran itu disifatkan sebagai hutang kepada YM.

"Bila Yayasan Melaka lihat YBK dalam keadaan susah, dia datang membantu. Bantuan ini boleh berupa pinjaman atau pendahuluan," kata Zainal ketika dihubungi hari ini.

"Pembayaran semula mungkin kita boleh buat dalam bentuk usaha sama untuk memajukan tanah berkenaan," katanya lagi.

Menurutnya, YBK akan membuat permohonan kepada kerajaan pusat bagi tujuan bangunkan tanah itu supaya dapat membayar cukai.

Jelasnya, rancangan pembangunan itu termasuk pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tapak seluas 400 ekar.

Namun, katanya lagi, memandangkan kerajaan negeri menolak bayaran daripada YM, maka cadangan tersebut mungkin dibatalkan.

"Memandangkan kerajaan negeri sudah tolak, kampus tersebut mungkin boleh dipindahkan ke Melaka," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa para pemilik tanah di Selangor kini tidak lagi selamat kerana kerajaan negeri boleh 'merampas' tanah yang diingini sewenang-wenangnya.

Zainal Abidin mendakwa tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran tunggakan cukai tanah berjumlah RM6.7 juta itu, juga dibuat dengan tidak mengikut undang-undang.

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam berkata yayasan itu perlu membuat permohonan semula untuk menjelaskan cukai dan juga mengekalkan pemilikan ke atas tanah berkenaan.

"Dari sudut undang-undang, kita rasa keputusan itu tidak dibuat mengikut undang-undang," kata Zainal Abidin sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri memulangkan semula jumlah bayaran itu kepada YBK hari ini.

"Kami rasa masih lagi tanah YBK. Bila disebut mohon semula, dari sudut (menteri besar), dia rasa tanah itu sudah kosong,” katanya.

Tambahnya, beliau akan mengulas lanjut mengenai pendirian YBK dalam isu ini dalam sidang akhbar di premis yayasan itu di Kelana Jaya, esok.


Salhan K Ahmad/MALAYSIAKINI

Comments :

0 comments to “YAYASAN BAPA KAMU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com