Pray For MH370

Pray For MH370

PELAWAT DILARANG MEMAKAI SKIRT, SELUAR PENDEK SERTA KASUT TUMIT TINGGI

Selain seluar pendek serta skirt pendek, pengelola Candi Borobudur juga melarang penggunaan sandal atau kasut tumit tinggi dan runcing.

Pengunjung Borobudur Dilarang Pakai Seluar Dan Skirt Pendek



JAKARTA, 1 Feb (Bernama) -- Pengunjung yang melawat Candi Borobudur mulai hari ini dilarang memakai seluar pendek dan skirt pendek sebagai menghormati tempat suci agama Buddha itu.

Selain kedua-dua pakaian itu, pengelola juga melarang penggunaan sandal atau kasut tumit tinggi dan runcing.

"Dasar ini untuk menghargai Borobudur sebagai sebuah warisan dan tempat suci agama Buddha. Selain itu, Candi Borobudur memerlukan penjagaan batu-batuannya. Tumit kasut yang runcing dikhuatiri akan mengikis batu-batuan yang dipijak," kata Naib Pengurus Besar Taman Candi Borobudur, Suhartoto Endi Subiantoro kepada Bernama, malam Isnin.

Suhartoto berkata larangan itu dilaksanakan berikutan gesaan para sami di situ supaya rumah ibadat mereka dihormati.

Katanya peraturan ini akan melalui tempoh percubaan selama tiga bulan ini dan dalam tempoh percubaan ini, pengunjung tidak perlu khuatir kerana pengelola akan meminjamkan kain panjang dan sarung secara percuma bagi pelawat yang memakai kedua-dua jenis pakaian dilarang itu.

Bagi mereka yang memakai kasut tumit tinggi dan runcing, mereka akan dipinjamkan sandal yang diperbuat daripada bahan yang lebih lembut.

"Setelah habis tempoh percubaan, kami akan mempertimbangkan sama ada sarung, kain panjang dan sandal itu akan terus dipinjamkan secara percuma atau disewakan," katanya.

Peraturan seumpama digunakan di beberapa tempat suci yang menjadi tarikan pelawat di Bali.

Pada hari pertama pelaksanaan peraturan ini, para pengunjung dari dalam mahupun luar negara memberi pelbagai reaksi, ada yang berasa senang dan terkesan, namun ada pula yang berasa kecewa kerana menganggap penampilan mereka terganggu, kata Suhartoto.

Beliau berkata pihaknya juga merancang untuk melarang penggunaan payung dengan kepala besi kerana ia berpotensi merosakkan batu-batuan candi yang telah berusia 11 abad itu.

"Ketika pengunjung sudah tidak memakai payung mereka melipatnya, biasanya kepala besi itu dihentakkan ke batu setiap kali mereka melangkahkan kaki," katanya.

Sebagai gantinya, payung para pengunjung sementara akan diganti dengan payung kertas milik pengelola selama mereka berkeliling di kawasan candi.

"Nantinya peraturan ini akan dilaksanakan juga untuk candi Prambanan dan Candi Ratu Boko," katanya.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “PELAWAT DILARANG MEMAKAI SKIRT, SELUAR PENDEK SERTA KASUT TUMIT TINGGI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com