Unisel: Pelantikan Raja Arshad bukti Selangor telus
Harakahdaily
SHAH ALAM, 14 Feb: Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (gambar) sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, Raja Arshad dilantik Canselor Unisel yang baharu bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor manakala Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.
“Pelantikan kedua-dua tokoh ini berkuatkuasa pada 21 Februari 2011. Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel telah tamat pada 5 Februari lalu,” ujarnya pada sidang media mengenai pelantikan itu, di sini, petang.
Beliau menambah, Kerajaan Selangor berbangga apabila kedua-dua tokoh ekonomi dan pentadbiran itu menerima pelantikan itu dan berharap Unisel akan terus mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.
“Kerajaan Negeri yakin dan percaya, gabungan dua tokoh professional dan berpengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan rakyat Selangor khasnya kerana Unisel adalah milik rakyat negeri ini,” ujarnya yang juga Adun Selat Klang.
Raja Arshad berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Beliau adalah Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review).
Beliau juga adalah Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fellow Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, anggota Institut Akauntan Malaysia.
Raja Tan Sri Arshad juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah selama 24 tahun termasuk tiga tahun sebagai Presiden. Beliau juga adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.
Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada tahun 2004 sehingga sekarang. Beliau juga dalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2000.
Beliau menceburi sektor perkhidmatan awam pada 1972 sebagai Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan dan Industri selama tiga tahun.
Sejak itu beliau bertukar ke beberapa jawatan antaranya Penyelaras Program di Institut Pentadbiran Awam (INTAN), Ketua Pegawai Pentadbir di Jabatan Statist
ik Malaysia, Ketua Unit Perancangan JPA dan Timbalan Ketua pengarah JPA.
RAJA TAN SRI ARSHAD CANSELOR BARU UNIVERSITI SELANGOR
Kerajaan Selangor Atur Pelan Urusan Keselamatan dan Kebajikan Pelajar Di Mesir
Bersama-sama dengan Wisma Putra, Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.
Saya bersama Y.B. Dr. Yunus bin Khairi telah mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada pagi ini dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Zakat Selangor akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.
Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut bermula 8.30pagi esok 03-55143439 . Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.
Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.
Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
KENYATAAN MEDIA EXCO PENDIDIKAN: PELAJAR SELANGOR DI MESIR
Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.
Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Read More “KENYATAAN MEDIA EXCO PENDIDIKAN: PELAJAR SELANGOR DI MESIR” »»
KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR
2 Ogos 2010
Selangor Salur Bantuan Kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom
Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom bagi pembinaan semula asrama pusat pengajian yang musnah dalam kebakaran dan meragut nyawa seorang penuntut pada 25 Julai 2010 yang lalu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Dr Halimah Ali kepada Dr Sharil Hussin PhD atau dikenali sebagai Dr. Zubir merangkap Pengetua Pusat Pengajian Hayatul Uloom pada 30 Julai lalu.
Sumbangan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat secara 'Direct Grant'. Segala pembinaan dan baik pulih yang akan dilakukan akan diuruskan oleh pihak Pejabat Daerah Hulu Langat.
Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Majlis Hulu Langat, En Mohd Sani Hamzah, Pengerusi dan pengurusan DUN Dusun, Pejabat Daerah Hulu Langat serta pengerusi dan AJK MAPPIS (Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor).
Halimah juga meluangkan masa melawat Pusat Pengajian yang terbakar sambil ditemani pengetua dan mendengar penjelasan punca terjadinya kebakaran tersebut.
“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan berharap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini dapat membantu pengetua untuk meneruskan operasi Pusat Pengajian tersebut,” kata Halimah. Read More “KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR” »»
DUA KALI PILIHANRAYA BERLALU BARU SELESAI
Berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” didakwa fitnah telah disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.
Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad telah disebut sebagai defenden.
Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,00
Mahkamah Sesyen Klang hari ini (30 Julai 2010) merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.
Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.
Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.
Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".
Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.
Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” di mana antara lain berita tersebut menyatakan:
“Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.’.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai “menikamnya dari belakang” kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi.” Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup.”
Di dalam samannya Dr Yunus yang ketika itu adalah calon PAS bagi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti.
Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.
Kata-kata yang didakwa fitnah itu disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Harakahdaily Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.
Saman Dr Yunus telah ditetapkan untuk bicara hari ini di Mahkamah Sesyen Klang dan mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan di mana defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55,000-00 kepada Dr Yunus.
Dr Yunus diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.
Harakahdaily
AHMAD SHUKRI RECEIVES SELANGOR SCHOLARSHIP AFTER PTPTN SUSPENSION
A student leader from the Selangor International Islamic University (Kuis), Ahmad Shukri Kamaruddin (PIC LEFT) whose higher education loan was temporarily suspended for his alleged involvement in the Hulu Selangor by-election, will receive a special scholarship instead.
The student activist, a member of Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM) and Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), said he received the good news from the Selangor government yesterday.
"I am happy that the state government is offering the scholarship and in a way lessening my financial burden,"he said.
The National Higher Education Fund (PTPTN) had earlier suspended Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan along with 1,500 other new applicants from his institution, in response to the alleged offence.
However, he had denied allegations that he had been campaigning but was present at the by-election in his individual capacity, and not campaigning for any political party.
Meeting with Selangor MB
When contacted by Malaysiakini, he said that no additional information was provided regarding the scholarship.
"I believe that the scholarship is a result of my meeting with Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim and Education exco Dr Halimah Ali on June 23 regarding my student loan," said Ahmad Shukri, who plays an active role in campus politics.
He is pursuing a four-year Diploma in Islamic Studies (Syariah) course and has another year to go before graduating.
Kuis student development department dean Muhammad Subari Ramli said that the university is not aware of the scholarship given to Ahmad Shukri.
"But the 1,500 new applications are currently being processed by the PTPTN and there is no more problem over the matter," he added.
Ahmad Shukri's predicament became public when Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) brought up the affected students' plight while debating the 10th Malaysian Plan in Parliament on June 17.
Malaysiakini
| ![]() |
![]() |
PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2010
(MULAI 1 FEBRUARI 2010 - 1 APRIL 2010)
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Pertama Tahun 2010 bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
PROSEDUR PERMOHONAN
1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:
(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2010 (Khamis). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480/ 7481/ 7482/ 7543.
3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my. Read More “PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR” »»
BENGKEL PERDANA TEKNIK MENJAWAB SPM 2009
Bengkel Teknik Menjawab SPM 2009Tarikh: 25 Oktober 2009
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS Shah Alam
Bayaran: PERCUMA
Peserta: Semua Dijemput Hadir terutama Para Peserta Tuisyen Rakyat
MODAL INSAN SETIAP DUN SELANGOR DAPAT RM40K
Tuisyen Rakyat bagi pelajar kurang mampu yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperuntukkan sebanyak RM40k bagi setiap DUN di Selangor.
“Ini adalah peruntukkan lain untuk pembangunan kecemerlangan anak Selangor dalam pembelajaran tidak mengira perbezaan kaum, agama dan budaya sekali gus mengurangkan bebanan keluarga berkenaan." tegas YAB MB Selangor. MAIS juga telah menyusun program bantuan pendidikan di semua peringkat dalam negeri Selangor.
RM40,000: Mantap modal insan setiap DUN

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, RM40,000 yang diperuntukkan daripada dana RM3 juta melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu bertujuan untuk menyara perbelanjaan kelas tambahan kepada semua pelajar yang tergolong keluarga miskin.
Menurutnya, jika peruntukan yang disalurkan dapat diuruskan dengan baik, tidak mustahil dapat membantu hampir 200 pelajar di negeri untuk mendapatkan kemudahan kelas tambahan untuk subjek dalam peperiksaan secara percuma.
“Ini adalah peruntukkan lain untuk pembangunan kecemerlangan anak Selangor dalam pembelajaran tidak mengira perbezaan kaum, agama dan budaya sekali gus mengurangkan bebanan keluarga berkenaan.
“DUN Ijok kini sudah memulakan pelbagai program melalui peruntukan yang disalurkan dan diharapkan semua DUN akan melaksanakannya pada April ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Stadium Tertutup Daerah Kuala Selangor semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Asnaf Fakir Miskin Fasa II Lembaga Zakat Selangor (Mais) kepada 415 penerima sempena Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri Selangor.
Hadir sama, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali; Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Bukit Malawati, Ir Muthiah Maria Pillay.
Bantuan yang diberikan dalam majlis berkenaan adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM200 seorang termasuk pakaian sekolah manakala bantuan material seperti basikal turut disumbangkan kepada yang layak.
Dalam pada itu Sinar Harian difahamkan bahawa LZS (Mais) menyusun 35 program bantuan pendidikan di seluruh negeri bermula 4 Mac lalu sehingga 31 Mac ini di Masjid Al Amaniah, Batu Caves melibatkan 25,714 pelajar dari peringkat tadika sehingga sekolah menengah.
Sinar Harian
PASANGAN PELAJAR CEMERLANG SPM NEGERI SELANGOR
Tahniah dan syabas buat Pelajar LIM SHU YONG dan TAN CHIN HUAT dari SMJK Yoke Kuan Sekinchan Selangor di atas kejayaan dalam peperiksaan SPM 2008 dengan ,masing-masing memperolehi 16 1A. Tidak lupa juga ibu bapa kedua pelajar dan para pendidik di SMJK Yoke Kuan terutama Pengetua En Chia Kean Hock.
KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN
Berteraskan konsep merakyatkan ekonomi Selangor serta negeri berkebajikan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masih menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma pada kadar bayaran yang berpatutan.
Kemudahan prasarana dan pembelajaran tidak diabaikan. Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber serta semakan status pelajar secara dalam portal.
Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.
Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.
"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.
"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.
Manakala, Diploma Sains Komputer,
di
Kuis yuran RM12,325;
Kolej Risda Melaka, RM18,792;
Kolej Infometik, RM27,200;
Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.
"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.
"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya.
Muhammad Arif Ismail/ mns / HARAKAHDAILY
PPSMI HENDAKLAH DIMANSUHKAN



Kota Darul Naim 12 Jan 2009: Satu pertemuaan dan dialog EXCO Pendidikan Negeri Pakatan Rakyat telah diadakan buat julung kali dan Exco dari 3 negeri dan wakil-wakil Exco telah membincangkan pelbagai masalah dan program yang akan dilaksanakan. Antara resolusi pertemuan di atas ialah isu PPSMI. Mesyuarat telah memutuskan bahawa "pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda pelajar".
Bakal adakan himpunan rakyat ke Istana Negara, mansuhkan PPSMI
Bekas Presiden Persatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Nordin Mahmood berpendapat hanya terdapat dua cara sahaja perjuangan mengembalikan maruah dan kedudukan Bahasa Melayu dalam konteks menentang PPSMI.
"Yang pertama melalui undang-undang, dan yang keduanya tindakan yang bercorak politik," katanya kepada Harakah.
Jelasnya, tindakan undang-undang akan dimulakan tidak lama lagi oleh Gapena dan beliau yakin ianya akan berhasil walaupun memakan masa yang agak panjang.
Menurutnya kes yang sama telah dibawa ke mahkamah pada tahun 2006, namun sehingga kini ianya masih belum dibicarakan.
Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Nordin ini berkata tindakan politik ini akan memberikan kesan terutamanya dalam suasana masa kini yang kian menekan perasaan mereka yang marah dengan tindakan kerajaan.
"Dengan tidak ada sikap tolak ansur Menteri Pelajaran yang berdolak dalik untuk mempertahankan diri pada saat akhir yang tidak mahu tunduk kepada apa jua tekanan dan pengaruh," ujarnya.
Kemuncak kepada amarah ini adalah perarakan 100,000 rakyat ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang DiPertuan Agong yang dirancang pada satu tarikh yang masih belum diputuskan, katanya.
"Saya yakin dengan tindakan politik yang disertai dengan tindakan undang-undang, perkara ini akan berjaya," katanya lagi.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan bagi memansuhkan PPSMI ini adalah merupakan perjuangan semua pihak tidak hanya khusus kepada orang Melayu sahaja.
"Ianya adalah perjuangan semua bukan hanya orang Melayu sahaja tetapi semua kerana sekiranya PPSMI ini diteruskan, Bahasa CIna dan Bahasa Tamil juga akan turut terjejas.
"Kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka," katanya lagi.
Beliau turut melahirkan rasa dukacita atas sikap kerajaan yang tidak konsisten dan tegas dalam isu tersebut iaitu sama ada ingin meneruskan atau terus menghentikannya.
"Ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini sebagai orang melayu tetapi tidak mencintai bahasa sendiri.
"Sikap yang ditunjukkan ini menggambarkan dua perkara iaitu tidak patriotik kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa negara yang termaktub dlam perlembagaan tetapi mereka tidak begitu senang untuk melaksanakan perkara ini.
"Yang kedua, mereka tidak berperikemanusiaan pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah dibuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI.
"Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik," ujarnya lagi.
Tegasnya, akibat buruk daripda pelaksanaan PPSMI ini adalah kepada pelajar luar bandar dan golongan miskin di bandar yang tidak mempunyai latar belakang keluarga berbahasa inggeris.
"Jadi, mereka ini memang tidak patriotik dan tidak berperikemanusiaan kerana kalau kita rasa marah dengan pembunuhan di Gaza, Iraq dan Afghanistan, kita juga sedang melakukan pembunuhan secara perlahan-lahan.
"Bagi saya tanpa ilmu pada hari ini samalah juga seperti kita sedang melakukan pembunuhan, dan ini kita tidak sedar, sangat mendukacitakan," katanya lagi yang kesal kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu tetapi sukar menerima hakikat perjuangan orang Melayu.
Intan Abdullah / HARAKAHDAILY
Fri | Jan 16, 2009
Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/09/08: Menghadhiri Majlis Berbuka Puasa bersama MB dan Mahasisiwa Selangor
Majlis di atas telah diadakan di Kediaman YAB Dato' MB Selangor. Wakil-wakil perasatuan Mahasiswa Selangor serta Majlis Perwakilan Pelajar telah menerima sumbangan dari kerajaan Selangor.
















