Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label MAJLIS SYURA ULAMA. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS SYURA ULAMA. Show all posts

TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT

Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Laporan selanjutnya di SINI
Laporan asal BERNAMA yang mengatakan demo BERSIH adalah  HARAM di sini .Di sini Keputusan MAJLIS SYURA ulama' PAS


Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.

Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

"Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.

"Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.

Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.

- Bernama

Read More “TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT”  »»

UMNO ANGGAP PAS SUDAH LARI DARI PERJUANGAN ISLAM


Apakah PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya?.

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?

PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.

“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.

Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai 'Islam'. Tidak pun dipinda kepada 'Kebajikan' ataupun 'Melayu'. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.

Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”.

Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.

Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.

Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah.

Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan.

Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.

B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat

Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).

Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.

Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).

Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya.

Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional.

Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk 'menjamin' kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).

Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu 'mengawasi' supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).

Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.

Mampukah Datuk Nik Aziz Nik Mat menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

ARTIKEL PENUH di sini

Read More “UMNO ANGGAP PAS SUDAH LARI DARI PERJUANGAN ISLAM”  »»

GENTLE REMINDER BUAT ULAMA MUDA UMNO










Jangan biarkan hidup anda diselubungi SEKULARISME!!!!

Awas! Berhati-hati, jalan berliku serta licin (dibaca LICIK) di hadapan,

Usah biarkan diri anda terpalit dengan dosa kecil inikan pula dosa besar, lebih-lebih lagi dosa yang tidak diampunkan iaitu mensyirikkan ALlah.

Wali ' auzubillah.

Read More “GENTLE REMINDER BUAT ULAMA MUDA UMNO”  »»

SEMINAR POLITIK GANTI EGM PADA 7 NOV 2009




PAS adakan seminar ganti muktamar khas


KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Zulkifli Sulong/harakahdaily

Laporan Siasah.blogspot.com

Read More “SEMINAR POLITIK GANTI EGM PADA 7 NOV 2009”  »»

MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN

Ahli Majlis Syura Ulama' PAS merangkap naib Presiden PAS, mantan YDP Persatuan Ulama' Malaysia menyebut bahawa Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau menjelaskan bahawa telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.


*Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


*Bukan ulama boleh terajui Pas


Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat tersebut untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan ia telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Menurut Ahmad, walaupun ketetapan telah dibuat oleh Dewan Ulama parti yang mahukan dua jawatan tertinggi itu perlu disandang oleh golongan ulama, tetapi ia masih belum muktamad dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.

"Sesiapa sahaja boleh mencambah pendapat tetapi ia masih tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan bukan eksekutif tertinggi parti yang bertanggungjawab terhadap dasar dan hala tuju Pas.

"Secara organisasinya, di bawah majlis ini terletak Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dianggotai oleh Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan Ketua-ketua Dewan seperti Pemuda, Ulama dan Muslimat serta beberapa jawatan penting lain lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, syarat utama yang dipersetujui ialah setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.

Beliau menegaskan seorang pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi pada masa sama tidak pula boleh menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan ulama.

"Seperti Syed Qutb pemimpin Ikhwan Muslimin, Mesir beliau berkelulusan kejuruteraan tetapi pada masa sama mahir dalam pelbagai bidang termasuk agama dan politik sehingga mampu menghasilkan beberapa tafsir dan buku agama yang menjadi rujukan sehingga kini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan pemimpin yang mantap.

Beliau memberitahu Bernama, kepimpinan ulama sebenar ialah kombinasi antara ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti itu dan memastikan Pas terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu, Abdul Fatah mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda Pas pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli Pas mahu Pas hanya dimonopoli oleh golongan ulama," katanya kepada Bernama di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Isu sama ada perlunya golongan ulama atau profesional menerajui kepimpinan Pas kembali hangat menjelang pemilihan parti itu Jun ini yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapun Husam hanya membayangkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

TARMIZI ABDUL RAHIM/utusan online
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan Dewan Ulama parti itu bahawa hanya ulama yang layak menjadi pemimpin sebagai tidak tepat.

Bagi mereka, konsep ulama yang dibawa oleh Pas bukannya berteraskan kepada individu tetapi bersifat sebuah institusi dalam memimpin hala tuju mereka dengan berlandaskan pada perlembagaan parti.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, kebanyakan ahli parti itu tidak memahami konsep ulama yang menjadi pegangan Pas sehingga mereka tidak dapat membezakannya antara individu atau institusi.

Beliau berkata, perlembagaan parti tidak pernah menetapkan mana-mana jawatan penting perlu disandang oleh mereka yang berkelulusan agama sahaja.

"Perlembagaan parti tidak sebut orang berkelulusan agama sahaja mesti pegang jawatan tertinggi dalam parti, kita terbuka, kalau ikut syarat semua orang boleh bertanding.

"Tetapi sebagai parti Islam, kita ada syarat iaitu calon yang bertanding kena faham dan mendokong konsep kepimpinan ulama.

"Kalau orang memahami konsep ini dia akan membawa kepada matlamat tubuhnya parti ini dan yang penting dia sanggup memperjuangkan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas itu bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang.

Zaki berkata, biar siapa pun yang menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, mereka akan dipantau oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan kerja yang dilakukannya tidak bertentangan dengan agama.

"Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam Pas, ia dianggotai oleh para ulama yang akan memantau setiap keputusan yang dibuat oleh Presiden dan Timbalan
.

"Jadi kalau bukan ulama yang menjadi Presiden atau Timbalan Presiden sekali pun, mereka tetap dipandu oleh para ulama, oleh itu bagi saya semua berhak bertanding asalkan calon menyokong kepimpinan ulama.

"Kita tengok sebelum ini ada Presiden dan Yang Dipertua Pas kawasan bukan dari golongan ulama, sebagai contoh Datuk Asri Muda tetapi tidak timbul masalah pun, Islam tetap diperjuangkan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Mohamed itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas.

Tambahnya, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti selagi ia memahami konsep kepimpinan ulama.

Utusan online

Read More “MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN”  »»

ULAMA' PERLU PEGANG JAWATAN NO SATU DAN DUA

Saf kepimpinan yang ada sekarang wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama" nasihat Ketua Dewan Ulama' PAS.



Presiden Dan Timbalan Presiden PAS Perlu Kalangan Ulama


Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamad Daud.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

BERNAMA

Read More “ULAMA' PERLU PEGANG JAWATAN NO SATU DAN DUA”  »»

KETUA SERTA TIMBALAN DEWAN ULAMA' PUSAT TARIK DIRI

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat serta Timbalannya mengambil keputusan untuk berundur dan tidak akan mempertahankan jawatan mereka pada muktamar PAS nanti.

Alasan: sebab kesihatan serta dalam Dewan Ulamak sudah ada ramai pemimpin pelapis.


Ustaz Mat Iraq hasrat undur ketuai Dewan Ulamak Pusat



Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud memberitahu tidak akan mempertahankan jawatannya pada muktamar yang akan diadakan Jun depan.


Difahamkan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin juga bakal mengambil langkah serupa.

"Kami menarik diri daripada jawatan yang disandang pada muktamar tidak lama lagi. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat di Perak baru-baru ini atas alasan kesihatan.

"Lagi pun dalam Dewan Ulamak sudah ada ramai pemimpin pelapis," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pengganti yang akan mengisi tempat tersebut sudah ada sekiranya tiada pertandingan dalam muktamar nanti.

Kebiasaannya kata beliau tiada pertandingan jawatan tertinggi Dewan Ulamak sebelum ini.

Menurutnya juga bagi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan beliau sedia mempertimbangkan sekiranya masih lagi diberi kepercayaan.

"Ini kerana kalau sekadar di Kelantan saya lebih mudah bergerak berbanding terpaksa turun ke negeri-negeri lain. Eloklah orang muda yang lebih bertenaga mengganti saya di pusat," ujarnya.

Mohamed mengetuai Dewan Ulamak PAS Pusat menggantikan Dato' Harun Taib yang tidak mempertahankan jawatannya pada muktamar dua tahun lepas.


mj/Salmah Mat Husain/harakahdaily

Read More “KETUA SERTA TIMBALAN DEWAN ULAMA' PUSAT TARIK DIRI”  »»

KEPIMPINAN ULAMA SENTIASA TERBUKA - HARON DIN

Kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS ke 23 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1982 bersamaan 6 Muharram 1403.

Untuk memperingati tarikh tersebut, sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak akan diadakan pada 23 Mei 2009 bertempat di dewan Dato' Fadzil Noor Markaz Tarbiyah PAS, taman Melewar.

Gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS dapat memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din

"Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat. Image

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan Image

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya.


azmAzamin Amin/Wan Zahari Wan Salle/harakahdaily

Read More “KEPIMPINAN ULAMA SENTIASA TERBUKA - HARON DIN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com