Manusia hanya mampu berikhtiar. Yang menentukan kesudahannya ialah Allah swt.Justeru sesudah ikhtiar maksima yang terancang berstrategi dengan keikhlasan hati, maka langkah seterusnya ialah bermunajat kepada Allah swt.Allah yang mampu membuka pintu hati manusia yang memang sengaja menghancurkan ummah.Ada golongan pengikut yang tidak sedar apa yang mereka ikuti dan natijah perbuatan mereka yang bersekongkol dengan penyebar fitnah dan penipu rakyat yang pakar.
Muslimat juga perlu memohon kepada Allah swt agar hati bersih supaya cahaya iman boleh menerobos masuk ke dalam.Ini memungkinkan taufiq dan hidayah Ilahi menyerap masuk untuk mempertingkatkan ketahanan jiwa yang menjadi perisai utama seorang pejuang.
Doa adalah senjata mukmin. Perjuangan akan sudah tentu menghadapi pelbagai rintangan, tentangan, dan sabotaj pihak musuh yang tidak tenang melihatkebenaran semakin terserlah.Ini amat menggerunkan puak-puak yang memang berbudayakan penipuan dan bergelumang pembohongan kepada yang tidak bermaklumat terperinci dan tepat dan juga bagi mereka yang masih terhijab mata hatinya.



Comments :
Post a Comment