Pray For MH370

Pray For MH370

Kempen kebersihan holistik SELAT KLANG (1)

Bismillah.
Ramai orang telah menganjur kempen kebersihan. Namun ia hanya untuk masa singkat.Bersifat sementara dan secara nafsi-nafsi. Yang rajin keluar kutip sampah.Yang lain hanya menjadi pemerhati dan sekadar menonton aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Lazimnya beberapa kerat penduduk datang pagi.Sarapan.Ucapan dan taklimat sedikit.PBT menyediakan tong sampah lebih.PBT bersih longkang dan parit.PBT kutip sampah pukal.Ada orang menyapu.Ada yang memasukkan sampah ke dalam tong atau beg sampah untuk dipungut oleh Alam Flora. Pukul 12 atau 1 habis kempen....Semua balik rumah masing-masing.
       Namun budaya membuang sampah merata-merata tetap berlaku.Kadang hanya lepas satu jam daripada habis program pembuang sampah tidak beretika ini akan menajalankan tabiat lamanya iaitu membuang sampah di mana dia suka atau mudah tanpa mengira samada perbuatannya itu menimbul perasaan marah atau menyampah orang lain.Maka fenomena plastic air, bungkusan gula-gula, kertas, tin/botol minuman boleh dilihat di tepi jalan, di atas rumput di bahu jalan, di depan kedai, di perhentian bas bahkan di padang permainan kanak-kanak.Sampah yang dalam plastik untuk dipungut oleh Alam Flora di tepi jalan atau tempat tong besar yang disediakan oleh PBT juga diselongkar oleh pencari barang terbuang untuk dijual.Mereka ini selepas mendapatkan barang yang dihajati tidak membungkus kemas plastic sampah yang telah diselongkar.Maka terburai dan bersepah sampah-sampah itu beserta dengan bau yang menyengat hidung yang mengganggu khalayak.
    Pendek kata budaya menjaga kebersihan alam sekitar masih tidak wujud di kalangan rakyat. Sudah tiba m asanya untuk semua lapisan rakyat semua peringkat umur dan domestik, komersial, sekolah, tadika dan khususnya perniagaan yang memang penyumbang sampah yang terbanyak dan terkotor harus bersinergi mengatasi masalah kebersihan yang sangat membimbangkan ini.
Justeru ADUN Selat Klang telah memanggil satu mensyuarat yang melibatkan MPK, Pejabat Kesihatan, Penghulu, Semua ketua kampung dan persatuan penduduk,wakil masjid dan surau, tadika dan pejabat pelajaran daerah Klang, Briged Amal Selangor serta pimpinan setempat untuk mengadakan program besar-besaran yang bersifat inklusif bagi memeulakan budaya baru di DUN SELAT KLANG iaitu MELAHIRKAN TABIAT BARU namanya BERSIH!
Adalah kriitkal semua ibubapa serta anak-anak, guru-guru dan pelajar, peniaga dan pengusaha makanan, remaja dan belia , suri rumah, pekerja kerajaan dan swasta SEMUA terlibat dalam kempen kebersihan ini yang tidak boleh berakhir pada hari itu. Kempen ini MESTI diteruskan di rumah, di nurseri, tadika, sekolah, kedai, pejabat dan lain-lain.
Jom BERSIH Selat Klang!
 Baik untuk anda sekeluarga!!

Comments :

0 comments to “Kempen kebersihan holistik SELAT KLANG (1)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com