Pray For MH370

Pray For MH370

Kenapa perlu halang orang ramai daripada maklumat sebenar?

Kerajaan Pusat Diminta Pamerkan Hasil Kajian Lokasi Berisiko Tinggi Kepada Umum

Monday, 23 May 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 23 Mei – Kerajaan Negeri meminta kerajaan Pusat supaya mempamerkan kepada orang ramai lokasi-lokasi bahaya yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh supaya kerja pemantauan boleh dilakukan  secara bersama dan lebih kerap.
Kajian ini telah dibuat selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 lalu. Kerajaan Pusat telah meletakkan hasil kajian ini dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri telah dihalang dari mempamerkan hasil kajian ini kepada orang ramai.
“Maklumat kajian ini penting untuk meningkatkan kesedaran. Jika orang ramai dimaklumkan, mereka boleh melakukan pemantauan awal di kawasan mereka yang mungkin termasuk dalam lokasi-lokasi berisiko tinggi,” katanya selepas mendengar taklimat dan melawat tempat kejadian tanah runtuh di Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat, petang tadi.
Sebelum itu, Menteri Besar diberi taklimat oleh Pegawai Daerah dan YDP MPKj di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, Kerajaan Selangor membuat keputusan bahawa madrasah tersebut tidak boleh diduduki sehingga satu keputusan dibuat.
Menteri Besar juga berkata, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin.
Katanya, NGO kebajikan yang memerlukan tapak untuk membina bangunan atau premis bagi menjalankan program kebajikan akan diberi keistimewaan dengan hanya membayar premium tanah serendah RM1.
Mengenai anak-anak yatim yang selamat dalam kejadian itu, beliau berkata, mereka akan ditempatkan di sekolah tajaan JAIS.
Menteri Besar mengulangi ucapan takziah kepada keluarga 16 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu.
“Saya juga mewakili rakyat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor yang telah berangkat melawat tempat kejadian hari ini.  Keprihatinan baginda telah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.
Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu dengan menghulurkan pelagai bantuan kemanusiaan termasuk pasukan keselamatan dan polis yang sanggup mengambil risiko ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
“Saya percaya kita semua telah berusaha sedaya upaya  untuk  menghulurkan bantuan kepada  semua mangsa sama ada yang terselamat atau yang terkorban serta ahli keluarga mereka,” katanya.
Hari ini adalah hari pertama Menteri Besar melawat tempat kejadian selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dan membatalkan seminar di Aspen Intistute, Amerika Syarikat.
“Saya amat terkilan dengan kejadian tanah runtuh walaupun kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran pemilik tanah terhadap pembangunan cerun,” katanya.

Comments :

0 comments to “Kenapa perlu halang orang ramai daripada maklumat sebenar?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com