Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan  PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang  pengalaman dan pentadbiran parti.
Justeru, beliau  menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar  Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3  Jun depan. "Kelantan  ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat,  nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang  penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.
"Kelantan  ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat,  nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang  penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.
"Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini.
Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu.
Mereka  akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut  menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz  Omar, - menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar  Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.
Nik  Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih,  beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS  Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan  pentadbiran negeri. Beliau  bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan  presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  bertanding jawatan itu.
Beliau  bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan  presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  bertanding jawatan itu.
Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.
Pandangan seorang veteran PAS yang futuristik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Comments :
Post a Comment