ADUN SELAT KLANG sumbang barang dapur lelaki patah kaki
14Ramadhan 1432h
DUN SELAT KLANG
ADUN Selat Klang,YB Dr Hjh Halimah Ali bersama pimpinan PAS tempatan menziarahi 7 buah rumah orang marhaen, orang sakit sambil membawa sedikit keperluan dapur untuk mengurang beban keluarga mereka.
Seorang lelaki, bapa kepada 5orang anak berumur 49tahun ditimpa kemelangan Disember 2010.Tulang kaki kirinya remuk dan terpaksa dimasukkan besi yang menembusi kulit dalam rangka besi seperti bubu.Beliau tidak bekerja selama lebih 9bulan.Isteri pun tidak bekerja,3 orang anak bersekolah.
Seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelaki bujang yang tidak berapa normal.Anak dan cucu dirumah sekeliling masing-masing mempunyai bebanan keluarga dan berpendapatan rendah.
Seorang warga emas yang tidak dapat meluruskan kaki kanannya dan terlantar dilantai sudah tidak bertukar lampin 24 jam.Bau hancing menusuk hidung kami.Isterinya yang sakit buah pinggang menyatakan tak sanggup beli lampin pakai buang.Anaknya yang telah dewasa 2 orang tinggal bersama dan mereka tidak bekerja.Pencen sipesakit sebanyak RM700 untukbiayai makan anak isteri dan dirinya yang sakit kronik.
Kedatangan YB ADUN menceriakan si penderita dan memberi seribu harapan untuk terus menghadapi hidup masa depan dengan tabah dan isnyaallah pembelaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment