MUSLIMAT PAS SELAT KLANG agih RM 29,000 pada fakir miskin,ibu tunggal
Muslimat PAS Selat Klang sudah lebih sedekad menabur bakti menjaga kebajikan umat yang fakir dan miskin, golongan yang marhaen yang amat mengharapkan perhatian dan bantuan daripada mana-mana pihak untuk menghulur bantuan.Perasaan sayu amat ketara menjelang Hari Raya Eidul Fitri.Justeru agenda tahunan Muslimat PAS DUN Selat Klang dalam menghidup dan menghayati Ramadhan atau Ihya' Ramadhan ialah mengumpulkan penerima yang layak di dewan untuk majlis sambutan Ihya' Ramadhan.Lazimnya bermula pagi 8.00 pagi dengan solat tasbih, solat hajat dan solat Dhuha, di sambung dengan tazkirah.Barulah bermula agihan kepada fakir miskin.
Alhamdulillah,lebih 250 penerima diraikan.Selain diberi duit 'raya' baju raya terpakai tetapi cantik juga dinanti-nantikan penerima.Tahniah kepada semua Muslimat PAS Dun Selat Klang y7ang semakin tahun semakin matang dan mampu mencari penderma yang lebih mahu banyak menghulur dan setakat ini tahun 2011 pencapaian kutipan mereka semakin meningkat yang diagihkan kepada lebih ramai penerima.Kuih raya juga turut disumbang oleh ibu tunggal yang berjaya dan amat memahami jiwa ibu tunggal yang dhaif seperti yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment