Pray For MH370

Pray For MH370

PERIHAL UMNO NUKILAN MANTAN ADUN PULAU MANIS aka SAKMONGKOL

Umno parti rasuah

Sakmongkol AK47
January 31, 2012

Kawan kawan saya dalam Umno bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh Umno menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan Umno dan bukti Umno dan BN amat perihatin kepada rakyat?

Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang Umno dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 Umno.

Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, Umno selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.

Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga — yang jadi pagar yang memakan padi.

Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot-lot tanah di beri kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.

Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan, yang sepatutnya di beri kepada kepala keluarga, pemimpin kampung mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarganya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna lima ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham Felcra.

Nah, sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.

Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak fronts kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan-rakan dan ahli Umno. Jangan open up fronts terlalu banyak untuk orang membenci kita.

Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat? Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang di lakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan Umno yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapaatn kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya di lakukan melalui pejabat pejabat daerah. Kenapa wang tersebut di sampaikan oleh ketua bahagian Umno dan bakal-bakal calun dari komponen BN?

Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM500 ini menonjolkan bakal calun dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU 13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu outcome PRU tersebut.

Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin di kalahkan oleh rasuah Gerakan dan Umno.

Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini, ianya bukan lah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu-satunya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masaalah. Caranya ialah membayar sana sini. Itu dianya, cara parti Umno dan pemimpin tertingginya menyelesaikan masaalah.

Elok kita biarkan Umno mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti Umno yang sustain sokongan kepada nya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.

Saya mahu orang Melayu sedar bahawa Umno tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta Umno (Agama, Bangsa dan Tanah Air) sudah lama di singkirkan dan di gantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.

Adakah Umno berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?

Ianya hanya suatu metos yang di bina oleh pemimpin-pemimpin haprak Umno. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah Umno akan menjerit sana sini, bahawa hanya merekalah yang melindungi kepentingan bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air.

Berhentilah dari menipu bangsa Melayu.

Jika Umno berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majoritynya Melayu tapi mengapakah royalty minyak tidak di beri secara lansung kepada rakyat kedua negeri itu secara lansung?

Rakyat Kelantan di nafikan hak mendapat royalty hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang Umno sendiri tidak percaya kepada pemimpin Umno negeri untuk mengendali pemberian wang royalty minyak. Orang Umno tak percaya kepada orang Umno sendiri kerana mereka tahu, jika royalty minyak Terengganu di kendalikan oleh Mat Said dan geng-geng, wang tersebut akan masuk kedalam poket orang lain.

Makanya, Umno bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan. Pertama, orang Melayu yang di maksudkan oleh Umno itu tidak termasuk Melayu yang bukan dalam Umno. Melayu yang di maksudkan oleh Umno ialah Melayu dalam Umno itulah jua. Dalam kamus Umno orang Melayu hanya ahli Umno yang tiga juta itu sahajalah yang layak di gelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata — kepala bapak awaok! Maka bila orang Umno kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!

Kedua, daripada tiga juta ahli itu, Umno berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan Umno mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri dari yang sekabilah dengannya. Amalan ini di lakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatan nya diatas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

Dasar yang ada dan di amalkan oleh Umno ialah dasar Bumiputera — yang berada di hadapan mengaut dan memonopli segala hasil peuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT Umno dan putera-putera orang berkuasa dan bernama. Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang putera tanpa apa-apa selain dari memegang ***** sendiri. —

sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Comments :

0 comments to “PERIHAL UMNO NUKILAN MANTAN ADUN PULAU MANIS aka SAKMONGKOL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com