30-31.1.12
SHAH ALAM
Setelah melangkah laju daripada program pertama SPIES bermula 24.8.08, usaha-usaha peningkatan kualiti MODEL SPIES diteruskan dengan input daripada semua pihak dan dari pengalaman trainer dan pemantau SPIES sendiri.
Melangkau masuk ke tahun keempat, strategi pembangunan insan perlu mensasar kepada massa dan pengukuhan konsep SPIES kepada
alumni SPIES supaya boleh mempratikkan SIRI PROGRAM TINGKAT DIRI agar sentiasa maju dan berkembang potensinya.
Sudah banyak penapisan dilakukan supaya konsultant yang benar-benar tulen, jujur dan berkemampuan disenaraipendek untuk diteruskan. Kemudian mereka ini diberi ujian tulis dan juga penyampaian mereka diaudit oleh panel juri yang juga trainer berpengalaman serta pengasas SPIES , YB Dr Hjh Halimah Ali.
Modul untuk tahap 2 dibentang untuk dianalisa oleh sekretariat SPIES, dilakukan penambahbaikan. Pembentangan di depan konsultan-konsultan SPIES juga memberi pendedahan kepada mereka supaya mereka berpeluang daripada gaya dan cara rakan-rakan mereka serta memperatkan silaturrahim untuk mengurang pergeseran dan memupuk sifat setiakawan dalam mendokong misi yang sama.
Mereka diharapkan untuk melahirkan khaira ummah, ummat terbaik yang akan menjadi pemangkin kearah mencapai visi kerajaan Selangor iaitu negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan.
Comments :
Post a Comment