KLANG
YB Dr Hjh Halimah Ali , ADUN Selat Klang meraikan 100 orang warga emas yang dibawa bershopping dalam program tambahan SKIM MESRA USIA EMAS di mana warga emas yang mendaftar.
Selain layak mendapat khairat kematian sebanyak RM2500, warga emas ini dipelawa shopping bersama ADUN untuk memberi perhatian kepada mereka supaya mereka dihargai. Kegembiraan yang jelas kelihatan di wajah mereka memberi impak positif kepada tubuh badan dan emosi mereka. Pemberian ini adalah simbolik kepada penghargaan kerajaan negeri Selangor kepada titik peluh mereka semasa muda membantu membangunkan keluarga, masyarakat dan negeri.
Ia juga bertujuan mengingatkan anak cucu mereka tentang peri pentingnya warga emas ini diberi layanan istimewa agar terus produktif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Ada yang terharu kerana mendapat layanan dan perhatian khusus YB. Ada yang mengucap terima kasih berulangkali.
Kegirangan bersama-sama dengan kumpulan sebaya dengan mereka amat tereserlah. Duka lara terhenti sebentar.Rindu kepada anak cucu terubat sejenak.
Masih ada yang sayang. Itu mesej yang tertonjol diwajah mereka!
Moga Allah menambah rezeki yang boleh dikongsi bersama dengan rakyat jelata . Amin
Comments :
Post a Comment