Pray For MH370

Pray For MH370

Sejarah Malaysia juga KORUP kesahihannya? Kenapa buang masa pelajar belajar perkara yang palsu?!!

Prof Khoo: Sejarah ditentukan badan eksekutif
Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.

Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif, katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.

NONE"Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima.

"Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.

Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.

"Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa.

"Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.

Teks baru pada 2014
Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963.

"Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.

NONE"Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.

Keghairahan ke atas sambutan 16 September itu tercetus pada 2008 apabila ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada sekumpulan ahli politik Sabah dan Sarawak untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Anwar bagaimanapun tidak berjaya dalam usahanya mengambil alih pentadbiran negara melalui cara itu dan beberapa orang wakil rakyat PKR mula berpaling tadah – sama ada menjadi wakil bebas atau menyokong BN.

BN kemudiannya memperoleh kelebihan dalam isu tersebut pada tahun berikutnya, apabila perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh berkenaan sebagai sambutan Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum meliputi seluruh negara.

Najib turut mengambil peluang di ambang sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk mengumumkan beberapa langkah populis, termasuk usaha untuk memansuh undang-undang ISA, pengisytiharan darurat dan juga Seksyen 27 Akta Polis.

Comments :

0 comments to “Sejarah Malaysia juga KORUP kesahihannya? Kenapa buang masa pelajar belajar perkara yang palsu?!!”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com