KLANG
EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali merangkap Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor (GeMS) meraikan ikhtiar bersungguh PIBG SMK TELOK GADONG menubuhkan SKUAD ANTI PONTENG DAN SAYANGI SEKOLAH yang dipengerusi oleh YDP PIBG Tn Hj Kamaluddin Rahmat.

Pelajar yang tidak mempunyai wawasan dan mempunyai masalah psikologi dan terganggu emosi adalah diantara mangsa yang dicari -cari oleh pengedar dadah, sindiket maksiat dan gangster. Apabila pelajar terkena sedikit dadah, gam, arak dan zina maka mereka ini teredeah kepada masalah gian.
Semua ini akan menyebabkan mereka terganggu kesihatan dan menjadi malas ke sekolah. Semakin kronik masalah mereka semakin jarang mereka ke sekolah hingga akhirnya mereka dikenakan tindakan disiplin yang mula-mula diberi amaran hinggalah terpaksa dibuang sekolah.

Memandangkan ada di antara sekolah yang merekodkan jumlah pelajar ponteng sekolah yang purata 700-800 sehari maka, EXCO Pendidikan Selangor amat mengalu-alukan usaha proaktif PIBG dan mana sekolah dalam memaksimakan usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Sekiranya ini boleh berlaku, maka insyaallah akan subur proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi kepuasan kepada pelajar apatah lagi pengajar!Tidak timbul masalah ponteng jika perkara ini berlaku.
Namun harus diingat, anak-anak mudah terusik jiwanya. Sekiranya, iklim dirumah sentiasa ribut
dan taufan.Anak itu akan risau, tidak tenang dan mungkin mendapat gangguan tidur serta selera makan. Beliau juga mudah sakit. Kenakalan dan ponteng mungkin adalah simptom luaran kepada masalah bongkah ais yang lebih kronik. Justeru, semua pihak mesti memainkan peranan yang kolektif untuk menjayakan program menangani isu ponteng. Pihak sekolah persiapkan iklim dan guru yang mampu membentuk dan membangun insan yang mempunyai unsur rohani dan jasad untuk di maksimakan kemampuan akalnya. PIBG menyedarkan ibubapa sebagai watak utama yang mencorak masa depan anak mereka.

YB Dr Halimah telah menyerahkan sejumlah RM35,000 kepada SMK Telok Gadong untuk keperluan sekolah yang memerlukan ruang selesa untuk perhimpunan sekolah dan juga surau yang lebih besar untuk memenuhi keperluan pembangunan spiritual yang berkesan.
Difahamkan pencapaian akademik SPM 2011 juga telah meningkat daripaa 79% hingga 88.8% lulus.
SKUAD ANTI PONTENG SEKOLAH ini akan ditumpukan kepada waktu-waktu 'prime' iaitu pagi 7.30-8.30, dan 12.30-1.30tgh dan 4-5ptg. Maka skuad ini akan bertugas waktu itu mengikut kesesuaian masa masing-masing ahlinya.
Comments :
Post a Comment