Pray For MH370

Pray For MH370

GURU JAIS DIRAIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SELANGOR 2012

 BAGAN TERAP
SABAK BERNAM
26.5.12

Sebagai mantan guru dan suami kepada mantan guru, YAB Dato' Menteri Besar Selangor amat prihatin hal ehwal guru di Selangor.

Justeru beliau mempastikan dirinya boleh bersama dalam program sambutan HARI GURU 2012 anjuran JAIS.

Beliau sebak menceritakan tentang pengorbanan guru yang sepatutnya menjadi pembentuk budaya berilmu tetapi menjadi mangsa keadaan kerana sistem pendidikan yang dipakai selama ini adalah tersasar daripada tujuan pendidikan itu sendiri. Membina dan membangun ummat.
 Beliau menceritakan bagaiman keadaan satu masyarakat yang berjaya dididik ke tahap satu tamaddun iaitu Jepun. Ketika gempa bumi mengoncangkan bumi Jepun di Hiroshima yang akhirnya mengakibatkan tsunami baru baru ini. Maka beribu rakyatnya lapar dan kehilangan harta benda. Namun ketika dibuka beberapa kedai yang membekalkan keperluan asas seperti makanan, mangsa gempa/tsunami yang beribu-ribu ini masih boleh beratur dengan tertib dan sopan dan mengambil hanya sebahagian roti sahaja walaupun sudah berjam-jam beratur menunggu giliran kerana mereka tahu bukan mereka dan keluarga sahaja yang susah tetapi yang lain juga sama menderita.
Lain halnya dengan ummat yang lain.

Berebut hingga sanggup bertolak-tolak walaupun ketika mahu tawaf, minum air zam-zam. Inilah natijah daripada hanya belajar membaca, menulis dan mengira(3M).

Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan lebih RM100 juta ringgit untuk pendidikan Islam JAIS setahun. Ini tidak melibatkan bantuan kepada SAR.

Lembaga Zakat Selangor telah menyumbang lebih RM55JUTA untuk pendidikan JAIS termasuk untuk pelajar luar negara.

Majlis dirasmikan oleh YAB MB Selangor. Turut hadir EXCO Pendidikan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Pegawai Daerah, YDP Majlis Daerah dan CEO Lembaga Zakat Selangor serta Pengarah dan pegawai-pegawai JAIS.
Anugerah guru cemerlang serta tokoh guru juga telah disempurnakan selain daripada sekolah terbaik pelbagai kategori

Comments :

0 comments to “GURU JAIS DIRAIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SELANGOR 2012”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com