Pray For MH370

Pray For MH370

SEKIRANYA SY MOKHTAR PENDEK UMUR, SIAPA BAKAL MEWARISI EMPAYARNYA?

Masih ingatkah anda Allahyarham Tan Sri Yahya? Siapa yang ambil alih empayar perniagaan beliau?  Adakah ahli keluarga terdekat beliau? TIDAK..Berlainan dengan Kumpulan NAZA, apabila SM Nasimuddin meninggal dunia, anak beliau SM Nasaruddin telah mengambil alih perniagaan yang beliau asaskan. Begitu juga dengan kematian Dato Shahrani kumpulan Shapadu, keluarga beliau meneruskan aktiviti perniagaan. Kini siapa yang bakal  mewarisi harta kekayaan  bertimbun-timbun yang dimiliki di "atas kertas" kepunyaan TS Mokhtar al Bukhary? Mudah sahaja kriteria pemilikan mutlak kita. Sekiranya memang benar harta TS Mokhtar dilambangkan dengan syarikat milik beliau maka jika beliau tiada seharusnya kekayaaan tersebut akan berpindah ke tangan anak cucu cicit beliau. TETAPI jika TS Mokhtar hanya sekadar pemegang amanah, trustee atau nominee ,   maka kekayaan, projek, syarikat dan apa jua milikan serta pegangan beliau di atas kertas akan berpindah tangan ke tuan empunya hakiki atau pemilik sebenarnya seperti yang tertera dalam surat perjanjian.Persoalannya siapa? Adakah UMNO. MCA atau MIC? Di mana sasaran ekuiti pemilikan bumiputera yang diidam-idamkan di atas kertas?

Ekonomi dan politik, siapa berkuasa?

Syahir Sulaiman,     12 Dis 2012



“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Ekonomi rakyat di antara dua pilihan

Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan.

Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut.

Dalam sektor perniagaan, terdapat 2 kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi
(exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdayaeksplorasi.

Di pentas politik pula terdapat 2 kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (serviceoriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.

Manakala di kalangan rakyat juga terdapat 2 kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.


Rakyat penentu kuasa ekonomi dan politik



Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak.

Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow).

Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.

Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti.

Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih
menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’.

Mereka melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat.

Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana.

Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan dayatahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (knowhow) di dalam masyarakat.

Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear).

Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedeqah, infaq dan waqaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat.

Walaupun kerajaan berbangga dengan kedudukan di tangga ke-54 di kalangan 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, namun realiti nilai integriti dan tranparensi di Malaysia tidak seindah khabar.

Pemberian tender bernilai jutaan dan bilion ringgit oleh pihak kerajaan terus mengundang persoalan terhadap budaya kronisma dan nepotisma, amalan rasuah dan sogokan terus membiak daripada sebesarbesar nilai hingga ke sekecil-kecil nilai, malah institusi agama dan pendidikan turut tidak dapat lari daripada terdedah kepada bahaya amalan rasuah.

Dasar fiskal yang penuh integriti dan berkebajikan sangat diperlukan oleh negara Malaysia.


* Syahir Sulaiman merupakan EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong usaha membangun Negara Berkebajikan.

Sumber Harakahdaily

 Syed Mokhtar’s Proton win raises concerns over wealth concentration

Comments :

0 comments to “SEKIRANYA SY MOKHTAR PENDEK UMUR, SIAPA BAKAL MEWARISI EMPAYARNYA?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com