Pray For MH370

Pray For MH370

ANAK KECIL (umno) SUDAH TERBAKAR KERNA MAIN API

KUALA LUMPUR: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.



“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.



Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu,  sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain.



Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.



Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis  daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.



“Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka,” ujarnya.

“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung menabur fitnah kononnya Pakatan Rakyat akan menjual tanah Melayu kepada orang bukan Melayu, meniupkan budaya takut, kononnya Umno kalah habis tanah Melayu akan tergadai kepada orang bukan Melayu sedangkan dari segi faktanya Umno yang mengkhianati Melayu,” katanya lagi.



Menurutnya lagi, Harakah pernah mendedahkan lot-lot tanah di Pantai Cherating, Pahang yang bernombor 5233, 7058 dan 7059 yang berstatus rizab Melayu telah bertukar tangan kepada bukan Melayu.



Katanya, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali pernah mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa seluas 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.



Tambah beliau, Umno juga menggadaikan tanah rizab Melayu di bandar Kubang Kerian Kelantan sewaktu berkuasa di Kelantan.



Begitu juga  tanah  Lot 305 Seksyen 1 Bandar  Tumpat yang diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di pemerintahan Siam telah bertukar kepada Datuk Foo Chow Yong (MCA).



“Bagaimana perkara ini berlaku, semuanya halal jika Umno yang berkuasa,” ujarnya.



Selain itu, ujarnya 105,000 hektar  tanah tizab Melayu dijadikan cagaran apabila Felda Global Venture disenaraikan di bursa saham.



Pada 1 Julai 2011, ujarnya Datuk Seri Najib telah menyerahkan  217 hektar Tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  kepada  Singapura.



“Tanah yang berharga selama ini terlepas dengan mudah. Sebelumnya Singapura memperoleh Pulau Batu Putih, sedangkan Malaysia dapat pulau tenggelam timbul,” ujarnya.



Beliau berkata, fakta di atas menggambarkan daifnya Umno untuk mempertahankan tanah, terutama hak Melayu.



Mereka, kata beliau hanya berlakon dan berdusta atas nama Melayu untuk memperkayakan pemimpin Umno walaupun terpaksa menggadai masa depan orang Melayu.



“Jika Umno BN diberi mandat lagi, maka banyak tanah Melayu akan musnah,” katanya

sumber: harakahdaily

Comments :

0 comments to “ANAK KECIL (umno) SUDAH TERBAKAR KERNA MAIN API”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com