
Ada orang berhujah bahawa "maklumat itu kuasa". Kenapa mereka berpendapat sedemikian? Dalam dunia perniagaan dan politik, maklumat diperlukan untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas. Kecepatan dan ketepatan membuat keputusan dan bertindak menentukan siapa "juara" dan "market leader". Sebagai contoh dalam dunia perniagaan ialah persaingan antara syarikat Apple dengan Samsung dan KFC dengan MacDonald.
Pembuat polisi, pengatur strategi dan pemimpin membuat
keputusan berdasarkan maklumat yang dimilikinya.
Dalam dunia IT, maklumat bersumber daripada data kasar
yang telah diolah dan diproses. Data diperolehi dari kajian, pengamatan dan risikan. Persoalannya bukan semua maklumat itu betul dan bertaraf fakta. Fakta dan kebenaran boleh diputarbelitkan dan diolah mengikut selera dan kehendak semasa.
Persaingan sengit dalam dunia politik dan perniagaan menyebabkan syarikat korporat dan parti politik berlumba-lumba memiliki dan menguasai sistem rangkaian maklumat dan pangkalan data. Malah organisasi politik dan perniagaan bersaing untuk memiliki rangkaian kommunikasi dan media massa.
Dalam konteks senario politik Malaysia masakini, Barisan Nasional mahu dan mampu menggerakkan jentera sistem pengumpulan maklumat, " spinner maklumat", penyebaran "maklumat", dan apa saja yang dibawah kuasanya sama ada secara sah atau tidak sah. BN mampu menggunakan khidmat risikan Polis, tentera, KEMAS, JASA, Kementerian Penerangan, dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat. Media massa milik BN seperti di bawah.



Comments :
Post a Comment