PPAS Tinjau Peluang Bantu Gaza Bina Perpustakaan
Afix Redzuan/mediaselangorku
SHAH ALAM, 9 FEB: Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama NGO Muslim Care akan melaksanakan misi kemanusiaan pertama ke Gaza bagi pembinaan perpustakaan komuniti berkonsepkan ‘Rebranding’di Gaza Palestin.
Rombongan Kemanusiaan yang akan disertai 22 orang terdiri daripada
pelbagai latar belakang profesion bakal bertolak ke Gaza pada 9 Februari
hingga 16 Februari depan.
Seramai enam deligasi daripada PPAS yang diketuai Pengarahnya,
Mastura Muhammad bersama Ahli Lembaga pengarah PPAS dan pustakawan akan
menyertai misi ini.
Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali memaklumkan, misi kerjasama
ini merupakan rentetan lawatan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi
Palestin ke Selangor pada 25 Oktober 2011.
“Dari siri lawatan ke Selangor, mereka memohon bantuan dari segi
nasihat memandangkan kita telah mewujudkan satu bentuk perpustakaan
iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
“Anak-anak Gaza sangat memerlukan premis pendidikan untuk belajar. Kita mahu bina membina perpustakaan pelbagai fungsi.
“Dengan ilmu yang ada kita kongsikan pandangan bersama mereka,” katanya pada satu sidang media ringkas.
Sementara itu, bagi Pengarah PPAS, Mastura Muhammad, konsep
pendidikan sambil berhibur (Edutaiment) yang diperkenalkan di PPAS akan
dijadikan contoh untuk pembangunan perpustakaan di sana.
Menurutnya, undangan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Negeri
Selangor selaras dengan misi menjadikan negeri sebagai hab pendidikan.
SELANGOR MELALUI PPAS DAN MUSLIM CARE BANTU PALESTIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment