19 Feb 2013
SHAH ALAM
Selangor Darul EHSAN. Semua orang tahu gelaran Selangor ini. Bahkan semua orang yang menulis alamat di Selangor akan melengkapkan alamat itu dengan gelaran DARUL EHSAN itu. Tetapi apakah makna ehsan itu? Hj Baha salah seorang konsultan SPIES berseloroh dengan mengatakan ramai orang memahami perkataan ehsan sebagai 'kasihan' seperti 'mohon belas ehsan Encik'.
Saya tersentak.....Patutlah ramai orang yang kurang produktif kerana mereka mengharapkan belah ehsan orang lain bagi melangsungkan kehidupan diri dan keluarganya.
Menyoroti sejarah SPIES.
Tanggal 24 Mac 2008 sangat bermakna. Itulah tarikh YB Dr Halimah dilantik menjadi EXCO Kerajaan Selangor. Inilah detik permulaan lanskap baru pembangunan insan di seluruh Selangor. Sejurus beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, beliau meneliti keadaan seluruh Selangor dengan cermat. Kesimpulan beliau, yang diluahkan dalam ucapan sulungnya dalam sidang dewan undangan negeri Selangor walaupun Selangor dikatakan negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Selangor juga dibebani dengan masalah multi negatif R(ragut, rompak, rogol, rempit, rasuah...) selain dadah dll.
Bila diteliti punca utama masalah gejala sosial ini ialah kegagalan proses pendidikan. Proses pendidikan yang dilalui oleh pelajar tidak mampu membekalkannya dengan kemahiran yang cukup bagi menyelesaikan masalah dalam hidup.Pendidikan pra matang ini juga gagal memenuhi keperluan hidupnya. Maka timbullah masalah kekurangan bekalan makanan/ tempat tinggal yang selesa dan kehilangan pedoman. tidak terarah menyebabkan wujud masyarakat yang kurang harmonis, mudah bertelagah dan bersifat negatif dan destruktif.
Pengamatan keadaan ini mencetuskan satu pencarian formula sukses bagi mengeluarkan belenggu masalah sosial yang semakin hari semakin meruncing.Alhamdulillah Mei 2008, YB Dr Halimah mendapat ilham formula pembangunan modal insan. Model yang holistik dan sepadu. Model yang mengambilkira semua unsur insan yakni jasad('physical'), ruh dan akal fikiran. Daripada unsur ini di fokuskan kepada 5 aspek potensi atau modal yang perlu dibangunkan secara terancang dan kaedah berkesan. Pendekatan pembangunan 5 modal asas insan ini perlulah bersifat berterusan dan sinergistik.Ia juga menggunakan metodologi yang mudah dan realistik. Siri Program Tingkat Diri (SPTD) UNTUK MODAL SPIRITUAL(S), 'physical'(S), Intelek(I), Emosi(E) dan Sosial(S.P.I.E.S) mesti dirancang secara sedar dan agresif. Pelan Tindakan untuk hidup berkesan bagi memungkinkan mencapai kejayaan dunia dan akhirat MESTI dilakukan oleh setiap insan.Lebih lebih lagi kalau ia bergelar pemimpin mana-mana peringkat.
Alhamdulillah setelah bertarung hampir 5tahun, akhirnya telah tiba masanya untuk melancarkan program pembudayaan SPIES untuk rakyat Selangor yang melibatkan penjawam awam dan swasta, pendidik, ketua kampung/komuniti/ nazir masjid/surau, ahli majlis, siswa-siswi dan pelbagai kelompok dan kaum.Setelah mencecah lebih 101 ribu peserta kursus SPIES......KITA MAHU BUDAYA SPIES ...budaya masyarakat yang EHSAN, yang cemerlang....kita mahu lahirkan INSAN YANG EHSAN, INSAN YANG EHSAN....untuk mencapai visi kerajaan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Aamiin....ya ALLAH
Comments :
Post a Comment