Pray For MH370

Pray For MH370

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SALUR RM32.5 JUTA BANTU SAR

Siapa kata agama Islam amnya dan pendidikan Islam khususnya tidak terbela malah terpinggir di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan rakyat Selangor. Pelbagai usaha telah dibuat bagi meletakkan pendidikan Islam di tempatnya yang sebenar dalam kemampuan dan kekangan serta hambatan yang wujud. Sebagai contoh, tertubuhnya satu yayasan pendidikan Islam Selangor yang berperanan untuk mengumpulkan dana dan membantu mana-mana institusi pendidikan Islam yang memerlukan bantuan.

Kini terdapat 500 buah sekolah agama rakyat (SAR) termasuk maahad dan sekolah tahfiz di Selangor. Sekolah ini berbeza dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan KAFA atau kelas fardhu 'Ain yang mana SRA dan KAFA mendapat bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kerajaan Negeri Salur RM 32.5 Juta Bantu SAR

SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu.

Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan.

Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi.
“Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini. bantuan sekolah agama rakyat mac 30 02

“Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini dan Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek bantuan daripada Kerajaan Negeri.
Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malam semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri telah meperuntukan RM 6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun.

“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR.


“Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan,” katanya.
bantuan sekolah agama rakyat mac 30 01

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta dihadiri kira-kira 300 orang guru-guru SAR seluruh Selangor.

Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan Kerajaan Negeri.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor


Comments :

0 comments to “KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SALUR RM32.5 JUTA BANTU SAR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com