Setiap peristiwa pasti mempunyai pengajaran yang ditetapkan oleh Allah swt. Hanya kita manusia yang kekadang tidak dapat menanggapinya secara tuntas kerana keterbatasan akal. Lidah dan anggota lain manusia dicipta begitu rupa untuk bertindak dengan kendali otak yang juga dikawal oleh emosi dan juga status rohani atau jiwa seseorang.
Banyak perkara yang berlaku di Selangor yang di luar kawalan. Bukan kita YANG MERANCANG tetapi kami pula yang menanggung beban dan mengurus krisis yang terjadi kerananya. Banyak pihak yang terlibat. Dari dalam dan luar. Sudah tentu dalam mana mana krisis, perkara yang utama dan pertama yang mesti dilakukan ialah meminimakan kerosakan atau 'damage' serta risiko kerugian.
Inilah konsep yang dipegang oleh PAS apabila dalam keadaan mantan MB menggugurkan 3 EXCO DAP dan 3EXCO PKR kerana dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan beliau dalam kerajaan, 4 EXCO PAS berhadapan dengan situasi genting di mana DEWAN NEGERI boleh dibubarkan oleh MB atau MB yang sudah tiada parti boleh memilih mana-mana 4 adun UNTUK menjadi EXCO kerajaan walaupun sementara undi tidak percaya dilakukan di sidang DUN. DALAM SITUASI itu, DAP dan PKR telah memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan TAN SRI ABDUL KHALID.Sekiranya kami 4 EXCO PAS undur maka tiada lagilah EXCO daripada PAKATAN RAKYAT. Beliau akan melantik 4 ADUN UMNO untuk jadi EXCO.
Walaupun bersifat sementara, apabila UMNO-BN telah berada dalam kerajaan Selangor, mereka akan menguasai segala jentera dan andaikata Pilihanraya negeri di adakan SEMUA PARTI dalam pakatan rakyat akan mendapat kesan yang amat negatif dan sukar untuk menang.
Maka berlakulah apa yang berlaku. Kerajaan Pakatan Rakyat tetap wujud walaupun dalam kadar EXCO yang minima tetapi adalah kerajaan yang SAH dan bukan 'caretaker' government.
Transisi untuk mencari DATO MENTERI BESAR yang baru boleh berjalan dalam keadaan PAKATAN RAKYAT masih jadi kerajaan.
Walaupun ada orang dalam pakatan rakyat sendiri yang menuduh kami 4 EXCO PAS mengkhianati PAKATAN ,insya Allah pimpinan yang berjiwa bersih akan satu hari kelak sedar jua bahawa kami TUNGGAK 4 ini adalah penyelamat kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR.
Semoga dengan terlantiknya DATO MENTERI BESAR yang baru YAB TUAN AZMIN ALI akan menutupkan kekalutan politik dan membolehkan pembangunan negeri Selangor untuk RAKYAT oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di jalankan dengan lancar insya Allah.
MOGA MENTARI MEMANCAR TERANG DI SELANGOR
Labels:
COBAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment