اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم (
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan kita kehidupan sehingga boleh berjumpa tahun baru hijrah 1437 ini.
Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammmad saw.
Nikmat nyawa.Nikmat kesihatan.Nikmat rezeki.Nikmat keamanan. Bahkan diberi peluang oleh Allah swt untuk menjadi orang baik adalah satu nikmat yang tidak ternilai.
Sewajarnya kita harus bersyukur kepada Allah swt
Kita berdoa agar Allah swt berkenan mengampunkan dosa kita, mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita, melorongkan kita ke jalan yang betul. Pancaroba akan sentiasa ada selagi kita hidup.
Kita dibekalkan akal fikiran untuk mencari ilmu dan di beri pengalaman untuk mematangkan kita. Hubungan erat dengan yang Maha Esa akan membantu kita mendapat ilham bagi menguruskan kehidupan agar berada dalam kerangka yang diredhaiNya.
kITA PERLU MERANCANG UNTUK KEJAYAAN.
Kita perlukan ilmu, ilmu teras, ilmu sampingan, ilmu cari rezeki, bukan sembarangan rezeki yang barakah dan baik serta mencukupi.
JOM. Kita sama sama niatkan MAHU JADI ORANG YANG LEBIH BAIK DAN BERTAQWA SERTA BERAMAL DENGAN ILMU UNTUK TAHUN INI DAN MASA DEPAN YANG MENDATANG.Aamiin ya sami'ud du'aa
alwadiahijtihad@blogspot.my