Pray For MH370

Pray For MH370

Mana lagi panas? Ekuinoks atau PRN Sarawak?!

Beberapa hari lagi cuaca akan terus panas....
Sudah terasa sangat bahang panas akhir akhir ini. Golongan  cerdik pandai mengatakan ianya dikatakan berkaitan dengan fenomena gerhana matahari yang baru berlalu.Selepas gerhana, panas masih lagi terasa. Bagi yang bekerja dalam bilik berhawa dingin mungkin lebih bernasib baik daripada mereka yang terpaksa memerah keringat di bawah matahari.

Sang petani entah apa nasibnya... Si nelayan juga tidak kurang keluhnya. Kalau nelayan yang terksesan dengan racun bauksit berlipat kali ganda malangnya. Sang Wewenang masih belum mahu menerpa resah gelisah rakyat jelata....panas...panas...panas kulit tidak mengapa lagi. Ini masuk ke hati.....

Daripada empat belas negeri, mungkin dewasa ini negeri Sarawak yang paling panas....walaupun beberapa minggu yang lepas bahagian utara Sarawak dibasahi dengan air melimpah ruah. Biasanya dalam menghadapi kepanasan pilihanraya yang sudah menjelma, bah ini membawa seribu macam rahmat dari Putrajaya atau yang mahu menyainginya.
Tidak dinafikan pilihanraya negeri Sarawak kali ini diwarnai dengan pelbagai macam corak politik. Game atau permainan politik untuk merebut kuasa di negeri Sarawak rancak di atur. Pelbagai dalang yang memainkan wayang kulit. Di musim pilihanraya, lazimnya rakyat dapat pelbagai habuan. Barisan Nasional terkenal dengan pusingan wayang 5 tahun sekali turun habuan. Jalanraya dan segala infrastruktur yang dijanji 5 tahun dulu akan di siapkan segera sebelum menjelang pilihanraya.

Pandei pandei lah kitak di Sarawak nak mintak. Mun bukan kinek tuk , bila lagik ughang peduli dengan kitak.
Kekayaan/ hasil mahsul bumi Sarawak begitu banyak. Sebut sahaja...semuanya ada....minyak/gas, emas,batu arang,biodiversiti, sungai laut, gunung, balak semua ada......
Apa kenak kitak sia masih susah?

Kitak di Beting Maro, Samalaju, Sebuyai, Lambir, Pujut, Sadong Jaya, Jepak, Kakus,Muara Tuang,Pantai Damai dan Samariang
cobalah undi PAS.....Ada suara dalam dewan undangan negeri yang lain sikit. Suara yang boleh ngembak suara kitak. Jangan kitak nandah sik berubah rubah selamak lamaknya.

ADA SERAI DALAM PERAHU
BELUM TRY BELUM TAHU

Undilah PAS
Sejahtera Untuk Sarawak

Comments :

0 comments to “Mana lagi panas? Ekuinoks atau PRN Sarawak?!”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com